Muzium Perak, Taiping dibina pada tahun 1883 dan merupakan muzium yang pertama ditubuhkan di Malaysia. Bangunan Muzium Perak mempunyai keunikan dari segi seni bina yang mempunyai pengaruh bangunan masyarakat ‘moor’ di India yang digabungkan dengan seni bina ‘neo-classical’ dan ‘victorian’ masyarakat Eropah. Ia direka bentuk oleh arkitek berbangsa Inggeris dari England. Idea penubuhan Muzium Perak dicetuskan oleh Sir Hugh Low, Residen British Ketiga di negeri Perak ketika itu. Beliau merasakan perlunya ditubuhkan sebuah muzium di Tanah Melayu untuk dijadikan sebagai sebuah pusat penyelidikan dan pengumpulan bahan sejarah, budaya dan alam semulajadi Negara. Tujuannya adalah untuk mengkaji budaya material masyarakat tempatan sebagai salah satu usaha memahami cara hidup budaya setempat. Beliau telah melantik Leonard Wray Jr., seorang ahli botani dan geologi untuk mengumpulkan spesimen-spesimen alam semulajadi dan etnologi sebagai koleksi awal Muzium Perak.
Muzium Perak yang kaya dengan bahan koleksi etnologi, sejarah, alam semulajadi, arkeologi dan etamobologi yang sebahagiannya diklasfikasikan sebagai koleksi nadir (rare) berusia lebih seratus tahun seperti spesimen binatang jenis binturong dan pulasan, tengkorak dan rangka binatang serta tembikar tanah yang kini hampir pupus atau sukar ditemui.
Pelan Reka Bentuk
Direkabentuk oleh arkitek berbangsa Inggeris yang didatangkan khas dari England. Beliau mengaplikasi gaya dan ciri-ciri bangunan masyarakat ‘moor’ di India serta mengabungkan gaya klasik seni bina neo-classical dan Victorian masyarakat Eropah. Reka bentuk bangunan agak unik, sekiranya dilihat dari udara kelihatan seperti huruf ‘L’ dan diandaikan mengambil sempena nama kurator pertama Muzium Perak iaitu Leonard Wray Junior.
Bahan Binaan
Bahan-bahan binaan terdiri daripada batu bata yang diimport dari India dan batu bata tempatan yang diperbuat di Selama, Perak. Menggunakan kulit kerang yang dihancurkan halus, putih telur ‘lime tar’ sebagai bahan asas simen. Manakala ketulan batu granit yang ditempa khas digunakan dibahagian tangga, bingkai tingkap dan bahagian-bahagian tapak serta dasar bangunan. Struktur pintu, lantai, tingkap, gelegar adalah dari kayu tropika tempatan yang berkualiti tinggi seperti cengal batu, meranti dan merbau.
1. Galeri A - Galeri Pameran Sementara
2. Galeri B - Galeri Alam Semula Jadi
3. Galeri C - Galeri Pameran Kebudayaan
4. Galeri D - Galeri Orang Asli dan Tembikar
5. Pameran Luar
Jenis Pelawat |
Kadar |
Warganegara |
RM 2.00 |
Warga Tua dan Orang Kelainan Upaya (OKU) |
RM 1.00 |
Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah (warganegara) |
Percuma |
Pelajar Sekolah Menengah berpakaian Seragam (warganegara) |
Percuma |
Pelajar Sekolah Menengah tidak berpakaian Seragam (warganegara) |
RM 2.00 |
Ahli International Council of Museums (ICOM) |
Percuma |
Bukan Warganegara |
RM 5.00 |
Kanak-kanak berumur (6 tahun hingga 12 tahun) (bukan warganegara) |
RM 2.00 |
Kanak-kanak berumur kurang daripada 6 tahun (bukan warganegara) |
Percuma |
Kemudahan Yang Disediakan
Taman Permainan Kanak-Kanak (out-door), Sudut Permainan Kanak-Kanak (in-door ‘Kids Corner’) Surau, Tempat Letak Kereta, Tandas Awam, Kerusi Roda, ‘Wifi Free Zone’, dan Kedai Cenderamata.
Perpustakaan Khas
Perpustakaan Muzium Perak merupakan antara perpustakaan yang terawal di Tanah Melayu. Semasa pembinaan bangunan Muzium Perak, kurator pertama iaitu Leonard Wray Jr. telah menyediakan satu ruang khas dalam bangunan sebagai perpustakaan. Oleh itu, perpustakaan ini adalah seusia dengan bangunan Muzium Perak yang siap dibina pada tahun 1886.
Selain daripada menjadi tempat rujukan dan mencari maklumat, Perpustakaan Muzium Perak juga menyediakan perkhidmatan seperti:
Lawatan Berpandu
Lawatan berpandu diadakan berdasarkan permohonan yang dikendalikan oleh kakitangan Muzium Perak.
Sila hubungi 05-807 2057 (Isnin-Jumaat, 8.00pagi-5.00ptg) untuk sebarang pertanyaan atau emel kepada pr.mp@jmm.gov.my [2]
Legend Inn Hotel |
SSL Traders Medan Perwira, |
Panorama Hotel |
Hotel Seri Malaysia |
Flemington Hotel |
Hotel Taiping Perdana |
Kamalodge Cafe & Resort |
Sentosa Villa |
The Regency Hotel Seri Warisan |
Hotel Vistana Micassa |
Hotel Fuliyean |
Novotel Taiping |
Tune Hotel |
Grand Boron Hotel |
Koordinat (GPS) 4.8606° N, 100.7450° E
Links:
[1] http://www.jmm.gov.my/files/brosur/MPerak.pdf
[2] mailto:pr.mp@jmm.gov.my
[3] http://www.legendinn.com
[4] http://www.ssltradershotel.com/
[5] http://www.panoramataiping.com/
[6] http://www.serimalaysia.com.my
[7] http://www.taipingperdana.com.my
[8] https://www.theregency.com.my
[9] http://www.hotelfurama.com.my/
[10] https://www.facebook.com/muziumperak