Jabatan Muzium Malaysia
Telah diterbitkan di Jabatan Muzium Malaysia (http://www.jmm.gov.my)

Laman Utama > Muzium Marin Labuan

Muzium Marin Labuan

Muzium Marin Labuan

Brosur [1]

Galeri Maya: https://galerimaya.jmm.gov.my/muziummarinlabuan/ [2]

Latarbelakang
Muzium Marin Labuan telah dirasmikan oleh YB. Dato' Paduka Abdul Kadir B. Sheikh Fadzil, Menteri Kebudayaan, Kesenian Dan Pelancongan Malaysia pada 26 Januari 2003.  Berkonsepkan pameran hidupan laut, Muzium Marin merupakan muzium pertama seumpamanya di Malaysia. Muzium ini dirancang penubuhannya pada awal tahun 1990-an, namun hanya dapat direalisasikan pada tahun 2000 apabila Perbadanan Labuan menawarkan tapak dan bangunan di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan. Seterusnya, kerja-kerja pengisian bermula pada Ogos 2001 dan siap sepenuhnya pada Julai 2002.

Objektif

  • Memberikan maklumat dan pengetahuan tentang hidupan laut yang terdapat di perairan Borneo khususnya di Labuan
  • Memupuk kesedaran serta sifat tanggungjawab dan perasaan sayang masyarakat terhadap khazanah warisan alam semulajadi
  • Menjadikan Muzium Marin Labuan sebagai pusat informasi biodiversiti hidupan marin untuk rujukan generasi masa akan datang

Galeri Pameran

Muzium Marin Labuan terbahagi kepada dua aras galeri pameran dengan reka bentuk struktur pamerannya berkonsepkan kapal. Galeri pameran aras bawah muzium ini dibahagikan kepada 4 segmen pameran iaitu segmen hidupan marin yang mempamerkan pelbagai spesies ikan tempatan yang terdapat di perairan Labuan, segmen panel informasi maklumat 4 buah kapal karam yang terkenal di perairan Labuan dan segmen mempamerkan habitat batu karang serta spesies-spesies ikan. Galeri ini menempatkan 14 buah akuarium pelbagai saiz dan satu kolam sentuh yang memberikan peluang kepada pengunjung untuk memegang dan mengamati sendiri spesies hidupan laut di air cetek sperti yu pasir, yu black tip, belangkas, tapak sulaiman, siput-siput dan ikan pari.  Manakala galeri pameran aras satu memaparkan panel informasi berkaitan ekosistem terumbu karang, spesies-spesies ikan yang ada di kawasan terumbu karang, haiwan-haiwan laut invertebrate, ikan pari, ikan jerung, reptilia laut, ikan-ikan pelagik dan damsel, moluska, haiwan krustasia, mamalia laut, ikan layaran, peralatan memancing ikan tradisional serta moden dan peralatan menyelam. Di samping itu, terdapat juga maklumat berkaitan peralatan penangkapan ikan yang merbahaya. Di galeri pameran ini terdapat 3 buah akuarium yang mempamerkan batu karang dan sebuah akuarium menempatkan belut spesies Spotted Murray Eel (Gymnothoras isingteena).

Koleksi

Muzium ini mempunyai 572 koleksi yang terdiri daripada spesimen-spesimen hidupan marin dan bahan kontemporari seperti peralatan memancing, menyelam dan teknologi marin.  Tarikan istimewa Muzium Marin Labuan ialah pameran rangka paus Indian Fin sepanjang 42 kaki yang berusia lebih 100 tahun yang dijumpai terdampar di Pantai Sebatu, Melaka.  Rangka paus Indian Fin ini pernah dipamerkan di Raffles Museum, Singapura sebelum ia dihantar ke Muzium Negara. Seterusnya dibawa ke Wilayah Persekutuan Labuan untuk dipamerkan di Muzium Marin Labuan.  Koleksi mamalia lain yang turut dipamerkan di muzium ini ialah replika dugong.  Manakala koleksi yang menjadi tarikan utama pengunjung ialah dua ekor belut spesies Spotted Murray Eel kerana belut ini telah dipamerkan sejak tahun 2003.

Perkhidmatan

  • Perkhidmatan Lawatan Berpandu disediakan sekiranya ada permohonan 
  • Penjualan bahan-bahan terbitan Jabatan Muzium Malaysia (CD/VCD/Buku)

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Pertama Aidil Adha

 
Bayaran Masuk
Percuma
 
Pengangkutan
Perjalanan mengambil masa 7 minit menaiki kenderaan atau teksi dari dari Hotel Lazenda atau menaiki bas no. 1 dari Pusat Bandar Labuan.

Penginapan

Hotel Dorsett Grand Labuan, BETA Apartment, Hotel Lazenda dan sekitar bandar Labuan

Tempat-Tempat Menarik Berhampiran

Menara Jam Labuan, Pantai Tanjung Purun, Taman Botanikal Labuan dan Perkuburan Perang Dunia Ke-2

Kemudahan

Tempat letak kenderaan, surau, tandas, medan selera dan taman rekreasi

Peta Lokasi

Address: 
Muzium Marin Labuan, Kompleks Sukan Air Antarabangsa Labuan, Jalan Tanjung Purun, 87008 Wilayah Persekutuan Labuan.
Tel: 
087-425 927
Fax: 
087-414 462
Email: 
info@jmm.gov.my
Facebook: 
https://www.facebook.com/muziummarinlabuan [3]

PENAFIAN: Jabatan Muzium Malaysia, Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan serta Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan sebarang maklumat di dalam laman web ini. Laman web ini telah diuji menggunakan semua pelayar popular seperti Internet Explorer 7/8/9, Mozilla Firefox, Apple Safari, Google Chrome dan Opera dengan resolusi paparan 1024x768.

ALAMAT:  Jabatan Muzium Malaysia, Jalan Damansara 50566, Kuala Lumpur. Tel : (+603) 2267-1000  Faks : (+603) 2284-9103 
Emel - info [at] jmm.gov.my.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara atau komunikasi korporat, sila dail (+603) 2267-1048, (+603) 2267-1049, (+603) 2267-1050 atau (+603) 2267-1051

Hakcipta Terpelihara © 2013 Jabatan Muzium Malaysia

window.dataLayer = window.dataLayer || []; function gtag(){dataLayer.push(arguments);} gtag('js', new Date()); gtag('config', 'G-8TV75MNKSE');

Hubungi Kami

Jabatan Muzium Malaysia,
Jalan Damansara
50566, Kuala Lumpur.

Tel : (+603) 2267-1000
Faks : (+603) 2284-9103
Emel - pr [at] jmm.gov.my

Laman ini telah diuji dan sesuai untuk semua jenis perisian pelayar dengan skrin resolusi 1024x768.

Statistik

  • Jumlah hit: 3,932,965
  • Jumlah pengunjung: 1,340,053
  • Hit minggu ini: 5,852
  • Hit bulan ini: 12,537
  • Hit minggu lepas: 3,546
  • Hit bulan lepas: 17,943
  • Semenjak: 22 Mar 2014

Media Sosial

FacebookYouTubeBloggerRss Feed

Waktu Operasi Muzium

Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Aidil Adha

Info Lanjut

Chief Information Officer (CIO)

Source URL (retrieved on 16 Mei 2025): http://www.jmm.gov.my/ms/muzium/muzium-marin-labuan

Links:
[1] http://www.jmm.gov.my/files/brosur/MML.pdf
[2] https://galerimaya.jmm.gov.my/muziummarinlabuan/
[3] https://www.facebook.com/muziummarinlabuan