Jabatan Muzium Malaysia
Telah diterbitkan di Jabatan Muzium Malaysia (http://www.jmm.gov.my)

Laman Utama > Muzium Lukut

Muzium Lukut

Muzium Lukut

Brosur [1]

Pengenalan

Muzium ini dibina oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti (kini Jabatan Muzium Malaysia) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan. Ia dirasmikan oleh Y.A.B Dato' Seri Utama Tan Sri Hj. Mohd. Isa Bin Dato' Abdul Samad pada 9 April 1999. Ia dibina sebagai satu tanggungjawab menyebarkan maklumat sejarah dan budaya di Negeri Sembilan untuk ditatapi oleh masyarakat tempatan, para pelancong luar negara serta para pelajar dan penyelidik sejarah. Muzium ini memaparkan sejarah Lukut bermula daripada awal kurun ke-19 Masihi sehinggalah Lukut dimasukkan ke dalam daerah Sungai Ujung (Negeri Sembilan) pada tahun 1880.
 
Terdapat 4 galeri utama iaitu Galeri Sejarah Lukut, Galeri Nassau, Galeri Negeri Sembilan Negeri Beradat dan Galeri Teknologi Pembuatan Masyarakat Tradisional. Pelbagai koleksi dan bahan pameran yang berkaitan dengan sejarah kegemilangan Lukut telah dijelmakan kembali dalam bentuk ilustrasi, gambar, artifak dan sebagainya untuk dipamerkan kepada pengunjung. Pastinya sejarah kegemilangan Lukut akan terus diingati dan dikenang dalam sejarah negara.

Galeri Sejarah Lukut

Galeri ini mempamerkan mengenai sejarah Kota Lukut yang pernah mencapai zaman kegemilangannya bermula daripada pemerintahan Raja Jumaat Bin Raja Jaafar (1847 - 1864). Lukut ketika itu merupakan satu daerah yang terpenting disebabkan oleh hasil kegiatan perlombongan bijih timah yang amat pesat sekali. Galeri ini mempunyai beberapa segmen antaranya Latar Belakang Sejarah Lukut, Kota Lukut Sebagai Kota Pertahanan, Lukut Pesat Ekonomi dan Pentadbiran, Lukut Dalam Aspek Politik, Laporan Kapten Macpherson dan Perlombongan Bijih Timah di Lukut.

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Pertama Aidil Adha

Bayaran Masuk

Masuk adalah PERCUMA

Kemudahan

1. Tempat letak kenderaan percuma
2. Lawatan berpandu akan disediakan (hubungi pegawai kami untuk permohonan)
3. Kantin
4. Taman permainan kanak-kanak
5. Tandas awam percuma

Peta Lokasi

Address: 
Lot 730, Kota Lukut, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel: 
06-651 2954
Fax: 
06-651 5270
Email: 
info@jmm.gov.my
Facebook: 
https://www.facebook.com/profile.php?id=100001302714566 [2]

PENAFIAN: Jabatan Muzium Malaysia, Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan serta Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan sebarang maklumat di dalam laman web ini. Laman web ini telah diuji menggunakan semua pelayar popular seperti Internet Explorer 7/8/9, Mozilla Firefox, Apple Safari, Google Chrome dan Opera dengan resolusi paparan 1024x768.

ALAMAT:  Jabatan Muzium Malaysia, Jalan Damansara 50566, Kuala Lumpur. Tel : (+603) 2267-1000  Faks : (+603) 2284-9103 
Emel - info [at] jmm.gov.my.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara atau komunikasi korporat, sila dail (+603) 2267-1048, (+603) 2267-1049, (+603) 2267-1050 atau (+603) 2267-1051

Hakcipta Terpelihara © 2013 Jabatan Muzium Malaysia

window.dataLayer = window.dataLayer || []; function gtag(){dataLayer.push(arguments);} gtag('js', new Date()); gtag('config', 'G-8TV75MNKSE');

Hubungi Kami

Jabatan Muzium Malaysia,
Jalan Damansara
50566, Kuala Lumpur.

Tel : (+603) 2267-1000
Faks : (+603) 2284-9103
Emel - pr [at] jmm.gov.my

Laman ini telah diuji dan sesuai untuk semua jenis perisian pelayar dengan skrin resolusi 1024x768.

Statistik

  • Jumlah hit: 3,940,582
  • Jumlah pengunjung: 1,345,707
  • Hit minggu ini: 1,072
  • Hit bulan ini: 20,148
  • Hit minggu lepas: 3,086
  • Hit bulan lepas: 17,943
  • Semenjak: 22 Mar 2014

Media Sosial

FacebookYouTubeBloggerRss Feed

Waktu Operasi Muzium

Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Aidil Adha

Info Lanjut

Chief Information Officer (CIO)

Source URL (retrieved on 26 Mei 2025): http://www.jmm.gov.my/ms/muzium/muzium-lukut

Links:
[1] http://www.jmm.gov.my/files/brosur/MLukut.pdf
[2] https://www.facebook.com/profile.php?id=100001302714566