Jabatan Muzium Malaysia
Telah diterbitkan di Jabatan Muzium Malaysia (http://www.jmm.gov.my)

Laman Utama > Muzium Chimney

Muzium Chimney

Muzium Chimney

Brosur [1]

Latarbelakang
Muzium Chimney merupakan sebuah muzium tapak yang mempamerkan mengenai sejarah Tanjung Kubong dan sejarah perlombongan arang batu di Labuan pada sekitar tahun 1847 sehingga tahun 1911. Manakala Menara Chimney dikenali sebagai “Punil” oleh masyarakat tempatan yang terletak berhampiran merupakan mercu tanda bersejarah dan bukti peninggalan era kepesatan perlombongan arang batu di Labuan yang dibina pada penghujung tahun 1890-an. Muzium ini yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Informasi Chimney telah siap dibina pada tahun 2000 dan dibuka secara rasmi pada 26 Oktober 2002 oleh Allahyarham YB Senator Datuk Seri Panglima Mohamed bin Omar Beledram yang mewakili Ahli Parlimen Labuan.

Objektif

  • Mengumpul, menyelidik, mendokumentasi, memulihara dan memelihara warisan sejarah di Labuan terutamanya di kawasan utara Labuan yang memiliki banyak tapak dan monumen bersejarah.
  • Menjadi salah satu institusi pendidikan tidak formal masyarakat dan pusat rujukan penyelidikan yang menyebarluas, mengangkat dan melestarikan warisan, sejarah dan budaya tempatan.
  • Memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan memelihara warisan dan sejarah negara khususnya di Labuan.
  • Menjadi salah satu produk pelancongan sejarah tempatan dan seterusnya di Malaysia dan luar negara.

Galeri Pameran

Reka bentuk bangunan dua tingkat muzium telah diinspirasikan daripada seni bina sebuah bangunan sekolah zaman kolonial di Labuan. Di aras bawah muzium ini memaparkan mengenai sejarah Tanjung Kubong dan era kegemilangan Labuan sebagai pengeluar arang batu terbesar di rantau Borneo seterusnya perkembangan sistem pengangkutan kereta api yang dipercayai antara yang terawal di Malaysia.

Manakala di galeri aras satu, mempamerkan sejarah serta keunikan Menara Chimney yang sehingga kini fungsi sebenar pembinaannya masih mengundang misteri. Beberapa hipotesis menyatakan antaranya menara ini berfungsi sebagai sebuah cerobong bagi pengudaraan lombong-lombong bawah tanah yang terletak di persekitarannya, cerobong pembakaran batu bata, cerobong peleburan besi, rumah api, menara loceng malahan teori yang signifikan dengan kewujudannya adalah sebagai sebuah mercu tanda ketika era kegemilangan perlombongan arang batu di Labuan. Terdapat juga hipotesis yang menyatakan bahawa Menara Chimney merupakan menara telekomunikasi yang dibina sewaktu zaman pemerintahan British. Turut dipamerkan adalah pelbagai artifak jumpaan ekskavasi arkeologi di tapak Menara Chimney dan proses-proses kerja Konservasi Menara Chimney yang dilaksanakan pada tahun 1997 hingga 1999.

Menara Chimney

Menara setinggi 32.5 meter ini merupakan monumen bersejarah yang dibina daripada ribuan lapisan batu bata Inggeris tidak dilepa dan tanpa menggunakan sebarang struktur cerucuk sepertimana pembinaan pada masa kini.  Kejayaan proses pemuliharaan melalui kerja-kerja baik pulih yang dianggap antara kerja konservasi paling berisiko di Malaysia oleh pihak Jabatan Muzium Dan Antikuiti (kini Jabatan Muzium Malaysia) telah menjadi satu kebanggaan kepada negara amnya dan penduduk Labuan khususnya. Pada tahun 2013 melalui pencalonan pihak Perbadanan Labuan, Menara Chimney telah mengharumkan nama negara apabila dianugerahkan The International “Green Apple Awards “ dengan merangkul pingat gangsa bagi kategori Warisan Seni Bina daripada The Green Organisation,  di London. 

Koleksi Artifak

Pelbagai koleksi artifak era perlombongan arang batu di Labuan diperagakan di muzium ini yang sebahagian besarnya diperolehi daripada aktiviti ekskavasi arkeologi di tapak Menara Chimney dan eksplorasi di kawasan sekitarnya. Antara koleksi menarik di muzium ini ialah spesimen arang batu dan batuan geologi yang berusia jutaan tahun, bekas candu, pelbagai bentuk artifak seramik yang pernah digunakan oleh para pelombong , tinggalan komponen-komponen lokomotif keretapi pengangkut arang batu yang pernah beroperasi di Labuan serta  jumpaan pelbagai jenis batu bata asal Menara Chimney yang sebahagian besarnya dihasilkan pada kurun ke-19 oleh kilang pengeluar jenama terkenal Inggeris di Scotland dan syarikat perlombongan arang batu di Labuan.

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Pertama Aidil Adha

 
 

Bayaran Masuk

Percuma

Pengangkutan

(Dari bandar ke Muzium Chimney)
  • Bas Mini No. 6 – Kadar RM 3.50
  • Teksi – RM25.00 (kadar semasa)
  • Grab – RM19.00 (kadar semasa)

Kemudahan

Tempat letak kereta, surau, tandas awam, kerusi roda, gerai makan

Perkhidmatan

  • Perkhidmatan Lawatan Berpandu disediakan dengan permohonan.
  • Penjualan bahan-bahan terbitan Jabatan Muzium Malaysia (CD/VCD/Buku)
  • Program dan aktiviti inreach atau outreach disediakan dengan permohonan
  • Sewaan tapak perkarangan muzium (sekiranya berkenaan)

Penginapan

Palm Beach Resort

Homestay 

  • Homestay Paadian Ku Kg Pantai
  • Homestay Bukit Kuda
  • Duan Homestay Kg Layang-layangan
  • Pilly Homestay Kg Layang-layangan

Tempat-Tempat Menarik

  • Taman Burung Labuan
  • Tapak Terowong Bekas Perlombongan Arang Batu
  • Taman Batu Manikar
  • Pantai Pohon Batu
  • Pantai Pancur Hitam
  • Anjung Ikan Bakar – Kg Lubok Temiang
  • Anjung Ketam – Kg Tanjung Aru
  • Taman Damai, Layang-Layangan
  • Labuan Chimney Walking Trail (Tapak Gedung Ubat, Pusara Peringatan Alice, Tip of Kubong dan Panorama Gerbang Laut)

Peta Lokasi

Address: 
Muzium Chimney, Kg Lubok Temiang, Jalan Tanjung Kubong, 87008 Wilayah Persekutuan Labuan
Tel: 
087-463 603
Fax: 
087-414 462
Email: 
info@jmm.gov.my
Facebook: 
https://www.facebook.com/chimneymuseum [2]

PENAFIAN: Jabatan Muzium Malaysia, Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan serta Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan sebarang maklumat di dalam laman web ini. Laman web ini telah diuji menggunakan semua pelayar popular seperti Internet Explorer 7/8/9, Mozilla Firefox, Apple Safari, Google Chrome dan Opera dengan resolusi paparan 1024x768.

ALAMAT:  Jabatan Muzium Malaysia, Jalan Damansara 50566, Kuala Lumpur. Tel : (+603) 2267-1000  Faks : (+603) 2284-9103 
Emel - info [at] jmm.gov.my.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara atau komunikasi korporat, sila dail (+603) 2267-1048, (+603) 2267-1049, (+603) 2267-1050 atau (+603) 2267-1051

Hakcipta Terpelihara © 2013 Jabatan Muzium Malaysia

window.dataLayer = window.dataLayer || []; function gtag(){dataLayer.push(arguments);} gtag('js', new Date()); gtag('config', 'G-8TV75MNKSE');

Hubungi Kami

Jabatan Muzium Malaysia,
Jalan Damansara
50566, Kuala Lumpur.

Tel : (+603) 2267-1000
Faks : (+603) 2284-9103
Emel - pr [at] jmm.gov.my

Laman ini telah diuji dan sesuai untuk semua jenis perisian pelayar dengan skrin resolusi 1024x768.

Statistik

  • Jumlah hit: 3,946,100
  • Jumlah pengunjung: 1,348,568
  • Hit minggu ini: 2,270
  • Hit bulan ini: 2,667
  • Hit minggu lepas: 4,318
  • Hit bulan lepas: 22,995
  • Semenjak: 22 Mar 2014

Media Sosial

FacebookYouTubeBloggerRss Feed

Waktu Operasi Muzium

Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Aidil Adha

Info Lanjut

Chief Information Officer (CIO)

Source URL (retrieved on 6 Jun 2025): http://www.jmm.gov.my/ms/muzium/muzium-chimney

Links:
[1] http://www.jmm.gov.my/files/brosur/MC.pdf
[2] https://www.facebook.com/chimneymuseum