Jabatan Muzium Malaysia
Telah diterbitkan di Jabatan Muzium Malaysia (http://www.jmm.gov.my)

Laman Utama > Mengenai JMM

Mengenai Jabatan Muzium Malaysia

Visi

Menjadi Institusi Permuziuman yang profesional dan bertaraf global

Misi

  1. Meningkatkan profesionalisme dalam bidang permuziuman
  2. Memantapkan penyelidikan, pengurusan koleksi, konservasi, pameran dan pendidikan
  3. Meluaskan jaringan kerjasama pintar dengan institusi permuziuman global

Objektif

  1. Menjalankan kerja-kerja pengumpulan, pemuliharaan dan pengekalan sejarah, budaya dan alam semulajadi negara
  2. Menyebarkan ilmu pengetahuan melalui aktiviti pameran, program-program pendidikan dan pengembangan muzium

Halatuju

  1. Mengemaskini dan melengkapkan data-data koleksi sedia ada.
  2. Menyediakan repositori dan makmal konservasi yang serba lengkap.
  3. Menghasilkan penyelidikan berwibawa.
  4. Menyediakan modal insan terlatih didalam bidang permuziuman.
  5. Menyediakan pameran menarik.
  6. Menjadi institusi permuziuman yang unggul.

Fungsi

  1. Menyelidik, mengumpul, memelihara warisan sejarah, kebudayaan dan alam semulajadi negara.
  2. Mengurus muzium-muzium di bawah pentadbiran persekutuan dan memberi khidmat kepakaran dan nasihat kepada muzium-muzium negeri, jabatan kerajaan dan swasta.
  3. Mendokumentasikan koleksi jabatan dan menerbitkan hasil penyelidikan.
  4. Memberikan khidmat pengembangan ilmu pengetahuan melalui pameran, ceramah, bengkel, seminar, forum dan persidangan dan lawatan berpandu ke balai-balai pameran.

Perkhidmatan Teras

  1. Pengurusan Koleksi
  2. Penyelidikan
  3. Penyebaran ilmu Pengetahuan melalui: Pameran (pameran tetap, pameran sementara dan pameran bergerak), Ceramah, Bengkel, Seminar, Forum dan persidangan serta Lawatan berpandu ke galeri
  4. Konservasi

Sejarah

 

Bil. Tarikh Peristiwa
1. 1883 Aktiviti muzium bermula dengan penubuhan Muzium Perak di Taiping.
2. 1888 Penubuhan Muzium Sarawak di Kuching oleh Sir Charles Brooke II.
3. 1906 Penubuhan Muzium Selangor.
4. 1910 Pengurusan Muzium Selangor & Muzium Perak disatukan di bawah Jabatan Muzium Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
5. 10 Mac 1945 Kemusnahan sebahagian bangunan Muzium Selangor akibat daripada terkena bom Tentera Udara Berikat.
6. 16 September 1958 Pelantikan arkitek untuk mereka bentuk bangunan khas di atas tapak bekas bangunan Muzium Selangor.
7. 2 Januari 1962 Syarikat Yew Lee dilantik untuk mula membina bangunan Muzium Negara atas tapak bekas Muzium Selangor.
8. 31 Ogos 1963 Perasmian pembukaan Muzium oleh DYMM YDP Agong ke-III, Tuanku Syed Putra Al-Haj ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail.
9. 1978 Jabatan Muzium dipindahkan seketika dari Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan kepada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar.
10. 1987 Jabatan Muzium dipindahkan kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang kemudiannya ditukar nama kepada Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan dan pada 1992 nama kementerian ini ditukar sekali lagi kepada Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia.
11. 11 Mac 1993 Penubuhan Jabatan Muzium dan Antikuiti secara rasmi.
12. 1 Mac 2006 Jabatan Muzium dan Antikuiti telah ditukarkan kepada Jabatan Muzium Malaysia

Senarai Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia boleh didapati di sini [1]

PENAFIAN: Jabatan Muzium Malaysia, Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan serta Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan sebarang maklumat di dalam laman web ini. Laman web ini telah diuji menggunakan semua pelayar popular seperti Internet Explorer 7/8/9, Mozilla Firefox, Apple Safari, Google Chrome dan Opera dengan resolusi paparan 1024x768.

ALAMAT:  Jabatan Muzium Malaysia, Jalan Damansara 50566, Kuala Lumpur. Tel : (+603) 2267-1000  Faks : (+603) 2284-9103 
Emel - info [at] jmm.gov.my.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara atau komunikasi korporat, sila dail (+603) 2267-1048, (+603) 2267-1049, (+603) 2267-1050 atau (+603) 2267-1051

Hakcipta Terpelihara © 2013 Jabatan Muzium Malaysia

Hubungi Kami

Jabatan Muzium Malaysia,
Jalan Damansara
50566, Kuala Lumpur.

Tel : (+603) 2267-1000
Faks : (+603) 2284-9103
Emel - info [at] jmm [dot] gov [dot] my

Sebarang pertanyaan berkenaan majlis dan perhubungan korporat, sila hubungi (+603) 2267-1109, (+603) 2267-1088 atau (+603) 2267-1049

Laman ini telah diuji dan sesuai untuk semua jenis perisian pelayar dengan skrin resolusi 1024x768.

Statistik

  • Jumlah hit: 3,473,250
  • Jumlah pengunjung: 976,477
  • Hit minggu ini: 988
  • Hit bulan ini: 2,611
  • Hit minggu lepas: 1,653
  • Hit bulan lepas: 15,990
  • Semenjak: 22 Mar 2014

Media Sosial

FacebookYouTubeBloggerRss Feed

 

Muzium-Muzium di Bawah Jabatan Muzium Malaysia

Waktu Operasi Muzium

Dibuka setiap hari (kecuali isnin pertama setiap bulan) bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Aidil Adha

Info Lanjut


Source URL (retrieved on 11 Ogo 2022): http://www.jmm.gov.my/ms/mengenai-jabatan-muzium-malaysia

Links:
[1] http://www.jmm.gov.my/ms/sejarah-ketua-pengarah-jabatan-muzium-malaysia