Perpustakaan Jabatan Muzium Malaysia merupakan sebuah unit yang bertanggungjawab dalam usaha menyediakan maklumat dengan membekalkan bahan-bahan rujukan serta bacaan. Perkhidmatan ini disediakan khas untuk kakitangan dan juga orang awam khususnya pelajar serta penyelidik. Perpustakaan juga memiliki pelbagai jenis majalah dan akhbar yang sesuai untuk dijadikan sebagai rujukan tambahan.
* Carian buku-buku yang terdapat di perpustakaan melalui Perpustakaan Virtua [1]
Sehingga kini, terdapat 40,000 koleksi yang merangkumi bahan-bahan seperti berikut:
Selain daripada menjadi tempat rujukan dan mencari maklumat, Perpustakaan Jabatan Muzium Malaysia juga menyediakan perkhidmatan seperti di bawah:
Isnin hingga Khamis: 8.30 pagi - 4.30 petang
Jumaat: 8.30 pagi - 12.15 tengahari; 12.15 tengahari - 2.45 petang (ditutup); 2.45 petang - 4.30 petang
Ditutup pada hari Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am.
Lampiran | Saiz |
---|---|
![]() | 173.35 KB |
![]() | 174.94 KB |
![]() | 8 KB |
![]() | 194.72 KB |
![]() | 220.05 KB |
![]() | 87.87 KB |
![]() | 963.82 KB |
Merupakan koleksi terbesar di Perpustakaan Jabatan Muzium Malaysia. Merangkumi pelbagai tajuk perkara khususnya dalam bidang permuziuman seperti arkeologi, konservasi dan pemuliharaan, sejarah, kebudayaan, kesenian serta lain-lain. Kesemua bahan-bahan ini dikatalogkan mengikut klasifikasi DDC berikut:
000 | Pengetahuan Am |
100 | Falsafah dan Psikologi |
200 | Agama |
300 | Sains Sosial |
400 | Bahasa |
500 | Sains Tulen Dan Matematik |
600 | Teknologi |
700 | Kesenian |
800 | Kesusasteraan |
900 | Geografi dan Sejarah |
Koleksi rujukan terdiri daripada bahan seperti kamus, ensiklopedia, direktori, bibliografi dan sebagainya Bahan-bahan ini tidak boleh dipinjam dan hanya boleh dirujuk di dalam Perpustakaan sahaja.
Dalam menyediakan maklumat yang tepat, padat dan berfaedah kepada kakitangan serta penyelidik, Perpustakaan JMM juga menyediakan koleksi terbitan bersiri.Terbitan bersiri ini diperoleh secara pembelian dan juga secara percuma. Bacaan ringan ini disediakan bagi menambahkan lagi maklumat serta ilmu pengetahuan umum kepada kakitangan Jabatan Muzium Malaysia amnya.Terbitan bersiri ini terbahagi kepada 2. Terbitan Tempatan dan Terbitan Luar Negara.
Koleksi laporan tahunan kebanyakannya diperoleh secara percuma. Koleksi ini merangkumi laporan kerajaan serta laporan syarikat swasta.
Terdapat juga bahan rujukan dalam bentuk kertas kerja, seminar, simposium dan tesis. Kebanyakkan bahan-bahan ini diperolehi secara percuma dan juga hasil penyelidikan yang disediakan oleh kakitangan Jabatan Muzium Malaysia. Kertas kerja yang terdapat di perpustakaan ini merangkumi beberapa tajuk antaranya arkeologi, tekstil, ukiran, tempat-tempat bersejarah, tarian, senjata dan juga senibina. Antara tajuk kertas seminar pula ialah Seminar Dan Forum Perdana Penghayatan Dan Pengukuhan Kemerdekaan Malaysia. Dan juga beberapa tajuk seperti Persidangan Antarabangsa Tamadun Dunia Melayu ke II, Simposium Karya Seni Seniman Agung P. Ramlee dan lain-lain. Kesemua bahan ini dijilidkan bagi memudahkan ia dirujuk.
Koleksi ini merangkumi jurnal tempatan dan antarabangsa yang diperolehi melalui pembelian, hadiah dan pertukaran. Journal of the Federated Malay States Museums merupakan koleksi terulung dan terpenting mengenai pemuziuman di Malaysia bermula sejak tahun 1905. Jurnal-jurnal muzium terbitan kerajaan negeri di seluruh Malaysia tersimpan di perpustakaan ini.
Koleksi keratan akhbar yang terdapat di Perpustakaan Jabatan Muzium Malaysia adalah seawal 1960-an sehingga kini. Koleksi ini merangkumi pelbagai tajuk berita dan peristiwa bersejarah yang disiar di dalam akhbar-akhbar tempatan khususnya berita mengenai permuziuman. Keratan akhbar yang terdapat di Perpustakaan ini telah direkod mengikut beberapa kategori yang ditetapkan seperti dibawah:
Bil. | Kategori | Sub-Kategori |
---|---|---|
1. | Etnologi | Dunia Melayu Bahasa Tradisional |
2. | Koleksi | Barang Antik Setem Matawang Koleksi Diraja Atifak Manuskrip Senjata |
3. | Lain-lain | Pemuliharaan Umum |
4. | Kaum/Pertubuhan | Orang Asli Kaum Sabah / Sarawak Al-Maunah Abu Sayyaf Black Metal ASEAN |
5. | Monumen | Bangunan Tempat Destinasi Pelancongan Batuan |
6. | Alam Semulajadi | Flora Fauna |
7. | Sukan | Formula One |
8. | Seni | Lukisan Teater Seni Khat |
9. | Kenderaan | Pengangkutan Kapal Keretapi |
10. | Peristiwa | Hassan Berbasikal Mengelilingi Dunia Peristiwa 11 September Rekod Malaysia Rekod Dunia Jalur Gemilang Perhimpunan UMNO |
11. | Sains | Astronomi |
12. | Pameran | Pameran JMM |
13. | Tokoh | Seniman Tokoh Negara Tokoh Luar Negara |
14. | Sejarah | Sejarah Nama Jalan Arkeologi Muzium Cawangan JMM |
Links:
[1] http://library.jmm.gov.my:8000/
[2] http://www.jmm.gov.my/files/Senarai%20Buku%20Permuziuman%20JMM_0.pdf
[3] http://www.jmm.gov.my/files/Senarai%20Jurnal%20Perpustakaan%20JMM_0.pdf
[4] http://www.jmm.gov.my/files/Senarai%20Tajuk%20Pameran.pdf
[5] http://www.jmm.gov.my/files/Senarai%20Tajuk%20Seminar.pdf
[6] http://www.jmm.gov.my/files/Senarai%20Tajuk%20Laporan%20Tahunan.pdf
[7] http://www.jmm.gov.my/files/Senarai%20Tajuk%20Kajian%20dan%20Tesis.pdf
[8] http://www.jmm.gov.my/files/Senarai%20Buku%20Terbaharu%20Bulai%20Julai%20%26%20Ogos%202019_0.pdf