Muzium Sungai Lembing ditubuhkan bagi mengimbau zaman kegemilangan Sungai Lembing sebagai bandar terkaya pengeluar bijih timah utama di negeri Pahang. Pada suatu ketika dahulu, bandar ini seumpama EL-Dorado Timur di Tanah Melayu kerana di sinilah terletaknya sebuah perkampungan pegawai Inggeris yang istimewa di Lembah Sungai Kenau. Namun, mulai 1984 segala kemewahan tersebut lenyap akibat kejatuhan harga bijih timah.
Keunikan muzium ini adalah kerana ianya ditempatkan di sebuah bangunan bekas kediaman Pegawai lombong itu sendiri yang masih mengekalkan ciri-ciri senibina zaman Inggeris.
Lombong bijih timah di Sungai Lembing merupakan satu-satunya lombong bawah tanah yang terdalam dan terpanjang di dunia, yang pernah diusahakan secara besar-besaran dan pernah menjana ekonomi negara yang menjadikan Sungai Lembing begitu terkenal diperingkat antarabangsa. Muzium Bijih Timah Sungai Lembing mempamerkan koleksi peralatan perlombongan yang pernah digunakan untuk melombong bijih di bawah tanah. Di antara koleksi menarik yang dipamerkan ialah jentera gerudi, gerabak keretapi, pakaian topi keselamatan dan peralatan perabot pejabat pengurus lombong .
Koleksi dan Galeri
Keseluruhan konsep muzium ini menggunakan pelbagai media dan teknik pameran. Susunatur muzium ini adalah mengikut urutan kronologi sejarah, peristiwa dan artifak bagi memudahkan para pelawat melihat, memahami dan menghayati setiap informasi yang dipamerkan, justeru itu segmen ini menampilkan diorama dan pameran yang mengimbau waktu kegemilangan yang mampu mengembalikan nostalgia.
Selain itu, penemuan geologi di sekitar Sungai Lembing dan beberapa panel informasi yang memaparkan tokoh-tokoh yang berkait rapat dengan perlombongan Sungai Lembing seperti Sultan Abu Bakar, Tok Tanggut dan W.W Abel juga diadakan untuk menambah pengetahuan para pelawat.
Alamat
Ibu Pejabat Jabatan Muzium Malaysia (Wilayah Timur) Kuantan, 26200 Pahang
Tel : +609 541 2377 / 2378
Fax : +609 541 2377
Hari dan Masa Lawatan
9 pagi hingga 6 petang
Bayaran Masuk
Percuma
Pegawai Dihubungi
Pn. Rebiah binti Md Yusuf
Kemudahan Pengangkutan
Bas dan Teksi dari Terminal Bas Kuantan
Kemudahan Penginapan
Sekitar Kuantan
Tempat-tempat Menarik Berhampiran
Ladang ternakan rusa, air terjun dan kolam air panas, Pusat Rekreasi Gunung Tapis, Gua Charas 'Sleeping Buddha', Bukit Panorama dan Hutan Rekreasi.
Kedai Cenderahati
Para pelawat berpeluang membeli cenderamata di D Mine Shoppe yang dikendalikan kakitangan muzium. Kedai ini bakal menyediakan pelbagai jenis cenderamata seperti cawan, jam, topi, kemeja T, pen, produk yang diperbuat daripada bijih timah dan buku-buku sejarah berkaitan dengan Sungai Lembing.
Kemudahan-kemudahan Lain
Surau, tandas awam
[bg|watermarked/galeriaperdana-w] |
Galeria Perdana dibina bertujuan mempamerkan anugerah, cenderamata dan hadiah yang diterima oleh Y.A. Bhg. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan Y.A. Bhg. Tun Siti Hasmah bte Mohd Ali daripada pemimpin-pemimpin dan tokoh-tokoh dunia serta masyarakat Malaysia sebagai penghargaan kepada beliau dan Negara Malaysia semasa beliau menjadi Perdana Menteri.
Peranan asal Galeria Perdana hanya sebagai tempat mempamerkan anugerah dan hadiah-hadiah yang diterima oleh Y.A Bhg. Tun Dr. Mahathir telah berubah. Kini Galeria Perdana secara tidak langsung berfungsi sebagai institusi khusus yang mempamerkan, menyimpan dan memelihara anugerah, hadiah dan cenderamata yang diterima oleh Y.A. Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Y.A. Bhg. Tun Dr. Siti Hasmah Hj. Mohd Ali sebagai Perdana Menteri Malaysia keempat dan mantan Wanita Pertama Malaysia.
Bagi Blok A, mempamerkan pelbagai hadiah dan cenderamata unik yang diperbuat daripada kayu, Kristal dan kaca. Pelbagai jenis batu permata dan alat-alat muzik juga turut dipamerkan. Menempatkan koleksi yang diperbuat daripada porselin dan tekstil. Koleksi yang menggunakan islam sebagai tema turut juga dipamerkan di sini.
Sebagai isteri tersayang Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Dr. Siti Hasmah juga turut menerima hadiah dan cenderamata unik daripada ketua-ketua Negara dan juga orang awam. Kesemuanya ini dipamerkan di aras satu Blok B. Sementara di aras bawah adalah cenderamata yang di perbuat daripada perak, gangsa, pewtwer dan tembaga.
Bagi Blok C, dipamerkan pelbagai koleksi lukisan, barang kemas dan lain-lain cenderamata yang diterima dari seluruh dunia. Aras ini mempamerkan kenderaan dan model-model miniature yang menarik.
Dibuka setiap hari bermula jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang & 8.30 pagi to 6.00 petang semasa cuti sekolah dan cuti umum.
Dewasa RM 10.00
Kanak-kanak RM 4.00 (6 – 12 tahun)
Kamera RM 2.00
Video Kamera RM 5.00
*Kadar istimewa kepada pemegang Mykad. Sila tunjukkan Mykad anda untuk mendapatkan potongan harga.
Puan Mahani Muhamad
Pengarah Galeria Perdana
mahani@jmm.gov.my [1]
Tel : 04-9591498 / 1863
Fax : 04-959 1819
Galeria Perdana
Jalan Ayer Hangat,
Mukim Kilim, 07000 Langkawi
Kedah Darul Aman
View Galeria Perdana [2] in a larger map
Koleksi Artifak
[bg|watermarked/muziumadat-w] |
The formation of the first Muzium Adat in Malaysia was the brainchild of the Honourable Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Minister of Culture, Arts and Heritage Malaysia. This museum, standing in Kuala Klawang, in the district of Jelebu, is located 30km from town of Seremban. The main emphasis of the museum is to collate the various facets of the lifestyle of the Malaysian Society relevant to and which is definitive of the image and identity of Negeri Sembilan as Land of Customs. A special segment on the Adat Perpatih is also on public display alongside other artifacts relating to customs.
Free
Mr. Nasrulamiazam Mohd Nasir
Curator
Email nasrul@jmm.gov.my [4]
196, Jalan Dato' Umbi,
71600 Kuala Klawang,
Jelebu, Negeri Sembilan.
Phone: +606 613 6586/6621
Fax: +606 613 6664
Penubuhan Muzium Alam Semulajadi (MAS) di Presint 15, Putrajaya merupakan satu usaha kerajaan untuk mengumpul, mendokumentasikan dan mempamerkan khazanah alam semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan, haiwan, batuan, mineral dan fosil yang terdapat di negara ini untuk dimanfaatkan oleh segenap lapisan masyarakat dalam negara mahupun pelancong. Di muzium ini, semua spesimen flora dan fauna yang telah pupus, terancam dan masih wujud dikumpulkan di bawah satu bumbung untuk tujuan pengekalan warisan alam semulajadi negara kita.
Semenjak Jabatan Muzium Malaysia ditubuhkan, Muzium Alam Semulajadi adalah merupakan salah satu bahagian yang diwujudkan oleh jabatan untuk membuat kajian dalam bidang flora dan fauna. Pada masa itu iannya dikenali sebagai Bahagian Ilmu Kejadian. Proses pengutipan spesimen flora dan fauna untuk koleksi muzium juga sebenarnya telahpun bermula semenjak 1901 lagi dimana ianya dimulakan oleh pegawai-pegawai Inggeris yang berkhidmat di Tanah Melayu pada masa itu. Ini dibuktikan dengan banyak rekod spesimen terawal yang kini dalam simpanan Jabatan Muzium Malaysia bermula pada tarikh tersebut.
Menjadi Pusat Penyelidikan serta Rujukan Biodiversiti dan Geodiversiti Terulung Negara
Pengumpulan koleksi dan penyelidikan mengenai dunia Melayu kini giat dilakukan dan aktiviti ini berterusan. Pengumpulan koleksi meliputi pelbagai jenis seperti tekstil, senjata, ukiran, alat logam dan teknologi, perhiasan diri, alat muzik dan sebagainya. Koleksi-koleksi yang terbaik dan unggul serta sukar diperolehi ini dikumpulkan dari beberapa buah negara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Kemboja, Vietnam, Afrika Selatan, Madagaskar dan lain-lain negara seluruh dunia termasuk rumpun Melayu Polenesia yang unik dan menarik ini kini disimpan di Jabatan Muzium Malaysia.
Pejabat : 7.30 a.m to 5.30 p.m, kecuali cuti umum,
Galeri Pameran : 9.00 a.m to 5.30 p.m, Tutup sepanjang Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji
Percuma
Pn. Zarinah Sarifan
Timbalan Pengarah
Email: zarinah@jmm.gov.my [7]
Pejabat Muzium Etnologi Dunia Melayu
Jabatan Muzium Malaysia
Jalan Damansara, 50566 Kuala Lumpur
Tel : +603 2282 7399
Fax : +603 2282 7294
Dengan Bas atau Teksi Dengan Komuter/ Putra LRT Turun di stesen KL Sentral, berjalan sejauh 0.5 km ke Muzium Negara
View MEDM [8] in a larger map
[bg|/galerisenikraforangasli] |
Free
Mr. Ahmad Zulkarnain bin Alias
Orang Asli Crafts Gallery,
Jabatan Muzium Malaysia,
Jalan Damansara, 50566 Kuala Lumpur
Tel : +603 2282 6255 samb.171
Fax : +603 2282 7294 / 2287 1275
View MEDM [9] in a larger map
[bg|/galerisenikraforangasli] |
Perlaksanaan Galeri Seni Kraf Orang Asli di bawah rancangan Malaysia ke-8 bertujuan menggerakkan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan segala aspek kehidupan masyarakat Orang Asli serta membantu mengekal dan memelihara warisan Budaya Masyarakat Orang Asli di seluruh Semenanjung Malaysia terutamanya.
Peranannya bertumpu kepada aspek-aspek kesenian yang terdapat pada bahan-bahan hasil ciptaan masyarakat Orang Asli. Segala aspek dan bentuk kesenian akan dieksploitasi sepenuhnya bagi menunjukkan keindahan senireka dan ciptaan masyarakat Orang Asli sebagai ciri tamadun dan tradisi mereka disamping melambangkan penyataan imaginasi masyarakat Orang Asli di negara ini.
Unsur-unsur seni yang berkaitan dengan motif dan corak yang terdapat pada ukiran kayu, anyaman, perhiasan diri, sumpitan, tabung damak dan sebagainya akan disalin dan dipindahkan pada bentuk fabrik dan bahan-bahan budaya yang lain agar dapat dimiliki oleh orang ramai. Hasil dari pemindahan motif ini ternyata akan dapat mengembangkan ciptaan masyarakat Orang Asli bagi kegunaan semasa dan menggerakkan lagi usaha untuk menghasilkan bahan-bahan kesenian yang ada nilai ekonomi di negara ini.
Koleksi-koleksi berkaitan masyarakat Orang Asli ada terdapat di stor simpanan Jabatan Muzium Malaysia. Terdapat juga koleksi yang dipamerkan di Muzium Negara dan Muzium Taiping,Perak. Sebahagian daripada koleksi yang terdapat adalah terdiri daripada senjata, ukiran kayu, seniukir, alat muzik, perhiasan diri, alat-alat pertanian, alat memburu binatang, cara memungut dan menyediakan makanan, pengangkutan, alat pemujaan (Sihir). Koleksi mula dipamerkan di Muzium Negara pada tahun 1963, ianya juga merupakan pameran tetap di balai D - Muzium Negara.
Hasil kraftangan masyarakat orang asli seperti: sumpit dan tabung damak, beliung, ukiran patung, raga galas daripada rotan, bakul mengkuang, tikar, kelerai, kampit, ketuk-ketuk buluh dan sebagainya.
Galeri Seni Kraf Orang Asli,
Jabatan Muzium Malaysia,
Jalan Damansara, 50566 Kuala Lumpur
Tel : +603 2282 6255 samb.171
Fax : +603 2282 7294 / 2287 1275
En. Ahmad Zulkarnain bin Alias
View Larger Map [11]
Links:
[1] mailto:mahani@jmm.gov.my
[2] http://maps.google.com.my/maps/ms?ie=UTF8&hl=en&msa=0&msid=113185136319315451471.00045b8bfa1eda0b03c21&ll=6.403597,99.855659&spn=0.005118,0.006866&z=17&source=embed
[3] http://www.jmm.gov.my/ms/category/museum/wilayah-utara
[4] mailto:nasrul@jmm.gov.my
[5] http://www.jmm.gov.my/ms/category/museum/southern-region
[6] http://www.jmm.gov.my/ms/category/museum/lembah-klang
[7] mailto:zarinah@jmm.gov.my
[8] http://maps.google.com.my/maps/ms?ie=UTF8&hl=en&msa=0&msid=113185136319315451471.00045b885e74846685145&ll=3.137795,101.687436&spn=0.005142,0.006866&z=17&source=embed
[9] http://maps.google.com.my/maps/ms?ie=UTF8&hl=en&msa=0&msid=113185136319315451471.00045b885e74846685145&ll=3.137592,101.687382&spn=0.005142,0.006866&z=17&source=embed
[10] http://www.jmm.gov.my/ms/category/museum/klang-valley
[11] http://maps.google.com/maps/ms?hl=en&ie=UTF8&msa=0&msid=113185136319315451471.00045b88733fc9a578247&ll=3.137667,101.688327&spn=0.005142,0.006866&z=17&source=embed