Pameran
Pengenalan
Pameran merupakan peneraju utama Jabatan Muzium Malaysia. Pameran ini terdiri daripada Pameran tetap, Pameran Sementara, Pameran Khas dan Pameran Bergerak (pengembangan sejarah, budaya, warisan dan alam semula jadi). Bahagian Perkhidmatan Muzium merupakan penggerak atau pelaksana utama dalam mencorakkan sesebuah pameran.
Bahagian Perkhidmatan Muzium
Bahagian Perkhidmatan Muzium berperanan memberi khidmat nasihat kepakaran dan perundingan kepada muzium-muzium negeri, agensi-agensi kerajaan dan swasta serta institusi pengajian tinggi dalam pengurusan, penubuhan dan pameran muzium serta merangka dan melaksanakan perkhidmatan pengisian pameran muzium-muzium baru jabatan dan kerja-kerja ubahsuai naik taraf.
Fungsi Bahagian Perkhidmatan Muzium
- Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada agensi-agensi luar dan muzium-muzium lain dalam hal permuziuman (penubuhan muzium, pameran, peragaan artifak dan hal-hal lain yang berkaitan).
- Merangka dan menyemak reka bentuk pameran di galeri muzium dan membantu pelaksanaannya.
- Melaksanakan program pengembangan melalui pameran dan pembangunan (R & D) terhadap muzium keseluruhannya.
- Memantau dan menetapkan piawaian kategori dan taraf muzium di bawah jabatan dan muzium-muzium lain.
Proses Pameran
- Perancangan projek pameran.
- Perlantikan ahli Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Teknikal.
- Perbincangan bersama Bahagian Penyelidikan untuk penyediaan kertas konsep, jalan cerita, kos pameran dan sasaran pengunjung/pelanggan.
- Merangka reka bentuk dalaman pameran dan persembahan pameran (susunatur, peti pameran, panel informasi, pencahayaan, penggunaan multimedia dan sebagainya)
- Perbincangan bersama Bahagian penyedilikan untuk pengumpulan gambar dan penyediaan teks serta kapsyen pameran dan seterusnya mengaplikasikan teks untuk persembahan poster grafik serta kapsyen untuk persembahan artifak
- Menentukan koleksi untuk pameran dan seterusnya memperagakan artifak dan pemasangan pameran
- Merancang aktiviti pengembangan yang berkaitan dengan pameran
- Penilaian pameran
- Pendokumentasian bahan-bahan pameran.
Projek Pengisian oleh Bahagian Perkhidmatan Muzium
Bahagian Perkhidmatan Muzium seringkali terlibat dalam projek pengisian galeri dan pameran di wilayah-wilayah. Projek pengisian yang pernah dijalankan adalah:
1. Wilayah Utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang)
- Galeri Diraja dan kebudayaan Muzium Negeri Perlis
- Muzium Kayang, Perlis
- Balai Besar Alor Star, Kedah
- Muzium Diraja, Kedah
- Makam Diraja Langgar, Kedah
- Muzium Arkeologi Lembah Bujang
- Muzium Islam, Pulau Pinang
- Kota Cornwallis, Pulau Pinang
2. Wilayah Tengah (Perak, Selangor, Kuala Lumpur)
- Muzium Automobil Nasional, Sepang
- Pusat Pelancongan Malaysia (MTC)
- Kuala Lumpur International Airport (KLIA)
- Muzium Palace of Justice, Putrajaya
- Muzium Arkeologi Lenggong, Perak
3. Wilayah Selatan (Negeri Sembilan, Melaka, Johor)
- Muzium Lukut, Negeri Sembilan
- Muzium Seni Bina, Melaka
4. Wilayah Timur (Pahang, Terengganu, Kelantan)
- Muzium Sungai Lembing, Pahang
5. Wilayah Malaysia Timur (Sarawak, Sabah)
- Agnes Keith, Sandakan, Sabah
6. Wilayah Labuan
- Muzium Marin, Labuan
- Muzium Labuan, Labuan
- Pusat Informasi Chimney, Labuan
Pegawai Untuk dihubungi
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi:
En. Azmi bin Ismail
azmi@jmm.gov.my
Ketua Penolong Pengarah
Pn. Eyo Leng Yan
eyo@jmm.gov.my
Penolong Pengarah Kanan
Bahagian Perkhidmatan Muzium
Jabatan Muzium Malaysia
Tel: +603 2282 6255 samb. 340/111/286
Faks: +603 2284 6908