Konservasi
Pusat Konservasi
Pusat Konservasi Jabatan Muzium Malaysia berperanan untuk memastikan bahan-bahan koleksi Jabatan Muzium Malaysia berada dalam keadaan baik dan terpelihara. Matlamat ini direalisasikan melalui kerja-kerja penyelidikan dan konservasi artifak.
Fungsi Pusat Konservasi
-
Melaksanakan kerja-kerja penganalisaan, penyelidikan, rawatan dan pemeliharaan koleksi muzium bagi tujuan pameran, simpanan, pendidikan dan dokumentasi
-
Menjalankan kerja-kerja pencegahan kerosakan dan membaikpulih artifak
-
Pemantauan sistem kawalan suhu, kelembapan, pencahayaan dan makluk perosak yang terdapat di dalam stor koleksi dan galeri-galeri muzium
-
Memberikan latihan dan khidmat nasihat mengenai konservasi kepada kakitangan dan agensi berkaitan
Aktiviti Konservasi
Bahan organik
Bahan organik adalah bahan yang berasaskan karbon dan sumbernya adalah daripada tumbuhan dan haiwan. Bahan organik mudah menyusut dan dirosakkan oleh serangan ejen perosak. Contoh bahan organik ialah rotan, buluh, kayu bulu dan kulit.
Bahan Bukan Organik
Bahan bukan organik adalah bahan yang terdiri daripada campuran mineral dan tidak terbentuk hasil daripada pertumbuhan semulajadi organisma hidup. Contoh bahan bukan organik adalah logam, batu dan lain-lain.
Konservasi Preventif
Tindakan yang dilakukan bagi menghalang pelapukan semulajadi objek akibat keadaan persekitaran seperti suhu, kelembapan, cahaya dan juga perosak seperti serangga, fungus dan pencemaran udara.
Konservasi Kuratif
Konservasi kuratif adalah tindakan yang diambil untuk merawat objek yang mengalami proses deteriorasi. Tindakan yang diambil adalah bertujuan untuk menghentikan atau merencat proses deteriorasi ke atas objek tersebut
Restorasi
Prosedur rawatan yang dilakukan dengan tujuan untuk mengembalikan barangan kebudayaan kepada keadaan yang sediakala dengan menggunakan bahan yang hampir sama dengan bahan asal.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi:
En. Zamrul Amri bin Zakaria
zamrul@jmm.gov.my
Ketua Penolong Pengarah
Pn. Nirmala Sharippudin
nirmala@jmm.gov.my
Kurator
Pusat Konservasi
Jabatan Muzium Malaysia
Tel: +603 2282 6255 samb. 237/200/293
Faks: +603 2282 5044
Projek Konservasi Lokomotif Wap
Latar Belakang
Lokomotif kelas ‘T’ini adalah salah satu daripada 5 enjin bertangki kecil yang di bina oleh W.G. Baganall Limited of England pada tahun 1927. Lokomotif tersebut mempunyai ‘Plate Frame’dan gerabak kuda. Ia merupakan enjin pertama buatan British yang mempunyai empat pembakar yang diperbuat daripada besi ( Steel Fireboxes ) dan merupakan yang pertama di bawa masuk untuk kegunaan Keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dalam tahun 1929. Lokomotif ini telah digunakan untuk perkhidmatan perlabuhan dan telah berpengkalan di Singapura dan Port Swettenham ( sekarang Pelabuhan Klang ) sehingga tahun 1964. Berat keseluruhannya ialah 31 tan dengan 1/2 minyak dan 7580 galen air.
Justifikasi
Koleksi ini merupakan salah satu pameran terbuka dan ianya terdedah kepada tindakbalas persekitaran seperti hujan dan panas menyebebkannya mudah rosak. Oleh itu, pemantauan dan kerja-kerja konservasi perlu dilakukan. Projek ini merupakan kesinambungan kepada konservasi artifak meriam di Muzium Kota Kayang Perlis dan konservasi Patung R.S.F. Walker di Muzium Perak.
Objektif Projek
- Melatih dan memberi pendedahan kepada kakitangan JMM dalam melaksanakan projek konservasi dengan perancangan yang tersusun dan pelaksanaan yang betul dari awal hingga akhir.
- Memastikan koleksi warisan negara khususnya koleksi Muzium supaya berada dalam keadaan baik dan terpelihara agar berkekalan untuk tatapan generasi yang akan datang.
Aktiviti Projek
Minggu 1
Pengukuran dimensi - Mengukur keseluruhan lokomotif
Penyediaan tapak operasi - Penyediaan khemah, dinding kanvas, scaffolding, salur air, peralatan kerja Mengenalpasti komposisi bahan buatan - Menggunakan alat mudah alih X-RF
Mengenalpasti kerosakan - tahap kerosakan dan jenis kerosakan
Minggu 2
Proses menanggalkan cat
Pembersihan permukaan
Minggu 3
Proses kimpalan
Minggu 4
Proses salutan anti karat
Proses mengecat dan kemasan akhir
Senarai Ahli Jawatankuasa Projek
Penaung
Dato' Ibrahim bin Ismail
Penasihat
Tuan Hj. Zawawi bin Hj. Itam Osman
Ketua Projek
En. Zamrul Amri bin Zakaria
Penyelaras Projek
Cik Suriati bt Sulong
Cik Hjh. Hamidah bt Kusnan
Dokumentari
Unit Sumber Media