Buku ini diterbitkan oleh Jabatan Muzium Malaysia dengan kerjasama oleh EFEO, Perancis di Malaysia. Buku ini mengandungi koleksi yang terdapat di Muzium Arkeologi Lembah Bujang di Kedah. Terdapat bahan arkeologi yang ditemui hasil daripada penemuan awal dari tahun 1970an hingga tahun 2006. Sehingga kini Pengkalan Bujang mempunyai koleksi yang terbanyak di seluruh Asia (6,000 keping) mengenai kaca.