Department of Museums Malaysia
Published on Department of Museums Malaysia (http://www.jmm.gov.my)

Home > Perlindungan Data Peribadi

Perlindungan Data Peribadi

Latarbelakang

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) atau APDP merupakan salah satu bentuk perundangan siber yang diperakukan dalam pelaksanaan Koridor Raya Multimedia (MSC). Akta ini merupakan matlamat Dasar Ke Sepuluh dinyatakan dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu bagi menjamin keselamatan maklumat dan kebolehpercayaan dan keutuhan rangkaian.

Rang Undang-Undang Perlindungan Data Peribadi 2009 telah diedarkan pada September 2000 kepada agensi-agensi awam dan swasta untuk mendapatkan ulasan dan pandangan umum dan telah diluluskan oleh Parlimen pada 5 April 2010 dan diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong pada 16 Jun 2010.

Objektif utama undang-undang ini adalah untuk mengawalselia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial oleh pengguna data dan melindungi kepentingan data peribadi umum.

 

7 Prinsip Perlindungan Data Peribadi

Pertama - Mematuhi "Prinsip Am" dimana pengguna data tidak dibenarkan memproses data peribadi individu lain tanpa kebenarannya. Proses bermaksud sebagai mengendalikan data melalui cara atau kaedah automatik atau pengkomputeran atau apa-apa proses lain.

Kedua - Mematuhi "Prinsip Notis dan Pilihan" dimana makluman dan tujuan awalan dimaklumkan kepada pemilik data berkenaan.

Ketiga - Mematuhi "Prinsip Penzahiran" iaitu bertujuan untuk menzahirkan data peribadi seseorang individu itu.

Keempat - Mematuhi "Prinsip Keselamatan" iaitu apabila ingin memproses data peribadi mana-mana individu, pengguna data perlu mengambil langkah supaya data tersebut selamat, tidak diubahsuai, disalahguna atau diberikan kepada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kelima - Mematuhi "Prinsip Penyimpanan" dimana setiap data peribadi itu tidak dibenarkan disimpan melebih had masa yang dibenarkan.

Keenam - Mematuhi "Prinsip Integriti Data" dimana setiap data peribadi perlu dipastikan supaya tepat, lengkap, terkini dan tidak mengelirukan.

Ketujuh - Mematuhi "Prinsip Akses" dimana pemilik data mestilah diberikan hak akses kepada data peribadinya yang dipegang oleh pengguna data supaya dapat dikemaskini dari semasa ke semasa.

Oleh yang demikian, rakyat Malaysia perlu menyedari hak-hak mereka mengikut prinsip-prinsip yang terdapat di dalam Akta ini.

Orang ramai boleh mengemukakan sebarang aduan yang berkaitan APDP 2010 (Seksyen 709) sekiranya merasakan sebuah organisasi atau seseorang telah melanggar salah satu daripada 7 Prinsip Perlindungan Data Peribadi.

Berikut adalah amalan yang disarankan kepada pengadu iaitu apabila Akta ini telah berkuatkuasa:

  1. Pengadu perlu membuat aduan dan memohon penjelasan kepada organisasi yang terlibat terlebih dahulu;
  2. Sekiranya pengadu masih tidak berpuas hati dengan jawapan dan tindakan yang diambil oleh organisasi berkenaan, maka, pengadu bolehlah terus membuat aduan kepada pihak Jabatan Perlindungan Data Peribadi bagi membolehkan penyiasatan dijalankan;
  3. Sekiranya pengadu masih kurang berpuashati dengan keputusan Pesuruhjaya berhubung perkara tersebut, maka, ia bolehlah merayu kepada Tribunal Rayuan dengan memfailkan suatu notis rayuan.

Butir-butir yang perlu semasa membuat aduan:

Anda hanya perlu menulis surat kepada atau e-mailkan kepada Jabatan Perlindungan Data Peribadi aduan[at]pdp[dot]gov[dot]my untuk menjelaskan kes anda. Di dalam surat atau e-mel anda, anda perlu menyatakan perkara-perkara berikut:-

  1. Nama organisasi atau orang yang anda mengadu;
  2. Menerangkan sebab kebimbangan anda;
  3. Memberi butir-butir tindak balas yang mana anda telah terima daripada organisasi yang disyaki punca kebocoran maklumat;
  4. Menyediakan salinan apa-apa surat atau e-mel mengenai perbincangan anda dengan organisasi atau individu berkenaan.

 

Rujukan

  1. Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [1]
  2. Standard Perlindungan Data Peribadi 2015 [2]

DISCLAIMER: The Department of Museums Malaysia, Ministry Of Tourism And Culture, and the Government of Malaysia shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site. This site is tested and best viewed using all popular browsers
ie. Internet Explorer 7/8/9, Mozilla Firefox, Apple Safari, Google Chrome and Opera with screen resolution 1024x768. 


ADDRESS: Department of Museums Malaysia, Jalan Damansara 50566, Kuala Lumpur. Tel : (+603) 2267-1000  Fax : (+603) 2284-9103
Email - info [at] jmm.gov.my.

For inquiries regarding events and corporate communications please dial (+603) 2267-1048, (+603) 2267-1049, (+603) 2267-1050 or (+603) 2267-1051

Copyrights © 2013 Department of Museums Malaysia.

window.dataLayer = window.dataLayer || []; function gtag(){dataLayer.push(arguments);} gtag('js', new Date()); gtag('config', 'G-8TV75MNKSE');

Contact Us

 

Department of Museums Malaysia,
Jalan Damansara
50566, Kuala Lumpur.

Tel : (+603) 2267-1000
Fax : (+603) 2284-9103
Email - pr [at] jmm.gov.my.

This site is tested and best viewed using all popular browsers screen resolution 1024x768.

Statistic

  • Total hit: 3,949,234
  • Total visitor: 1,350,053
  • This week hit: 0
  • This month hit: 5,801
  • Last week hit: 5,403
  • Last month hit: 22,995
  • Since: 22 Mar 2014

Social Media

FacebookYouTubeBloggerRss Feed

 

Muzium-Muzium di Bawah Jabatan Muzium Malaysia

Museum Opening Hours

Opens everyday from 9.00 am - 5.00 pm

Closed on first two days of Raya Aidil Fitri and first day of Raya Aidil Adha

More Info

Chief Information Officer (CIO)

Source URL (retrieved on 8 Jun 2025): http://www.jmm.gov.my/en/node/4378

Links:
[1] http://www.pdp.gov.my/index.php/my/akta-709/akta-perlindungan-data-peribadi-2010
[2] http://www.pdp.gov.my/index.php/my/akta-709/standard