• Warna
  • | Saiz teks
Sistem Perpustakaan VTLS
Sistem Pengurusan Aset JMM
Sistem Foto JMM
SPOT-ME

Ucapan Ketua Pengarah

Anda di sini

Anda di sini

Ketua Pengarah JMM En. Ibrahim bin Ismail

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, Jabatan Muzium Malaysia (JMM) telah membangunkan laman web yang baru dengan matlamat menjadikannya sebagai salah satu saluran maklumat rasmi utama.
Selaras dengan hasrat Kerajaan Malaysia untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan, beberapa kemudahan telah disediakan dalam laman web ini. Di antaranya adalah makluman dan berita rasmi JMM, hebahan aktiviti sepanjang tahun, senarai perkhidmatan yang ditawarkan, maklumat mengenai muzium-muzium JMM, penerbitan jabatan, dan sebagainya.
Selain itu, elemen multimedia diterapkan dari masa ke masa di ruangan pameran disamping beberapa aplikasi atas talian untuk kemudahan khalayak ramai. Akhir kata saya mempersilakan tuan-tuan dan puan-puan melayari laman web ini. Semoga tuan-tuan dan puan-puan mendapat maklumat yang diperlukan dengan mudah dan cepat. Saya juga berharap laman web ini menjadi sumber rujukan berguna para pengunjung web ini.
Saya mengalu-alukan cadangan dan pandangan positif bagi memantapkan lagi kandungan laman web ini untuk manfat semua pihak.

Terima kasih kerana mengunjungi laman web JMM.
"Kunjungilah Muzium"

Dato' Ibrahim bin Ismail

Ketua Pengarah
Jabatan Muzium Malaysia
Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia

Kemas kini terakhir: 19 April 2024 - 8:56am

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources