• Warna
  • | Saiz teks
Sistem Perpustakaan VTLS
Sistem Pengurusan Aset JMM
Sistem Foto JMM
SPOT-ME

Muzium Automobil Nasional

Anda di sini

Anda di sini

Muzium Automobil Nasional

Brosur

Latarbelakang
Malaysia mula mengorak langkah di bidang perindustrian berat khususnya bidang pembuatan kenderaan komersil apabila tertubuhnya Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) pada tahun 1980 dan seterusnya Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (PROTON) pada tahun 1983, Perusahaan Otomobil Kedua Berhad (PERODUA) pada tahun 1993, Motosikal dan Enjin Nasional Sendirian Berhad (MODENAS) pada tahun 1995. Industri permotoran Malaysia telah banyak berkembang sejak kebelakangan ini. Sejajar dengan perkembangan tersebut, Muzium Automobil Nasional telah dibangunkan. Muzium ini memaparkan beberapa model kereta dan motosikal buatan tempatan serta kereta-kereta import yang pernah digunakan di negara ini. Tujuan utama muzium ini ditubuhkan adalah untuk memberi maklumat mengenai sejarah perkembangan dan pencapaian industri permotoran di Malaysia. Muzium ini juga memaparkan beberapa koleksi kereta vintaj dan klasik yang memepunyai sejarahnya yang tersediri. Muzium ini berharap dapat memberi maklumat, mendidik serta menghibur para pengujung mengenai sejarah dan kejayaan negara dalam menerokai industri ini.
 

Koleksi dan Galeri

Muzium Auotomobil Nasional yang terletak di Welcome Centre Litar Antarabangsa Sepang dengan mempunyai keluasan ruang pameran 7,949 kaki persegi bagi tingkat bawah dan 10,577 kaki persegi untuk tingkat satu. Ruang pameran tingkat bawah memaparkan segmen pengenalan Muzium Automobil Nasional serta sejarah perkembangan sistem pengangkutan Malaysia dan kemasukan kereta-kereta terawal. Di sini koleksi-koleksi yang dipamerkan adalah kereta-kereta yang pernah digunakan di negara ini termasuklah kereta Brushmobile keluaran tahun 1904, Ford Speedster tahun 1923 dan Alvis Tourer 1935. Segmen seterusnya adalah Litar Antarabangsa Sepang dengan aktiviti-aktiviti tahunan dalam sukan permotoran seperti perlumbaan F1, Superbike World Championship dan MotoGP, dan segmen kereta vintaj dan klasik yang pernah digunakan di negara ini. Ruang pameran tingkat satu pula merupakan paparan industri permotoran di Malaysia secara umum. Di sini pengunjung dapat mengetahui syarikat-syarikat tempatan yang menyumbang dalam memajukan industri ini termasuklah DRB-Hicom, PROTON, BUFORI, MODENAS dan PERODUA. Koleksi-koleksi yang dipamerkan adalah yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat tersebut.
 

Waktu Operasi

Dibuka  setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Pertama Aidil Adha

Bayaran Masuk

Percuma

Pengangkutan

Dari KLIA, KLIA2 dan Stesen Komuter Nilai. Teksi bermeter.

Tempat-tempat menarik yang berhampiran

  • Sepang International Circuit (SIC)
  • Kuala Lumpur International Airport (KLIA)
  • Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2)
  • Mitsui Outlet Park
  • Pusat Komersil Nilai 3
  • Medan Ikan Bakar Bagan Lalang
  • Pantai Morib
  • Sepang Gold Coast
  • RUD Karting Sepang (GO-KART)
  • Paya Indah Wetlands
  • HL Dragon Fruit Eco Farm
  • Movenpick Hotel and Convention Centre KLIA
  • KLIA Jungle Boardwalk
  • Avani Sepang Goldcoast Resort
  • Anjung Spotter Observation Deck
  • Bukit Melati, Nilai
  • BBST Walk

Peta Lokasi

Address: 
Muzium Automobil Nasional, Litar Antarabangsa Sepang, Jalan Pekeliling, 64000 KLIA, Sepang, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 
03-8787 1499/4759
Email: 
info@jmm.gov.my

Kemas kini terakhir: 27 March 2024 - 10:06am

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources