• Warna
  • | Saiz teks
Sistem Perpustakaan VTLS
Sistem Pengurusan Aset JMM
Sistem Foto JMM
SPOT-ME

Muzium Alam Semulajadi

Anda di sini

 fasad hadapan Muzium alam Semulajadi, Putrajaya

Latar Belakang

Penubuhan Muzium Alam Semulajadi (MAS) di Presint 15, Putrajaya merupakan satu usaha kerajaan untuk mengumpul, mendokumentasikan dan mempamerkan khazanah alam semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan, haiwan, batuan, mineral dan fosil yang terdapat di negara ini untuk dimanfaatkan oleh segenap lapisan masyarakat dalam negara mahupun pelancong. Di muzium ini, semua spesimen flora dan fauna yang telah pupus, terancam dan masih wujud dikumpulkan di bawah satu bumbung untuk tujuan pengekalan warisan alam semulajadi negara kita.

Semenjak Jabatan Muzium Malaysia ditubuhkan, Muzium Alam Semulajadi adalah merupakan salah satu bahagian yang diwujudkan oleh jabatan untuk membuat kajian dalam bidang flora dan fauna. Pada masa itu iannya dikenali sebagai Bahagian Ilmu Kejadian. Proses pengutipan spesimen flora dan fauna untuk koleksi muzium juga sebenarnya telahpun bermula semenjak 1901 lagi dimana ianya dimulakan oleh pegawai-pegawai Inggeris yang berkhidmat di Tanah Melayu pada masa itu. Ini dibuktikan dengan banyak rekod spesimen terawal yang kini dalam simpanan Jabatan Muzium Malaysia bermula pada tarikh tersebut.

Objektif

  1. Mengumpul, menyelidik dan mempamer warisan flora, fauna dan geologi untuk memelihara dan mengembangkan pengetahuan kepada masyarakat dunia tentang khazanah alam semulajadi negara ini.
  2. Menjadikan Muzium Alam Semulajadi sebagai pusat rujukan dan sumber maklumat khazanah alam semulajadi, terutamanya spesies flora dan fauna yang telah pupus dan terancam.
  3. Mendokumentasikan segala koleksi spesimen flora, fauna dan geologi untuk rujukan saintis dan generasi akan datang.
  4. Menjadikan khazanah alam semulajadi negara ini sebagai salah satu aset pelancongan negara ini.

Visi

Menjadi Pusat Penyelidikan serta Rujukan Biodiversiti dan Geodiversiti Terulung Negara

Misi

  1. Menginterpretasikan alam semulajadi melalui penyelidikan, pameran dan pendidikan
  2. Menyebarkan ilmu pengetahuan warisan alam semulajadi negara
  3. Pencetus inspirasi dan aspirasi demi memupuk semangat mencintai kekayaan warisan alam semulajadi
Muzium: 
Bahasa Melayu

Kemas kini terakhir: 18 April 2024 - 4:59pm

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources