Public and Media

Pembetulan kepada laporan akhbar Berita Harian berkenaan Pameran Senjata Tradisional dan Kesaktian

Adalah dimaklumkan bahawa tarikh lanjutan bagi Pameran Senjata Tradisional: Misteri & Kesaktian seperti yang disiarkan di dalam akhbar Berita Harian (Edisi Sentral) yang bertarikh pada 3, 4 dan 5 Mei 2010 di dalam ruangan Info adalah tidak betul. Kepada orang ramai yang telah membaca info tersebut diminta supaya mengabaikan maklumat yang disiarkan.

Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Bahagian Komunikasi Korporat.

Segala kesulitan amat dikesali.

Waktu Operasi Muzium di sepanjang Bulan Ramadhan 2010 (1431 Hijrah)

Sukacita dimaklumkan bahawa muzium-muzium di bawah Jabatan Muzium Malaysia (JMM) yang beroperasi daripada jam 9.00 pagi hingga jam 6.00 petang telah dipendekkan waktunya kepada jam 9.00 pagi hingga jam 5.30 petang di sepanjang bulan Ramadhan. Muzium-muzium yang terlibat adalah :-
 
1) Muzium Negara, Kuala Lumpur.
2) Muzium Tekstil Negara, Kuala Lumpur.
3) Muzium Automobil Nasional, Sepang.
4) Muzium Lukut, Negeri Sembilan
5) Muzium Kota Kuala Kedah, Kedah.
 

Perpindahan Muzium Sejarah Nasional Ke Muzium Negara

Muzium Sejarah Nasional berpindah ke Muzium Negara

Adalah dimaklumkan bahawa Muzium Sejarah Nasional yang terletak bersebelahan Dataran Merdeka akan dipindahkan ke Muzium Negara berkuatkuasa pada 1 November 2007. Justeru bangunan Muzium Sejarah Nasioanal yang terletak di 29, Jalan Raja,

 
Sindiket kandungan