Wilayah Labuan

Kompleks Bersejarah Chimney

Terdiri daripada 2 komponen di tapak bersejarah Chimney, iaitu bangunan Pusat Informasi Chimney (PIC) dan Menara Chimney. PIC berfungsi sebagai sebuah muzium tapak yang mempamerkan sejarah awal Tanjung Kubong, sejarah perlombongan arang batu Labuan sejak 1847. Ia merupakan sebuah muzium tapak (site museums) yang siap dibina pada tahun 1999 di atas tapak yang dipercayai bekas penempatan pekerja lombong arang batu semasa era kepesatan perlombongan sumber berkenaan di Labuan di antara 1847 hingga 1911. Chimney pula merupakan monumen penting di Labuan sebagai bukti peninggalan aktiviti perlombongan arang batu di Tanjung Kubong yang telah berusia lebih seabad. Dikenali oleh masyarakat tempatan sebagai 'Punil', ia adalah mercu tanda bersejarah terkenal di WPL. Read more »

Muzium Marin Labuan

Muzium Marin Labuan sempurna dirasmikan oleh Y.A.B. Dato' Paduka Abdul Kadir B. Sheikh Fadzir pada tanggal 26 Januari 2003. Muzium yang telah dirancangkan penubuhannya pada awal tahun 1990-an hanya dapat direalisasikan pada tahun 2000 apabila Perbadanan Labuan menawarkan tapak dan bangunan di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan. Kerja-kerja pengisian bermula pada Ogos 2001 dan siap sepenuhnya pada Julai 2002. Muzium ini juga merupakan yang pertama seumpamanya di malaysia yang bertemakan hidupan laut. Ianya berfungsi untuk memberikan maklumat dan pengetahuan tentang hidupan laut yang terdapat di perairan Borneo dan Labuan yang bermatlamat untuk memupuk kesedaran serta sifat tanggungjawab dan perasaan cintakan warisan alam semulajadi negara di kalangan pengunjung.

Koleksi dan Galeri

Muzium Labuan

Dibuka secara rasminya kepada orang ramai pada 8 Oktober 2004 dengan upacara perasmian disempurnakan oleh YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim.

Kerja-kerja konservasi bangunan yang pada asalnya merupakan sebuah bangunan dari era kolonial ini telah bermula pada tahun 1997 diikuti dengan kerja-kerja pembinaan hiasan dalaman dan pengisian pada tahun 2002.

Dengan lokasinya yang strategik iaitu di tengah-tengah Bandar Labuan dan dikelilingi dengan pelbagai kemudahan, ia adalah merupakan destinasi yang mesti dikunjungi baik bagi pengunjung tempatan mahupun luar kerana dengan hanya satu kunjungan mampu menceritakan segenap aspek sejarah dan kebudayaan Labuan dengan lebih cepat dan berkesan.

Koleksi dan Galeri

Sindiket kandungan