Wilayah Selatan

Muzium Adat

Penubuhan Muzium Adat yang pertama seumpamanya di Malaysia ini adalah cetusan idea Yang Berhormat Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Muzium Adat di Kuala Klawang Jelebu ini terletak kira-kira 30km dari bandar Seremban. Penekanan utama muzium ini adalah kepada kegiatan menghimpunkan beberapa aspek kehidupan masyarakat Malaysia yang dikenali sebagai adat bersesuaian dengan imej dan identiti Negeri Sembilan sebagai "Tanah Beradat". Satu segmen khas tentang Adat Perpatih turut dipaparkan kepada umum disamping artifak-artifak adat yang lain.

Bayaran Masuk

Percuma

Pegawai untuk hubungi

En. Nasrulamiazam Mohd Nasir - Kurator
Emel : nasrul@jmm.gov.my

Alamat

196, Jalan Dato' Umbi,
71600 Kuala Klawang,
Jelebu, Negeri Sembilan.

Tel.: +606 613 6586/6621
Faks: +606 613 6664

Muzium Senibina Malaysia

Muzium Seni Bina adalah di dalam perancangan. Ianya akan ditempatkan di bangunan yang dibina pada zaman pemerintahan Belanda. Bangunan ini telah dipulihara seperti keadaan asal oleh Jabatan Muzium Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Jabatan Muzium dan Antikuiti) pada tahun 2000. Seperti yang diketahui umum, Melaka adalah Negeri Permuziuman.Terdapat 15 buah muzium dengan berbagai peranan. Antaranya Muzium Sejarah & Etnografi, Muzium Kecantikan, Muzium Belia, Muzium Orang Asli, Muzium Alor Gajah dan Muzium Jasin. Read more »

Kompleks Sejarah Kota Johor Lama

Kompleks Sejarah Kota Johor Lama terletak dibawah penyelenggaraan Jabatan Muzium Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Jabatan Muzium dan Antikuiti) semenjak tahun 1970.

Kajian-kajian yang dijalankan di Kota Johor Lama adalah seperti:

1. Ekskavasi oleh G.D.G Sieveking, C.A. Gibson Hill dan Wheatley pada tahun 1954.
2. Kajian penulisan oleh I.A. Macgregor iaitu Journal Of The Malayan Branch Royal Asiatic Society pada 1954.
3. Jurnal Warisan Johor pada 1997.
4. Iesnordin bin Hj. Malan - Tapak-tapak Sejarah Johor. Unpublish Report 1994.

Kota Johor Lama terletak di tebing kiri Sungai Johor kira-kira 27 km dari Bandar Kota Tinggi atau kira-kira 30 km dengan jalan darat melalui Jalan Desaru ke Teluk Sengat. Kota ini terletak di kawasan ladang getah atas tebing muara Sungai Johor. Terdapat juga beberapa buah perkampungan Melayu seperti Kampung Teluk Sengat dan Kampung Johor Lama. Read more »

Sindiket kandungan