• Warna
  • | Saiz teks
Sistem Perpustakaan VTLS
Sistem Pengurusan Aset JMM
Sistem Foto JMM
SPOT-ME

Muzium Matang

Anda di sini

Anda di sini

Muzium Matang

Brosur

Latar Belakang

Che Long Jaafar bin Dato’ Paduka Setia Long Abdul Latif adalah PENGASAS PERKEMBANGAN BANDAR TAIPING dan seorang JUTAWAN BIJIH TIMAH MELAYU. Che Long Jaafar berjaya mengukuh kedudukannya sebagai pemerintah Larut dan seterusnya meletakkan asas pentadbiran yang mantap kepada anaknya Menteri Ngah Ibrahim.

Kota Ngah Ibrahim dibina pada tahun 1858 di Matang, Perak yang  dahulunya dikenali sebagai “Pematang”. Menteri Ngah Ibrahim telah menjadikan kotanya sebagai rumah kediaman, pusat pentadbiran Larut, kubu pertahanan, gudang menyimpan bijih timah dan pusat dagangan. Kedudukan Kota Ngah Ibrahim adalah strategik di mana ia terletak di persimpangan jalan darat dari selatan, timur dan utara. Ia dihubungkan dengan laluan laut melalui Sungai Malawati ke Sungai Larut dan seterusnya ke Selat Melaka.

Menteri Ngah Ibrahim dicatatkan sebagai seorang yang sangat kaya dan hasil pendapatan terbesar Menteri Ngah Ibrahim adalah melalui perusahaan bijih timah, ladang kopi di Asam Kumbang, Taiping dan ladang tebu di Kerian. Menteri Ngah Ibrahim mempunyai pasukan keselamatannya sendiri yang terdiri daripada sepoi-sepoi India dan diketuai Oleh Kapten T.C.S Speedy. Menteri Ngah Ibrahim telah melengkapkan kawasan kotanya dengan kemudahan Infrastruktur seperti jalan raya dan Masjid.

Menteri Ngah Ibrahim dijatuhkan hukuman dibuang ke Pulau Seychelles tanpa sebarang perbicaraan. Pembuangan Menteri Ngah Ibrahim ke Pulau Seychelles menyebabkan seluruh harta kekayaannya dirampas dengan kejam sehinggakan segala maklumat berkaitan beliau telah dihapuskan oleh pihak British. Pihak British seolah-olah mahu memadamkan sama-sekali mengenai sejarah Menteri Ngah Ibrahim dari diketahui oleh generasi seterusnya. Berikut adalah kronologi sejarah rumah Ngah Ibrahim. 

 

BIL

TARIKH

PERKARA

1

1874

Rumah kediaman Kapten Tristam Charles Sawyer Speedy (Penolong   Residen). Dalam masa yang sama ia dijadikan sebagai Penjara dan  Mahkamah.

2

1913 -1922

Maktab Perguruan Melayu Matang. 

 

3

1923 -1941

Sekolah Melayu.

 

4

1942 -1945

Markas Pertahanan Tentera Jepun.

5

1946 - 1983

Sekolah Melayu dan Sekolah Kebangsaan Matang.

6

1983 - 1985 

  • Kelas Tambahan Sekolah Kebangsaan Matang (Darjah 5 dan 6).
  • Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (sebelah petang).
  • Kelas KEMAS dua kali seminggu dan sekali sekala dijadikan sebagai tempat mesyuarat atau perhimpunan penduduk kampung.

 

7

1985

Diambil alih oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti   Malaysia dan pada tahun 2009 Kota Ngah Ibrahim telah  diwartakan sebagai Bangunan Warisan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005.

 

 

Koleksi dan Galeri

Koleksi muzium terdiri daripada semua jenis artifak berhubung kait dengan kronologi penubuhan muzium ini sendiri.

Pameran Tetap

Pameran tetap muzium memperagakan artifak berhubungkait dengan kronologi penubuhan bangunan dan penggunaan bangunan itu sendiri bermula daripada Ngah Ibrahim, Pemerintahan Inggeris, Pendudukan Jepun, Maktab Latihan Perguruan Melayu Matang dan Sekolah Melayu.

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Pertama Aidil Adha

Bayaran Masuk

Percuma

Kemudahan Pengangkutan

Pelawat boleh berkunjung ke Muzium Matang yang terletak di daerah Taiping. Taiping juga terletak di antara Ipoh dan Butterworth. Daerah Taiping juga berhubung hingga ke pekan Selama dan daerah Krian di Perak. Pelbagai kemudahan pengangkutan awam yang  turut disediakan antaranya perkhidmatan Teksi, Bas Ekspres dan  Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) juga menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam pantas ke Ipoh dan ke Kuala Lumpur. Pelawat dari luar bandar Taiping juga dapat berkunjung ke Muzium Matang dengan jaringan pengangkutan awam yang baik, mudah, mesra dan menjimatkan masa.

Kemudahan Lain

Surau, tempat letak kereta, mini perpustakaan, lawatan berpandu, kemudahan penyelidikan dan jualan buku.

Peta Lokasi

Address: 
Muzium Matang, Kota Ngah Ibrahim, 34750 Matang, Perak.
Tel: 
05-847 7970
Fax: 
05-847 7757
Email: 
info@jmm.gov.my

Kemas kini terakhir: 27 March 2024 - 10:06am

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources