• Warna
  • | Saiz teks
Sistem Perpustakaan VTLS
Sistem Pengurusan Aset JMM
Sistem Foto JMM
SPOT-ME

Muzium Perak

Anda di sini

Anda di sini

Muzium Perak

Brosur

Latar Belakang

Muzium Perak, Taiping dibina pada tahun 1883 dan merupakan muzium yang pertama ditubuhkan di Malaysia. Bangunan Muzium Perak mempunyai keunikan dari segi seni bina yang mempunyai pengaruh bangunan masyarakat ‘moor’ di India yang digabungkan dengan seni bina ‘neo-classical’ dan ‘victorian’ masyarakat Eropah. Ia direka bentuk oleh arkitek berbangsa Inggeris dari England. Idea penubuhan Muzium Perak  dicetuskan oleh Sir Hugh Low, Residen British Ketiga di negeri Perak ketika itu. Beliau merasakan perlunya ditubuhkan sebuah muzium di Tanah Melayu untuk dijadikan sebagai sebuah pusat penyelidikan dan pengumpulan bahan sejarah, budaya dan alam semulajadi Negara. Tujuannya adalah untuk mengkaji budaya material masyarakat tempatan sebagai salah satu usaha memahami cara hidup budaya setempat. Beliau telah melantik Leonard Wray Jr., seorang ahli botani dan geologi untuk mengumpulkan spesimen-spesimen alam semulajadi dan etnologi sebagai koleksi awal Muzium Perak.

Muzium Perak yang kaya dengan bahan koleksi etnologi, sejarah, alam semulajadi, arkeologi dan etamobologi yang sebahagiannya diklasfikasikan sebagai koleksi nadir (rare) berusia lebih seratus tahun seperti spesimen binatang jenis binturong dan pulasan, tengkorak dan  rangka binatang serta tembikar  tanah yang kini hampir pupus atau sukar ditemui.

Pelan Reka Bentuk

Direkabentuk oleh arkitek berbangsa Inggeris yang didatangkan khas dari England. Beliau mengaplikasi gaya dan ciri-ciri bangunan masyarakat ‘moor’ di India serta mengabungkan gaya klasik seni bina neo-classical dan Victorian masyarakat Eropah. Reka bentuk bangunan agak unik, sekiranya dilihat dari udara kelihatan seperti huruf ‘L’ dan diandaikan mengambil sempena nama kurator pertama Muzium Perak iaitu Leonard Wray Junior.



Bahan Binaan

Bahan-bahan binaan terdiri daripada batu bata yang diimport dari India dan batu bata tempatan yang diperbuat di Selama, Perak. Menggunakan kulit kerang yang dihancurkan halus, putih telur ‘lime tar’ sebagai bahan asas simen. Manakala ketulan batu granit yang ditempa khas digunakan dibahagian tangga, bingkai tingkap dan bahagian-bahagian tapak serta dasar bangunan. Struktur pintu, lantai, tingkap, gelegar adalah dari  kayu tropika tempatan yang berkualiti tinggi seperti cengal batu, meranti dan merbau.


Objektif

  • Memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan memelihara warisan sejarah,budaya dan alam semula jadi negara. 
  • Menyebarkan ilmu pengetahuan melalui aktiviti pameran tetap, pameran sementara dan pameran bergerak.
  • Mengadakan ‘out-reach’ dan ‘in-reach’ program bagi menwujudkan hubungan dua hala dengan masyarakat.
  • Menjadi pusat rujukan penyelidikan warisan sejarah, budaya dan alam semula jadi negara.
  • Menjadi pusat ‘One Stop Centre’ yang menyediakan semua keperluan dan keselesaan pelawat. 
  • Menjadi pusat pelancongan warisan terkenal di Malaysia.

Misi

Menjadi  ‘One Stop Centre’ yang menyediakan semua keperluan permuziuman, warisan dan budaya  di samping memberi hiburan dan keselesaan untuk semua lapisan masyarakat.

Visi

  • Sebagai destinasi pusat pelancongan warisan terkenal di Malaysia.
  • Pencetus inspirasi kepada masyarakat untuk mengkaji dan berkongsi informasi kepelbagaian budaya, warisan dan fauna.

Pameran Terkini

Muzium Perak mempunyai empat buah galeri dan pameran luar:
 

1. Galeri A - Galeri Pameran Sementara

2. Galeri B - Galeri Alam Semula Jadi

3. Galeri C - Galeri Pameran Kebudayaan

4. Galeri D -  Galeri Orang Asli dan Tembikar

5. Pameran Luar



Galeri A - Pameran Terkini
 
Pameran 135 Tahun Perak
Pameran 135 Tahun Muzium Perak diadakan bermula pada 31 Oktober 2018 hingga 31 Julai 2019 bertempat di Galeri A, Muzium Perak. Sebanyak  135 artifak terpilih dan menarik  dipamerkan seperti “Replika Patung Avalokitesvara” yang  ditemui di sebuah lombong bijih timah Bidor, Perak pada tahun 1936, “Tengkorak Kepala Gajah” yang menyerang keretapi di Teluk Intan, Perak,  pada tahun 1894. Turut dipamerkan adalah Pingat Anugerah Permaisuri Negara Komanwel, mangga dan anak kunci peti pameran terawal yang diimport dari England, peralatan pejabat yang digunakan pada awal penubuhan Muzium Perak, kamera dan peralatan memproses gambar dan banyak lagi.



Galeri B - Galeri Alam Semula Jadi

Pameran di galeri ini menonjolkan pelbagai koleksi spesimen rangka seperti  gajah, ular sawa, harimau, buaya, beruang, kuda, kambing gurun dan sebagainya. Spesimen haiwan dipamerkan dalam bentuk diorama yang menarik iaitu berlatar belakangkan habitat. Sebanyak 242 koleksi spesimen dipamerkan dalam galeri ini termasuk koleksi burung, ikan dan hidupan laut. Spesimen binatang seperti binturong dan pulasan yang dipamerkan kini hampir pupus atau sukar ditemui. Salah satu tarikan utama dalam galeri ini ialah rangka tulang buaya tembaga dan rangka ular sawa yang terpanjang di Asia.



Galeri C - Pameran Kebudayaan

Galeri ini memperagakan koleksi artifak dari pelbagai aktiviti pertukangan tembaga, perak, cutam, tekatan, anyaman, busana Melayu Perak dan sebagainya. Selain itu, pameran permainan tradisional seperti congkak, wau, gasing, sepak raga dan juga pameran perkahwinan dan perayaan masyarakat Melayu, Cina dan India.Terdapat juga segmen diorama pertukangan logam secara tradisional. Salah satu tarikan utama dalam galeri ini ialah artifak cutam yang merupakan campuran logam emas dengan perak dan juga seni tekatan.



Galeri D - Galeri Pameran Masyarakat Orang Asli dan Pelbagai Koleksi Tembikar (D)

Galeri ini dibahagikan kepada dua bahagian yang mempamerkan koleksi sosio budaya masyarakat Orang Asli dan koleksi pelbagai tembikar dari seluruh Malaysia. Bahagian masyarakat Orang Asli  menonjolkan pelbagai koleksi artifak unik seperti sumpit, jerat, topeng, ukiran kayu, kraf dan lain-lain.Manakala bahagian tembikar menonjolkan pelbagai koleksi seperti labu, terenang, pasu kechor dan sebagainya. Salah satu tarikan utama dalam pameran ini ialah koleksi artifak labu air dan ukiran kayu masyarakat Orang Asli.
 
PAMERAN LUAR

Terdiri daripada pelbagai koleksi khazanah warisan negara seperti Pesawat F-86 Avon Sabre milik TUDM, Kereta Kuda , Koc Keretapi , Dandang Jana Kuasa Stim, Meriam Long Jaafar, Perahu Sagor, Kereta Antik “Rolls Royce”  dan sebagainya.

Penyelidikan & Koleksi

  • Penyelidikan & Pengumpulan Maklumat  Sejarah Muzium Perak bermula pada 1883 hingga 2018, untuk terbitan buku 135 tahun Muzium Perak – (2018)
  • Penyelidikan & Pengumpulan Maklumat  Sejarah Muzium Perak (2013)

Koleksi Buku/ Jurnal Terpilih di Perpustakaan

  • Twentieth Century Impressionn Of British Malaya 1908
  • Bulletin Of The Raffles Museum
  • Perak Gazettle

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang
 
Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Pertama Aidil Adha
 

Bayaran Masuk

Jenis Pelawat

Kadar

Warganegara

RM 2.00

Warga Tua dan Orang Kelainan Upaya (OKU)

RM 1.00

Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah (warganegara)

Percuma

Pelajar Sekolah Menengah berpakaian Seragam (warganegara)

Percuma

Pelajar Sekolah Menengah tidak berpakaian Seragam (warganegara)

RM 2.00

Ahli International Council of Museums (ICOM)

Percuma

Bukan Warganegara

RM 5.00

Kanak-kanak berumur (6 tahun hingga 12 tahun) (bukan warganegara)

RM 2.00

Kanak-kanak berumur kurang daripada 6 tahun (bukan warganegara)

Percuma

 

Kemudahan Yang Disediakan

Taman Permainan Kanak-Kanak (out-door), Sudut Permainan Kanak-Kanak (in-door ‘Kids Corner’) Surau, Tempat Letak Kereta, Tandas Awam, Kerusi Roda, ‘Wifi Free Zone’, dan Kedai Cenderamata. 



Perpustakaan Khas

Perpustakaan Muzium Perak merupakan antara perpustakaan yang  terawal di Tanah Melayu. Semasa pembinaan bangunan Muzium Perak, kurator pertama iaitu  Leonard Wray Jr. telah menyediakan satu ruang khas dalam bangunan sebagai perpustakaan. Oleh itu, perpustakaan ini adalah seusia dengan bangunan Muzium Perak yang siap dibina pada tahun 1886.

Selain daripada menjadi tempat rujukan dan mencari maklumat, Perpustakaan Muzium Perak juga menyediakan perkhidmatan seperti:

  1. Perkhidmatan fotokopi
  2. Penjualan bahan - bahan terbitan Jabatan Muzium Malaysia ( buku, jurnal, vcd dan dvd )
  3. Sudut bacaan ringan

Waktu Operasi Perpustakaan

  • Isnin hingga Khamis : 8.00 pagi - 5.00 petang
  • Jumaat : 8.00 pagi - 12.15 tengahari; 12.15 tengahari - 2.45 petang (ditutup); 2.45 petang - 5.00 petang
  • Tutup : Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am / Cuti Umum

Aktiviti Muzium

Lawatan Berpandu

Lawatan berpandu diadakan berdasarkan permohonan yang dikendalikan oleh kakitangan Muzium Perak. 

Sila hubungi 05-807 2057  (Isnin-Jumaat, 8.00pagi-5.00ptg) untuk sebarang pertanyaan atau emel kepada pr.mp@jmm.gov.my

Kemudahan Penginapan

Legend Inn Hotel

No. 2, Jalan Long Jaafar,

34000 Taiping, Perak

05-806 0000 (T)

http://www.legendinn.com

SSL Traders

No.43, Jln Medan Perwira Satu,

Medan Perwira,

34600 Kamunting, Perak

05-808 0000 (T)

http://www.ssltradershotel.com/

Panorama Hotel

No. 61-79, Jalan Kota,

34000 Taiping, Perak

05-808 4111 (T)

http://www.panoramataiping.com/

Hotel Seri Malaysia

No. 4, Jalan Sultan Mansor

34000 Taiping, Perak

05-806 9502 (T)

http://www.serimalaysia.com.my

Flemington Hotel

No.1, Jalan Samanea Saman,

Taman Tasik Taiping,

34000 Taiping, Perak

05-820 7777 (T)

Hotel Taiping Perdana

No. 1, Lorong Koperasi 1,

Medan Koperasi,

34000 Taiping, Perak

05-808 2011 (T)

http://www.taipingperdana.com.my

Kamalodge Cafe & Resort

No. 7, Jalan Bukit Larut,

34000 Taiping, Perak

05-806 1777 (T)

Sentosa Villa

Jalan 8, Taman Sentosa,

34000 Taiping, Perak

05-805 1000 (T)

The Regency Hotel Seri  Warisan

No. 2453, Jalan Convent,

34000 Taiping, Perak

05-805 2312 (T)

https://www.theregency.com.my

Hotel Vistana Micassa

No. 18 & 20, Jalan Taming Sari,

34000 Taiping, Perak

05-809 1188 (T)

Hotel Fuliyean

No. 14, Jalan Berek,

34000 Taiping, Perak

05-806 8648 (T)

http://www.hotelfurama.com.my/

Novotel Taiping

No 1 Jalan Tupai, 

34000 Taiping, Perak

05-8208288 (T)

 

Tune Hotel

No. 67, Taiping Centre Point, Susur Laru 

34000 Taiping, Perak

05-8208288 (T)

 

Grand Boron Hotel

No. 8, PT 786Jalan Bukit Larut

34000 Taiping, Perak

05-807 9222 (T)

 

    Tempat Menarik Berhampiran

    • Zoo Taiping & Night Safari
    • Taman Tasik Taiping
    • Bukit Larut ( Maxwell Hill)
    • Taiping Equine Park
    • Burmese Pool Taiping
    • Spritzer Ecopark
    • ATV Adventure Park Larut
    • Air Terjun Pecah Batu
    • Taiping War Cemetery Memorial

    Peta Lokasi

    Koordinat (GPS) 4.8606°  N, 100.7450° E

    Address: 
    Muzium Perak Jalan Taming Sari, Taiping, 34000 Perak
    Tel: 
    05-807 2057
    Fax: 
    05-806 3643
    Email: 
    info@jmm.gov.my

    Kemas kini terakhir: 27 March 2024 - 10:06am

    Developed and designed by Hadafi Solution and Resources