• Warna
  • | Saiz teks
Sistem Perpustakaan VTLS
Sistem Pengurusan Aset JMM
Sistem Foto JMM
SPOT-ME

Muzium Kota Kayang

Anda di sini

Anda di sini

Muzium Kota Kayang

Brosur

Latarbelakang

Muzium Kota Kayang merupakan pusat penyebaran maklumat yang memelihara dan mempamerkan harta warisan sejarah negeri Perlis. Muzium Kota Kayang didirikan di kawasan yang dahulunya merupakan tapak kota istana tempat bersemayam keluarga diraja Kedah-Perlis. Ini adalah berdasarkan fakta tinggalan sejarah di sekitar kawasannya seperti Makam Sultan Dhiauddin Al-Mukarram Shah Ibni Al-Marhum Sultan Muhyiddin Mansur Shah. Bentuk bangunan muzium ini berasaskan kepada seni bina melayu dengan bumbung panjang rumah Perlis. Muzium ini telah dibuka untuk kunjungan pada bulan September 2001. Muzium Kota Kayang mempamerkan 400 koleksi di enam galeri iaitu Galeri Sejarah, Galeri arkeologi, Galeri Senjata, Galeri Kebudayaan, Galeri Diraja dan Galeri Menteri Besar.
 

GALERI PAMERAN

Terdapat enam galeri di muzium ini iaitu Galeri Sejarah yang menceritakan sejarah negeri Perlis, Galeri Arkeologi yang mempamerkan hasil penyelidikan Kota Kayang, penemuan arkeologi pada zaman protosejarah dan prasejarah di Perlis, Galeri Senjata yang mempamerkan kepelbagaian koleksi senjata, Galeri Kebudayaan memaparkan aspek berkaitan kebudayaan di sekitar negeri Perlis, pelbagai koleksi yang pernah diterima oleh para Menteri Besar Perlis dipamerkan di Galeri Menteri Besar serta Galeri Diraja yang mempamerkan salasilah diraja negeri Perlis bermula dari Nabi Muhammad s.a.w dan replika bunga emas, kesan pendudukan penjajah dan pelbagai koleksi yang menarik.
 

OBJEKTIF

  • Memulihara warisan sejarah dan kebudayaan negeri Perlis.
  • Memupuk kesedaran dan keprihatinan masyarakat terhadap pentingnya memulihara warisan sejarah dan budaya khususnya warisan sejarah negeri Perlis
  • Menyebarkan ilmu pengetahuan melalui aktiviti pameran tetap, pameran sementara dan pameran bergerak.
  • Menjadi pusat rujukan pelajar sekolah, IPTA/IPTS yang ingin mendapat maklumat berkaitan sejarah negeri Perlis
  • Menambahkan bilangan produk pelancongan di negeri Perlis yang sedia ada.

 

Pameran Maya MKK
 

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Pertama Aidil Adha

 

LAWATAN BERPANDU

Lawatan berpandu diberi oleh sukarelawan Muzium berdasarkan jadual. Tempahan perlu dibuat terlebih dahulu untuk kumpulan & rombongan sekolah.
Sila hubungi 04-977 0027 (Isnin-Jumaat, 8.00pagi-5.00ptg) untuk sebarang pertanyaan atau emel kepada muziumkotakayang.2022@gmail.com.

Bayaran Masuk

Percuma

Pengangkutan

Pengunjung boleh menaiki teksi dengan harga tambang yang berpatutan. 7 km dari bandar Kangar dan 4 km dari Kuala Perlis.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK BERHAMPIRAN:

  1. Galeri Diraja Arau
  2. Padang Besar
  3. Pusat Reakreasi Tasik Melati
  4. Taman Negeri Perlis
  5. FRIM Canopy Walk
  6. Hutan Lipur Bukit Ayer
  7. Tasik Timah Tasoh
  8. Taman Ular dan Reptilia

Kemudahan

Taman rekreasi, tempat letak kereta dan tandas awam, surau.
 

KEMUDAHAN PENGINAPAN

Brasmana Hotel, Hotel Seri Malaysia, Federal Hotel, Hotel Natalia Villa Inapan, Hotel Sri Garden dan banyak lagi.
 

Peta Lokasi

Pegawai untuk dihubungi

Puan Siti Munirah binti Kasim (sitimunirahkasim@jmm.gov.my)

Address: 
Al-Marhum Kayang, Kuala Perlis, 02000 Perlis
Tel: 
+6019-4472684
Fax: 
+604-978 2678
Email: 
info@jmm.gov.my

Kemas kini terakhir: 27 March 2024 - 10:06am

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources