• Warna
  • | Saiz teks
Sistem Perpustakaan VTLS
Sistem Pengurusan Aset JMM
Sistem Foto JMM
SPOT-ME

Galeria Perdana

Anda di sini
[bg|watermarked/galeriaperdana-w]

Galeria Perdana dibina bertujuan mempamerkan anugerah, cenderamata dan hadiah yang diterima oleh Y.A. Bhg. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan Y.A. Bhg. Tun Siti Hasmah bte Mohd Ali daripada pemimpin-pemimpin dan tokoh-tokoh dunia serta masyarakat Malaysia sebagai penghargaan kepada beliau dan Negara Malaysia semasa beliau menjadi Perdana Menteri.

Peranan asal Galeria Perdana hanya sebagai tempat mempamerkan anugerah dan hadiah-hadiah yang diterima oleh Y.A Bhg. Tun Dr. Mahathir telah berubah. Kini Galeria Perdana secara tidak langsung berfungsi sebagai institusi khusus yang mempamerkan, menyimpan dan memelihara anugerah, hadiah dan cenderamata yang diterima oleh Y.A. Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Y.A. Bhg. Tun Dr. Siti Hasmah Hj. Mohd Ali sebagai Perdana Menteri Malaysia keempat dan mantan Wanita Pertama Malaysia.

Bagi Blok A, mempamerkan pelbagai hadiah dan cenderamata unik yang diperbuat daripada kayu, Kristal dan kaca. Pelbagai jenis batu permata dan alat-alat muzik juga turut dipamerkan. Menempatkan koleksi yang diperbuat daripada porselin dan tekstil. Koleksi yang menggunakan islam sebagai tema turut juga dipamerkan di sini.
Sebagai isteri tersayang Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Dr. Siti Hasmah juga turut menerima hadiah dan cenderamata unik daripada ketua-ketua Negara dan juga orang awam. Kesemuanya ini dipamerkan di aras satu Blok B. Sementara di aras bawah adalah cenderamata yang di perbuat daripada perak, gangsa, pewtwer dan tembaga.
Bagi Blok C, dipamerkan pelbagai koleksi lukisan, barang kemas dan lain-lain cenderamata yang diterima dari seluruh dunia. Aras ini mempamerkan kenderaan dan model-model miniature yang menarik.

Waktu Lawatan

Dibuka setiap hari bermula jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang & 8.30 pagi to 6.00 petang semasa cuti sekolah dan cuti umum.

Bayaran Masuk

Dewasa RM 10.00
Kanak-kanak RM 4.00 (6 – 12 tahun)
Kamera RM 2.00
Video Kamera RM 5.00
*Kadar istimewa kepada pemegang Mykad. Sila tunjukkan Mykad anda untuk mendapatkan potongan harga.

Pegawai untuk dihubungi

Puan Mahani Muhamad
Pengarah Galeria Perdana
mahani@jmm.gov.my

Tel : 04-9591498 / 1863
Fax : 04-959 1819

Alamat

Galeria Perdana
Jalan Ayer Hangat,
Mukim Kilim, 07000 Langkawi
Kedah Darul Aman

Peta Lokasi

View Galeria Perdana in a larger map

Muzium: 
Bahasa Melayu

Kemas kini terakhir: 27 March 2024 - 10:06am

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources