Jabatan Muzium Malaysia
Telah diterbitkan di Jabatan Muzium Malaysia (http://www.jmm.gov.my)

Laman Utama > Zandra Rhodes - Jalinan Cinta Tekstil Sepanjang Hayat

Zandra Rhodes - Jalinan Cinta Tekstil Sepanjang Hayat

Zandra Rhodes - Jalinan Cinta Tekstil Sepanjang Hayat [1]

Zandra Rhodes

Sebagai salah seorang pereka British “Aliran Baru,” Zandra Rhodes telah merevolusikan dunia fesyen dan meletakkan London di barisan hadapan persada fesyen antarabangsa sejak tahun 1970an. Zandra yang dilahirkan di Kent, England pada tahun 1940, mula mengenali dunia fesyen menerusi ibunya, yang merupakan seorang pengubahsuai pakaian di Rumah Rekaan Fesyen Worth di Paris dan juga pensyarah fesyen di Kolej Kesenian Medway. Setelah mempelajari rekaan tekstil di Medway dan juga di Kolej Kesenian Diraja, Zandra pada awalnya memulakan kerjayanya sebagai seorang pereka tekstil. Tidak lama kemudian, Zandra mencipta bentuk rekaan fesyennya yang tersendiri, dengan mengajar dirinya untuk menghasilkan pakaian dengan ketetapannya sendiri. Latarbelakangnya di dalam rekaan tekstil menjadi sumber utama dalam pembuatan pakaiannya, kerana beliau membenarkan corak rekaan tekstil tersebut mempengaruhi bentuk pakaian. Rekaan beliau juga dipengaruhi pelbagai hasil seni, termasuklah lukisan oleh seniman tersohor seperti Kandinsky, Modigliani dan Matisse, sehinggalah ke pakaian era Elizabeth di Muzium Victoria dan Albert, topi sombrero Mexico, serta pin keselamatan dan pakaian lusuh dari era punk London pada tahun 1970an.

Sebagai pengiktirafan ke atas sumbangannya kepada industri tekstil dan fesyen, Zandra dipilih sebagai Pereka Industri Diraja oleh Persatuan Seni Diraja British pada tahun 1994 dan turut dilantik menjadi Komander Empayar British oleh Permaisuri Elizabeth pada tahun 1997. Beliau juga pernah mereka pakaian untuk produksi Opera San Diego berdasarkan karya Wolfgang Mozart yang berjudul Seruling Sakti (2001), set dan pakaian untuk Penyelam Mutiara oleh George Bizet (2004 dan 2008), serta ditugaskan oleh Opera Kebangsaan Inggeris dan Opera Besar Houston untuk mereka set dan pakaian dalam Aida (2007) oleh Giuseppe Verdi. Pada 1999, Zandra telah menubuhkan Muzium Fesyen dan Tekstil di London, yang direka oleh arkitek Mexico bernama Ricardo Legorreta, dan ia memberi tumpuan kepada fesyen, tekstil dan barang kemas kontemporari British dan antarabangsa. Kini, Zandra masih mereka fesyen di studio-studionya di San Diego dan London, serta menghasilkan dua koleksi setiap tahun. Di samping itu, beliau turut bersyarah tentang pengalamannya di dalam industri fesyen. Objek-objek dari koleksi tetap Muzium Antarabangsa Mingei melengkapkan ilham dinamik Zandra. Rekaan geometri kain kuba Afrika, warna-warna dinamik sari India dan corak-corak rumit batik Indonesia menyerlahkan spektrum inspirasi rekaan tekstil dan pakaiannya.

  

Bahasa Melayu
Event Types: 
Pameran Istimewa [2]
Location: 
Galeri Saindera, Muzium Tekstil Negara

PENAFIAN: Jabatan Muzium Malaysia, Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan serta Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan sebarang maklumat di dalam laman web ini. Laman web ini telah diuji menggunakan semua pelayar popular seperti Internet Explorer 7/8/9, Mozilla Firefox, Apple Safari, Google Chrome dan Opera dengan resolusi paparan 1024x768.

ALAMAT:  Jabatan Muzium Malaysia, Jalan Damansara 50566, Kuala Lumpur. Tel : (+603) 2267-1000  Faks : (+603) 2284-9103 
Emel - info [at] jmm.gov.my.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara atau komunikasi korporat, sila dail (+603) 2267-1048, (+603) 2267-1049, (+603) 2267-1050 atau (+603) 2267-1051

Hakcipta Terpelihara © 2013 Jabatan Muzium Malaysia

window.dataLayer = window.dataLayer || []; function gtag(){dataLayer.push(arguments);} gtag('js', new Date()); gtag('config', 'G-8TV75MNKSE');

Hubungi Kami

Jabatan Muzium Malaysia,
Jalan Damansara
50566, Kuala Lumpur.

Tel : (+603) 2267-1000
Faks : (+603) 2284-9103
Emel - pr [at] jmm.gov.my

Laman ini telah diuji dan sesuai untuk semua jenis perisian pelayar dengan skrin resolusi 1024x768.

Statistik

  • Jumlah hit: 3,944,631
  • Jumlah pengunjung: 1,347,572
  • Hit minggu ini: 801
  • Hit bulan ini: 1,199
  • Hit minggu lepas: 4,318
  • Hit bulan lepas: 22,995
  • Semenjak: 22 Mar 2014

Media Sosial

FacebookYouTubeBloggerRss Feed

Waktu Operasi Muzium

Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Aidil Adha

Info Lanjut

Chief Information Officer (CIO)

Source URL (retrieved on 2 Jun 2025): http://www.jmm.gov.my/ms/zandra-rhodes-jalinan-cinta-tekstil-sepanjang-hayat-1

Links:
[1] http://www.jmm.gov.my/files/banner-web-jmm-930x245px_1.jpg
[2] http://www.jmm.gov.my/ms/category/event-types/special-exhibition