Penerbitan buku ini adalah mengenai Galeri Tamadun Sejarah yang terdapat di Muzium Negara. Proses pengembangan tamadun manusia mempunyai kaitan rapat dengan pembentukan dan perubahan alam semulajadi serta persekitarannya. Bukti peninggalan yang dikemukakan hasil penyelidikkan arkeologi dan kajian saintifik jelas memberikan suatu perspektif baru dalam pembinaan semula pengembangan tersebut.