Jabatan Muzium Malaysia
Telah diterbitkan di Jabatan Muzium Malaysia (http://www.jmm.gov.my)

Laman Utama > Soalan lazim

Soalan lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan muzium?

Perkataan muzium diambil dari istilah "muse" yang berasal dari "Muses" iaitu sembilan orang anak perempuan dewa Zeus mengikut mitologi Yunani Dewa Zeus dikatakan menjaga hal-hal yang berkaitan dengan kebudayaan, keagamaan, pendidikan, kesenian, tragedi dan astronomi. Berasaskan mitologi ini wujud istilah "museion" dalam bahasa Yunani yang bermaksud "tempat tinggal muses". Di Malaysia muzium merupakan sebuah institusi pendidikan umum menyibarkan maklumat mengenai sejarah, kebudayaan dan alam semulajadi. Aktiviti-aktiviti yang di kendalikan oleh muzium-muzium di negara ini merupakan salah satu usaha yang diharap dapat membantu negara membina dan memperkukuhkan jati diri masyarakat di samping menjadi daya tarikan pelancong.
 

Berapakah jumlah koleksi gambar yang direkodkan di Unit Sumber Media JMM?

Anggaran 92,171 keping gambar.
 

Apakah keistimewaan Muzium Sungai Lembing, Pahang?

Merupakan sebuah muzium yang mengumpul dan mempamerkan koleksi peralatan perlombongan bijih timah bawah tanah yang terdalam di dunia.
 

Apakah jenis panggilan telefon yang kerap diterima dari orang awam mengenai JMM?

Panggilan telefon yang kerap diterima oleh operator telefon JMM ialah bertanya tentang pameran semasa dan penentuan asal-usul sesuatu bendapurba.
 

Bagaimanakah prosedur mendapatkan perkhidmatan lawatan berpandu ke muzium dan galeri Jabatan Muzium Malaysia?

Pihak yang berminat mendapatkan lawatan berpandu boleh menghubungi pihak muzium/galeri yang ingin dilawati dan memaklumkan keperluan lawatan berpandu beserta tarikh, masa dan bilangan peserta lawatan berpandu.
 

Adakah pihak Jabatan Muzium Malaysia menerima sumbangan koleksi artifak peribadi untuk dipaparkan di muzium/galeri Jabatan Muzium Malaysia?

Ya. Pihak Jabatan Muzium Malaysia menerima sumbangan koleksi artifak daripada orang ramai/organisasi. Sila berhubung dengan Bahagian Pendaftaran, Jabatan Muzium Malaysia untuk urusan sumbangan koleksi artifak.
 

Bagaimanakah caranya untuk memohon berkhidmat di Jabatan Muzium Malaysia?

Kekosongan jawatan pegawai Penolong Kurator (S27) dan ke atas akan diiklankan melalui akhbar tempatan dan urusan pengambilan akan dilakukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Manakala untuk jawatan Pembantu Muzium (S17) dan ke bawah akan diturunkan kuasa pengambilan kepada Ketua Pengarah JMM. Setiap kekosongan akan diiklankan sama ada melalui akhbar tempatan atau surat pekeliling yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.
 

Tahukah anda, lombong bijih timah bawah tanah yang mana terdalam di dunia?

 

Lombong Myah Sg. Lembing, Pahang merupakan lombong bijih timah bawah tanah yang terdalam di dunia. Lombong ini berukuran sedalam 1400 kaki dan jumlah panjang terowong ialah 500 meter. Terdapat 14 tingkat pengkang terowong. Jarak antara satu tingkat pengkang dengan lain ialah 100 kaki tebal.
 

Berapakah jumlah bilangan muzium di seluruh Malaysia?

Dianggarkan kira-kira 150 buah muzium.
 

Bagaimanakah muzium-muzium di Malaysia diklasifikasikan?

Muzium-muzium di Malaysia boleh diklasifikasikan kepada:

  1. Muzium Persekutuan

  2. Muzium Negeri

  3. Muzium Institusi/Jabatan

  4. Muzium Swasta

  5. Muzium Persendirian

Apakah itu konservasi?

Suatu tindakan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam memanjangkan tempoh hayat sesuatu elemen atau sekumpulan elemen baru atau rosak, stabil atau tidak stabil terhadap warisan sejarah supaya mesej yang hendak disampaikan dapat dipamerkan kepada masyarakat.

PENAFIAN: Jabatan Muzium Malaysia, Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan serta Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan sebarang maklumat di dalam laman web ini. Laman web ini telah diuji menggunakan semua pelayar popular seperti Internet Explorer 7/8/9, Mozilla Firefox, Apple Safari, Google Chrome dan Opera dengan resolusi paparan 1024x768.

ALAMAT:  Jabatan Muzium Malaysia, Jalan Damansara 50566, Kuala Lumpur. Tel : (+603) 2267-1000  Faks : (+603) 2284-9103 
Emel - info [at] jmm.gov.my.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara atau komunikasi korporat, sila dail (+603) 2267-1048, (+603) 2267-1049, (+603) 2267-1050 atau (+603) 2267-1051

Hakcipta Terpelihara © 2013 Jabatan Muzium Malaysia

window.dataLayer = window.dataLayer || []; function gtag(){dataLayer.push(arguments);} gtag('js', new Date()); gtag('config', 'G-8TV75MNKSE');

Hubungi Kami

Jabatan Muzium Malaysia,
Jalan Damansara
50566, Kuala Lumpur.

Tel : (+603) 2267-1000
Faks : (+603) 2284-9103
Emel - pr [at] jmm.gov.my

Laman ini telah diuji dan sesuai untuk semua jenis perisian pelayar dengan skrin resolusi 1024x768.

Statistik

  • Jumlah hit: 3,943,823
  • Jumlah pengunjung: 1,346,805
  • Hit minggu ini: 4,312
  • Hit bulan ini: 391
  • Hit minggu lepas: 3,086
  • Hit bulan lepas: 22,995
  • Semenjak: 22 Mar 2014

Media Sosial

FacebookYouTubeBloggerRss Feed

Waktu Operasi Muzium

Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Aidil Adha

Info Lanjut

Chief Information Officer (CIO)

Source URL (retrieved on 1 Jun 2025): http://www.jmm.gov.my/ms/soalan-lazim