Jalan Damansara
50566, Kuala Lumpur.
Tel : (+603) 2267-1000
Faks : (+603) 2284-9103
Emel - pr [at] jmm.gov.my
Laman ini telah diuji dan sesuai untuk semua jenis perisian pelayar dengan skrin resolusi 1024x768.
Buku ini memaparkan secara ringkas sejarah Bahasa Melayu dalam peredaran zaman mulai dari zaman awal seperti dalam bukti sejarah, misalnya batu bersurat, surat, dokumen serta naskhah. Selain itu buku ini juga memperkatakan peranan Bahasa Melayu sebagai lingua franca yang digunakan dalam berbagai-bagai bidang kehidupan dari dahulu hingga sekarang. Bahasa Melayu sering dirujuk sebagai bahasa rumpun Melayu dan orang Melayu dianggap sebagai anggota dari rumpun Melayu. Dalam hal ini perkataan “rumpun” membawa erti yang pelbagai sifatnya. Penjelasan tentang pengertian ini merupakan salah satu tajuk dalam buku ini.