Jabatan Muzium Malaysia
Telah diterbitkan di Jabatan Muzium Malaysia (http://www.jmm.gov.my)

Laman Utama > Prosedur Pembelian Bahan

Prosedur Pembelian Bahan

Khidmat Jualan Penerbitan

1. Untuk membuat pesanan dan lain-lain surat menyurat berkaitan jualan penerbitan, sila alamatkan kepada:

Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia Jalan Damansara 50566 Kuala Lumpur (u.p : Unit Perpustakaan)
 

2. Untuk sebarang pertanyaan berkenaan pesanan melalui telefon sila hubungi:

Talian Am: 03-2282 6255 sambungan 277
No. Faks: 03-2282 0463
Bantuan Pustakawan:
Pn. Rahaiyu bt. Rahman 03-2282 6255 samb. 221
pn. Sila bt. Sulaiman 03 2282 6255 samb. 399
 

3. Cara Pembayaran

Kami menerima bayaran dalam bentuk berikut:
  1. Tunai
  2. Pesanan tempatan (Local Order)
  3. Wang Pos
  4. Draf Bank
  5. Cek
  6. Pembayaran Online menerusi Internet Banking

 

4. Sila laksanakan pembayaran di atas nama:

Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia a. Setiap pembelian penerbitan yang memerlukan penghantaran dikenakan caj bayaran minimum pembungkusan dan penghantaran bermula daripada RM5.00. b. Caj yang dikenakan berubah berdasarkan alamat kiriman bungkusan. c. Kos Pembungkusan dan Penghantaran setiap item yang dibeli akan dinyatakan pada Senarai keterangan item. d. Caj bayaran ini tidak dikenakan kepada pembeli yang memilih untuk mengambil sendiri item yang dibeli di Jabatan Muzium Malaysia atau mana-mana Muzium Jabatan Muzium Malaysia yang berdekatan. e. Sila berikan sekurang-kurangnya masa tiga (3) hari bekerja untuk penghantaran dalam Malaysia.

 

5. Pembayaran Online

a. Pihak Jabatan Muzium Malaysia menerima pembayaran online menerusi Bank Islam dan juga CIMB Bank. b. Bagi pelanggan yang tidak mempunyai akaun dengan bank-bank berkenaan boleh menggunakan perkhidmatatan online alternatif untuk membuat bayaran iaitu Online Bazaar. Sehingga kini bank yang menyertai kemudahan Online Bazaar adalah CIMB Bank, Bank Islam, Hong Leong Bank, Maybank, Public Bank dan RHB Bank. c. Bagi setiap transaksi pembayaran, pelanggan hanya dibenarkan memesan satu (1) jenis item dengan dengan kuantiti minimum satu (1) unit. d. Bagi setiap transaksi pembayaran, had minima pembayaran online adalah sebanyak RM5.00. e. Bagi pelanggan yang memerlukan khidmat pembungkusan dan penghantaran pesanan, sila tambah nilai caj bayaran pembungkusan dan pembayaran seperti yang dinyatakan dalam perkara 5. f. Pembayaran yang dibuat kurang daripada jumlah harga yang dikenakan tidak akan diproses sehingga pelanggan membuat bayaran penuh. Sila jelaskan pembayaran secara tepat. Sila minta bantuan khidmat jualan Perpustakaan Jabatan Muzium Malaysia untuk pengesahan jumlah bayaran. g. Sila cetak dan simpan slip pembayaran untuk tujuan semakan dan pengesahan pembayaran.

 

6. Prosedur Pembelian Penerbitan menggunakan kaedah Internet Banking

Carta alir 1: Prosedur Pembelian dan Pembayaran Online
Carta alir 1:Prosedur Pembelian dan Pembayaran Online

 

7. Langkah asas pembayaran menerusi Internet Banking

Carta alir 2: Prosedur Pembelian dan Pembayaran Online
Carta alir 2: Kaedah pembayaran menggunakan pembayaran Online (Internet Banking)
Bahasa Melayu

PENAFIAN: Jabatan Muzium Malaysia, Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan serta Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan sebarang maklumat di dalam laman web ini. Laman web ini telah diuji menggunakan semua pelayar popular seperti Internet Explorer 7/8/9, Mozilla Firefox, Apple Safari, Google Chrome dan Opera dengan resolusi paparan 1024x768.

ALAMAT:  Jabatan Muzium Malaysia, Jalan Damansara 50566, Kuala Lumpur. Tel : (+603) 2267-1000  Faks : (+603) 2284-9103 
Emel - info [at] jmm.gov.my.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara atau komunikasi korporat, sila dail (+603) 2267-1048, (+603) 2267-1049, (+603) 2267-1050 atau (+603) 2267-1051

Hakcipta Terpelihara © 2013 Jabatan Muzium Malaysia

window.dataLayer = window.dataLayer || []; function gtag(){dataLayer.push(arguments);} gtag('js', new Date()); gtag('config', 'G-8TV75MNKSE');

Hubungi Kami

Jabatan Muzium Malaysia,
Jalan Damansara
50566, Kuala Lumpur.

Tel : (+603) 2267-1000
Faks : (+603) 2284-9103
Emel - pr [at] jmm.gov.my

Laman ini telah diuji dan sesuai untuk semua jenis perisian pelayar dengan skrin resolusi 1024x768.

Statistik

  • Jumlah hit: 3,967,923
  • Jumlah pengunjung: 1,359,056
  • Hit minggu ini: 1,701
  • Hit bulan ini: 4,397
  • Hit minggu lepas: 3,277
  • Hit bulan lepas: 20,079
  • Semenjak: 22 Mar 2014

Media Sosial

FacebookYouTubeBloggerRss Feed

Waktu Operasi Muzium

Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Aidil Adha

Info Lanjut

Chief Information Officer (CIO)

Source URL (retrieved on 8 Jul 2025): http://www.jmm.gov.my/ms/prosedur-pembelian-bahan