Jabatan Muzium Malaysia
Telah diterbitkan di Jabatan Muzium Malaysia (http://www.jmm.gov.my)

Laman Utama > Perubahan Skim Perkhidmatan Kurator, Penolong Kurator dan Pembantu Muzium

Perubahan Skim Perkhidmatan Kurator, Penolong Kurator dan Pembantu Muzium

Pekeliling perkhidmatan ini bertujuan untuk memaklumkan keputusan Kerajaan mengenai perubahan skim perkhidmatan Kurator Gred S41, S44, S48, S52, S54, Penolong Kurator Gred S27, S32, S38 dan Pembantu Muzium Gred S17, S22, S26.

Kerajaan telah bersetuju supaya syarat lantikan skim perkhidmatan Kurator, Penolong Kurator dan Pembantu Muzium dan syarat kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL) dari skim perkhidmatan Pembantu Muzium ke skim perkhidmatan Penolong Kurator diubah. Ini berikutan perubahan persekitaran yang memerlukan syarat lantikan skim perkhidmatan Kurator, Penolong Kurator dan Pembantu Muzium dikemaskinikan sejajar dengan keperluan semasa dan perubahan kurikulum pengajian di peringkat institusi pengajian tinggi.

Pekeliling perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 2 Julai 2009. Mulai tarikh kuat kuasa pekeliling perkhidmatan ini, semua lantikan sebagai Kurator, Penolong Kurator dan Pembantu Muzium perlu menggunakan skim perkhidmatan baharu ini dan syarat lantikan yang ditetapkan hendaklah dipatuhi.

Dengan berkuat kuasanya pekeliling perkhidmatan ini, maka skim perkhidmatan Kurator yang berkuat kuasa pada 1 November 2002 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2006, Penolong Kurator yang berkuat kuasa pada 1 November 2002 melalui Lampiran B muka surat 591 hingga 593 dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 dan Pembantu Muzium yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2005 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2005 adalah dibatalkan dan diganti dengan skim perkhidmatan dalam pekeliling perkhidmatan ini.

Sila muat turun Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2009 [1] di 'attachment' atau di laman web Jabatan Perkhidmatan Awam  [2](JPA).

LampiranSaiz
PDF icon pp122009-jmm.pdf [3]225.01 KB

PENAFIAN: Jabatan Muzium Malaysia, Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan serta Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan sebarang maklumat di dalam laman web ini. Laman web ini telah diuji menggunakan semua pelayar popular seperti Internet Explorer 7/8/9, Mozilla Firefox, Apple Safari, Google Chrome dan Opera dengan resolusi paparan 1024x768.

ALAMAT:  Jabatan Muzium Malaysia, Jalan Damansara 50566, Kuala Lumpur. Tel : (+603) 2267-1000  Faks : (+603) 2284-9103 
Emel - info [at] jmm.gov.my.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara atau komunikasi korporat, sila dail (+603) 2267-1048, (+603) 2267-1049, (+603) 2267-1050 atau (+603) 2267-1051

Hakcipta Terpelihara © 2013 Jabatan Muzium Malaysia

window.dataLayer = window.dataLayer || []; function gtag(){dataLayer.push(arguments);} gtag('js', new Date()); gtag('config', 'G-8TV75MNKSE');

Hubungi Kami

Jabatan Muzium Malaysia,
Jalan Damansara
50566, Kuala Lumpur.

Tel : (+603) 2267-1000
Faks : (+603) 2284-9103
Emel - pr [at] jmm.gov.my

Laman ini telah diuji dan sesuai untuk semua jenis perisian pelayar dengan skrin resolusi 1024x768.

Statistik

  • Jumlah hit: 3,926,099
  • Jumlah pengunjung: 1,334,475
  • Hit minggu ini: 2,533
  • Hit bulan ini: 5,673
  • Hit minggu lepas: 5,104
  • Hit bulan lepas: 17,943
  • Semenjak: 22 Mar 2014

Media Sosial

FacebookYouTubeBloggerRss Feed

Waktu Operasi Muzium

Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Aidil Adha

Info Lanjut

Chief Information Officer (CIO)

Source URL (retrieved on 9 Mei 2025): http://www.jmm.gov.my/ms/perubahan-skim-perkhidmatan-kurator-penolong-kurator-dan-pembantu-muzium

Links:
[1] http://www.jmm.gov.my/files/pp122009.pdf
[2] http://www.jpa.gov.my/
[3] http://www.jmm.gov.my/files/pp122009-jmm.pdf