Jabatan Muzium Malaysia
Telah diterbitkan di Jabatan Muzium Malaysia (http://www.jmm.gov.my)

Laman Utama > Penyelidikan Gambus Masyarakat Brunei Sabah

Penyelidikan Gambus Masyarakat Brunei Sabah

Preview

Gambus dikatakan alat muzik yang berasal dari Asia Barat dan tersebar di pelbagai pelusuk dunia, termasuk di Sabah. Walaupun berasal dari luar, namun ia sangat sinonim dengan masyarakat Brunei Sabah. Ketika seni dan alat muzik tradisional di Malaysia semakin sirna atau akan berkubur ke dalam muzium, manakala persembahannya semakin terpinggir atau sangat berkurangan, masyarakat Brunei Sabah masih mampu dan mempunyai daya saing dalam usaha menggalak dan menyemarakkan muzik gambus.

Penganjuran Pesta Gambus Sabah setiap tahun sejak tahun 2000 hingga kini dengan mengadakan pertandingan di peringkat zon dan negeri oleh Persatuan Masyarakat Brunei Sabah dengan kerjasama Lembaga Pelancongan Negeri Sabah telah membawa perubahan yang sangat ketara dalam memartabatkan seni muzik gambus. Pesta ini yang diiktiraf sebagai acara tahunan dalam kalendar pelancongan negeri Sabah dengan tema “Gambus Instrumen Perpaduan” telah menjadi pemangkin pembangunan masyarakat.

Justifikasi ini mendorong Jabatan Muzium Malaysia, Kuala Lumpur menjalankan penyelidikan awal untuk menyingkap sejarah, perkembangan dan peranannya dalam masyarakat Brunei Sabah serta mendokumentasikannya sebagai warisan budaya dan sarana penyelidikan di masa mendatang. Usaha ini selaras dengan teras utama dasar RMKe-9 untuk meningkatkan tahap dan kemampuan kualiti hidup dengan memperkayakan kebudayaan, kesenian dan warisan menerusi pemupukan nilai budaya positif, memperkukuhkan penghayatan budaya, seni dan warisan, memelihara dan memulihara produk warisan ketara dan tidak ketara serta mengukuhkan program bina upaya bagi memastikan pembangunan budaya, seni dan warisan yang mampan dan berterusan.

Penyelidikan ini juga bertepatan dengan Dasar dan Strategi Pembangunan Industri Muzik Malaysia, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia 2005 dalam konteks pemeliharaan muzik tradisi yang dilaksanakan melalui penyelidikan, pendidikan, penggalakan dan penyemarakan. Sehubungan ini, penyelidikan telah dirancang dan dijalankan dari tahun 2006-2009 dengan gandingan ahli akademik, penyelidik dari pelbagai Institusi Pengajian Tinggi Awam, Persatuan Masyarakat Brunei Sabah dan penggiat seni dalam industri muzik gambus.

Objektif

1. Mendokumentasikan sejarah, peranan dan perkembangan seni muzik gambus Masyarakat Brunei Sabah.

2. Menerbitkan hasil penyelidikan dalam bentuk media cetak dan elektronik.

3. Menyediakan wadah atau wacana percambahan fikiran ilmiah dan perkongsian ilmu dari aspek penyelidikan, pendidikan, penggalakan dan penyemarakan.

Kumpulan Penyelidik

1) Kamaruddin Zakaria
Pemangku Pengarah
Muzium Etnologi Dunia Melayu
Jabatan Muzium Malaysia
Jalan Damansara
50566 Kuala Lumpur

2) Abd Aziz Abdul Rashid
Ketua
Muzium Seni Asia
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur

3) Ahmad Hakimi Khairuddin
Ketua
Jabatan Sosio Budaya Melayu
Akademi Pengajian Melayu
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur

4) Prof. Madya Dr. Haziyah Hussin
Felo Penyelidik Kanan
Institut Alam dan Tamadun Melayu
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM, Bangi
Selangor

5) Mohd Azam Sulong
Pensyarah
Jabatan Muzik
Fakulti Seni dan Muzik
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjung Malim
Perak

6) Mohd Anis Abdul Samad
Kurator
Muzium Etnografi Melayu
Akademi Pengajian Melayu
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur

7) Yunus Sauman @ Sabin
Ketua
Jabatan Sejarah
Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjung Malim
Perak

8) Raja Zulkarnain Raja Yusoff
Pensyarah Muzik
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
464, Jalan Tun Ismail
50480 Kuala Lumpur

9) Mohd Nizam Attan
Pensyarah
Sekolah Pengajian Seni
Universiti Malaysia Sabah
Beg Berkunci 2073
88999 Kota Kinabalu
Sabah

10)Arif Abd. Hamid
Kurator
Muzium Tamadun Islam Sabah
Jabatan Muzium Sabah
Beg Berkunci No. 2105
88566 Kota Kinabalu
Sabah

11)Persatuan Masyarakat Brunei Sabah
No. 10-1, Lot 5, Blok A
Lorong Kingfisher 1,
Plaza Kingfisher, Jalan SMC, 88450 Kota Kinabalu
Sabah

12)Nor Hanisah Ahmad(Jabatan Muzium Malaysia)

13)Miti Fateema Sherzella Mohd Yusoff(Jabatan Muzium Malaysia)

14)Mohd Shahir Mohd Ali(Jabatan Muzium Malaysia)

15)Norazlina Othman(Jabatan Muzium Malaysia)

16)Siti Rokiah Ibrahim(Jabatan Muzium Malaysia)

17)Ruhafizah Ab. Ghani(Jabatan Muzium Malaysia)

18)bdur Rahim Mazuki(Jabatan Muzium Malaysia)

19)A’fifah Ariff(Jabatan Muzium Malaysia)

20)Juliyana Othman(Jabatan Muzium Malaysia)

21)Zamzarina Khalid(Jabatan Muzium Malaysia)

22)Siti Fadilah Sheikh Ahmad(Jabatan Muzium Malaysia)

23)Prof. Madya Dr. Kamaruzaman Yusof
Pensyarah
Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM, Bangi
Selangor

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi : 03-22826255 samb. 169 (Norazlina) / samb. 174(Siti Rokiah)

PENAFIAN: Jabatan Muzium Malaysia, Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan serta Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan sebarang maklumat di dalam laman web ini. Laman web ini telah diuji menggunakan semua pelayar popular seperti Internet Explorer 7/8/9, Mozilla Firefox, Apple Safari, Google Chrome dan Opera dengan resolusi paparan 1024x768.

ALAMAT:  Jabatan Muzium Malaysia, Jalan Damansara 50566, Kuala Lumpur. Tel : (+603) 2267-1000  Faks : (+603) 2284-9103 
Emel - info [at] jmm.gov.my.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara atau komunikasi korporat, sila dail (+603) 2267-1048, (+603) 2267-1049, (+603) 2267-1050 atau (+603) 2267-1051

Hakcipta Terpelihara © 2013 Jabatan Muzium Malaysia

window.dataLayer = window.dataLayer || []; function gtag(){dataLayer.push(arguments);} gtag('js', new Date()); gtag('config', 'G-8TV75MNKSE');

Hubungi Kami

Jabatan Muzium Malaysia,
Jalan Damansara
50566, Kuala Lumpur.

Tel : (+603) 2267-1000
Faks : (+603) 2284-9103
Emel - pr [at] jmm.gov.my

Laman ini telah diuji dan sesuai untuk semua jenis perisian pelayar dengan skrin resolusi 1024x768.

Statistik

  • Jumlah hit: 3,936,529
  • Jumlah pengunjung: 1,343,216
  • Hit minggu ini: 106
  • Hit bulan ini: 16,096
  • Hit minggu lepas: 9,307
  • Hit bulan lepas: 17,943
  • Semenjak: 22 Mar 2014

Media Sosial

FacebookYouTubeBloggerRss Feed

Waktu Operasi Muzium

Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Aidil Adha

Info Lanjut

Chief Information Officer (CIO)

Source URL (retrieved on 19 Mei 2025): http://www.jmm.gov.my/ms/penyelidikan-gambus-masyarakat-brunei-sabah