Terbitan ini memberi panduan mengenai balai seramik di Muzium Negara. Kajian tipologi ke atas jumpaan seramik telah memberikan maklumat penting bagi pentarikhan tapak-tapak arkeologi serta bentuk kehidupan dan perdagangan di masa lampau. Koleksi inilah yang diperincikan maklumatnya untuk tatapan umum. Penerangan kandungan buku dalam dwibahasa.