Jabatan Muzium Malaysia
Telah diterbitkan di Jabatan Muzium Malaysia (http://www.jmm.gov.my)

Laman Utama > Data Terbuka

Data Terbuka

Untuk mendapatkan data terbuka berkaitan pelancongan dan kebudayaan, sila klik disini: http://www.data.gov.my [1]

 

Definisi Data Terbuka: Data yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsi dan digunakan semula oleh rakyat dan agensi Sektor Awam atau Swasta.

Pelaksanaan Data Terbuka Kerajaan bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan awam terhadap maklumat Kerajaan. Ia juga merupakan salah satu kriteria penilaian global dalam perkhidmatan E-Kerajaan. Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan kerjasama agensi-agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengambil tindakan mengenal pasti set data bagi pelaksanaan data terbuka dalam setiap bidang perkhidmatan agensi.

 

Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi terma dan syarat: Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0 [2]

1. Penggunaan data di bawah terma ini

Pemilik data memberi kebenaran penggunaan data tanpa sebarang caj.

2. Pengguna boleh melaksanakan perkara yang berikut:

(i) Salin, terbit, edar dan pindah data;

(ii) Adaptasi data;

(iii) Guna data secara komersial dan tidak komersial; dan

(iv) Gabung data dengan data lain atau rangkum data dalam produk atau aplikasi.

3. Sekiranya melaksanakan mana-mana daripada yang dinyatakan pada para 2, pengguna HENDAKLAH:

(i) Menyatakan sumber data dalam produk atau aplikasi berdasarkan pernyataan yang ditentukan oleh pemilik data;

(ii) Menyediakan pautan kepada Terma Penggunaan ini; dan

(iii) Sekiranya pemilik data tidak menyediakan pernyataan pemilik harta intelek data, pengguna hendaklah menggunakan pernyataan seperti yang berikut:

"Data dan maklumat tertakluk di bawah Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan Malaysia 1.0"

4. Pengecualian

Terma Penggunaan ini tidak memperuntukkan sebarang hak terhadap:

(i) Data peribadi;

(ii) Nama, jata, logo atau sebarang simbol rasmi pemilik data;

(iii) Logo organisasi sektor awam atau jabatan

(iv) Lambang diraja dan lambang tentera;

(v) Hak pihak ketiga yang mana pemilik data tiada kuasa terhadapnya;

(vi) Sebarang hak harta intelek termasuk paten, tanda dagangan dan hak reka bentuk; dan

(vii) Dokumen identiti seperti Pasport Malaysia, MyKad.

5. Tiada jaminan

(i) Data adalah dalam bentuk seperti yang disediakan oleh pemilik data. Pemilik data dikecualikan daripada sebarang representasi, waranti, obligasi dan liabiliti berhubung data; dan

(ii) Pemilik data tidak bertanggungjawab terhadap sebarang ralat dan kehilangan data. Pemilik data juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang jenis kehilangan, kecederaan atau kerosakan kesan daripada penggunaan data tersebut. Pemilik data tidak memberikan jaminan data disediakan secara berterusan.

6. Undang-undang

Terma Penggunaan ini ditadbir oleh undang-undang di bawah bidang kuasa dan pemilik data ialah pemilik utama bagi data tersebut.

LampiranSaiz
PDF icon SENARAI BADAN BUKAN KERAJAAN-Kebangsaan [3]123.57 KB
PDF icon SENARAI BADAN BUKAN KERAJAAN-Perlis [4]123.98 KB
PDF icon SENARAI BADAN BUKAN KERAJAAN-Kedah [5]138.19 KB
PDF icon SENARAI BADAN BUKAN KERAJAAN-Pulau Pinang [6]353.32 KB
PDF icon SENARAI BADAN BUKAN KERAJAAN-Perak [7]263.97 KB
PDF icon SENARAI BADAN BUKAN KERAJAAN-Pahang [8]562.73 KB
PDF icon SENARAI BADAN BUKAN KERAJAAN-WPKL [9]312.91 KB
PDF icon SENARAI BADAN BUKAN KERAJAAN-Negeri Sembilan [10]217.11 KB
PDF icon SENARAI BADAN BUKAN KERAJAAN-Melaka [11]226.97 KB
PDF icon SENARAI BADAN BUKAN KERAJAAN-Johor [12]215.19 KB
PDF icon SENARAI BADAN BUKAN KERAJAAN-Kelantan [13]219.15 KB
PDF icon SENARAI BADAN BUKAN KERAJAAN-Sabah [14]15.71 KB
PDF icon SENARAI BADAN BUKAN KERAJAAN-Sarawak [15]21.3 KB

PENAFIAN: Jabatan Muzium Malaysia, Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan serta Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan sebarang maklumat di dalam laman web ini. Laman web ini telah diuji menggunakan semua pelayar popular seperti Internet Explorer 7/8/9, Mozilla Firefox, Apple Safari, Google Chrome dan Opera dengan resolusi paparan 1024x768.

ALAMAT:  Jabatan Muzium Malaysia, Jalan Damansara 50566, Kuala Lumpur. Tel : (+603) 2267-1000  Faks : (+603) 2284-9103 
Emel - info [at] jmm.gov.my.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara atau komunikasi korporat, sila dail (+603) 2267-1048, (+603) 2267-1049, (+603) 2267-1050 atau (+603) 2267-1051

Hakcipta Terpelihara © 2013 Jabatan Muzium Malaysia

window.dataLayer = window.dataLayer || []; function gtag(){dataLayer.push(arguments);} gtag('js', new Date()); gtag('config', 'G-8TV75MNKSE');

Hubungi Kami

Jabatan Muzium Malaysia,
Jalan Damansara
50566, Kuala Lumpur.

Tel : (+603) 2267-1000
Faks : (+603) 2284-9103
Emel - pr [at] jmm.gov.my

Laman ini telah diuji dan sesuai untuk semua jenis perisian pelayar dengan skrin resolusi 1024x768.

Statistik

  • Jumlah hit: 3,936,549
  • Jumlah pengunjung: 1,343,230
  • Hit minggu ini: 126
  • Hit bulan ini: 16,116
  • Hit minggu lepas: 9,307
  • Hit bulan lepas: 17,943
  • Semenjak: 22 Mar 2014

Media Sosial

FacebookYouTubeBloggerRss Feed

Waktu Operasi Muzium

Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Aidil Adha

Info Lanjut

Chief Information Officer (CIO)

Source URL (retrieved on 19 Mei 2025): http://www.jmm.gov.my/ms/data-terbuka

Links:
[1] http://www.data.gov.my/data/ms_MY/dataset?organization=ministry-of-tourism-and-culture
[2] http://www.data.gov.my/page/termsofuse
[3] http://www.jmm.gov.my/files/1-KEBANGSAAN.pdf
[4] http://www.jmm.gov.my/files/2-PERLIS.pdf
[5] http://www.jmm.gov.my/files/3-KEDAH.pdf
[6] http://www.jmm.gov.my/files/4-PULAU%20PINANG.pdf
[7] http://www.jmm.gov.my/files/5-PERAK.pdf
[8] http://www.jmm.gov.my/files/6-PAHANG.pdf
[9] http://www.jmm.gov.my/files/7-WPKL.pdf
[10] http://www.jmm.gov.my/files/8-NEGERI%20SEMBILAN.pdf
[11] http://www.jmm.gov.my/files/9-MELAKA.pdf
[12] http://www.jmm.gov.my/files/10-JOHOR.pdf
[13] http://www.jmm.gov.my/files/11-KELANTAN.pdf
[14] http://www.jmm.gov.my/files/12-SABAH.pdf
[15] http://www.jmm.gov.my/files/13-SARAWAK.pdf