Jabatan Muzium Malaysia
Telah diterbitkan di Jabatan Muzium Malaysia (http://www.jmm.gov.my)

Laman Utama > Perkhidmatan ICT Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) Jabatan Muzium Malaysia

Perkhidmatan ICT Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) Jabatan Muzium Malaysia

Gambarajah Fungsi Bahagian Teknologi Maklumat JMM

1. MERANGKA PELAN STRATEGIK TEKNOLOGI MAKLUMAT

1.1 Mengenal pasti persekitaran bisnes semasa.
1.2 Mengenal pasti persekitaran ICT dan halatuju.
1.3 Menyediakan pelan tindakan untuk organisasi.

2. MELAKSANAKAN PEROLEHAN PERKAKASAN DAN PERISIAN

2.1 Menyelaras sebarang perancangan perolehan perkakasan dan perisian.
2.2 Melaksana, mengawal dan menilai perolehan perkakasan dan perisian.

3. MENGURUSKAN KESELAMATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

3.1 Menjalankan kerja-kerja pemantauan keselamatan maklumat organisasi dan
mengawal akses ke atas keselamatan ICT organisasi.
3.2 Menggubal Dasar Keselamatan ICT organisasi.

4. MENGURUSKAN RANGKAIAN

4.1 Mengkaji keperluan infrastruktur rangkaian.
4.2 Membangun infrastruktur rangkaian.
4.3 Menyelenggara serta mentadbir rangkaian dan telekomunikasi.
4.4 Memantau dan menganalisis keberkesanan penggunaan rangkaian dan telekomunikasi.

5. MENGURUS PENGGUNAAN PERKHIDMATAN INTERNET DAN EMAIL

5.1 Memastikan komunikasi berbentuk mesej elektronik dilakukan pantas dan mengikut etika, garis panduan dan prosedur keselamatan Internet dan Email.
5.2 Menguruskan internet dan akaun emel pengguna.

6. MENYOKONG KEPERLUAN PERKAKASAN DAN PERISIAN

6.1 Menyokong keperluan perisian pengguna.

7 MEMBANGUNKAN DAN MENYELENGGARA SISTEM APLIKASI

7.1 Mengurus kajian kemungkinan dan analisis keperluan pengguna dan system termasuk pembangunan sistem yang lebih kompleks bagi sesebuah organisasi.
7.2 Mengurus sebarang reka bentuk sistem mengikut hasil analisis termasuk pembangunan sistem yang lebih kompleks bagi sesebuah organisasi.
7.3 Mengurus sebarang bentuk pemprograman, pengujian, latihan dan roll out yang melibatkan pembangunan sistem yang lebih kompleks untuk sesebuah organisasi.
7.4 Menguruskan penyelenggaraan sistem.
7.5 Menguruskan penyediaan dokumentasi di setiap peringkat pembangunan sistem.

8. MENGURUSKAN LAMAN WEB

8.1 Menguruskan pembangunan laman web Jabatan.
8.2 Menguruskan penyelenggaraan laman web Jabatan.
8.3 Memastikan laman web/portal memenuhi tahap keselamatan yang ditetapkan bagi mengelakkan berlakunya pencerobohan ke atas laman web/portal.
8.4 Menyediakan khidmat bantuan teknikal kepada pengguna yang menghadapi masalah semasa menggunakan modul aplikasi yang berkaitan dengan pengurusan laman web/portal.

9. MENGURUSKAN TEMPAHAN BILIK LATIHAN KOMPUTER JMM

9.1 Menerima dan meluluskan tempahan Bilik Latihan Komputer JMM
9.2 Menyelenggara Peralatan ICT Bilik Latihan Komputer JMM

  • 6020 bacaan
LampiranSaiz
Image icon fungsiBTM.jpg [1]46.14 KB

Borang Khidmat ICT

Borang Khidmat ICT digunakan untuk enam (6) perkhidmatan utama BTM kepada warga JMM iaitu:

  1. Sokongan perkakasan/perisian – bagi laporan kerosakan peralatan ICT, masalah komputer, masalah virus dsbnya berkaitan perisian dan perkakasan ICT
  2. Sokongan aplikasi – bagi masalah sistem e-konservasi, sistem keratan akhbar, sistem Galeri Foto, HRMIS, E-SPKB, sistem VTLS, E-Aset, E-Perolehan dan sebarang sistem aplikasi yang ditadbir urus oleh BTM
  3. Sokongan Internet dan Email – bagi permohonan akaun email baru, masalah email, masalah akses Internet
  4. Pinjaman PC/Notebook/Peralatan ICT – bagi pinjaman barangan ICT (Peminjam harus datang ke JMM untuk menandatangani buku pergerakkan harta modal dan inventori)
  5. Tempahan bilik latihan – bagi tempahan bilik latihan BTM JMM
  6. Kemaskini Laman Web/Portal – bagi penyaluran maklumat terkini ke laman-laman web JMM iaitu Laman rasmi Jabatan, laman web Muzium Negara, Laman web Muzium Tekstil Negara.

Borang Khidmat ICT bagi warga JMM

Snapshot Borang Khidmat ICT BTM JMM

Bagi sebarang permohonan perkhidmatan ICT, pihak BTM JMM menyediakan borang permohonan khidmat ICT bagi tujuan merekod dan melicinkan proses khidmat sokongan ICT. Borang tersebut boleh dimuat turun di sini. Format MS WORD [2] / Format PDF [3] Bagi setiap borang yang telah diisi, sila hantarkan kepada pihak BTM JMM (by hand/fax/email) untuk tindakan seterusnya. Sila cetak borang mengikut keperluan.

  • 4056 bacaan
Undefined

PENAFIAN: Jabatan Muzium Malaysia, Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan serta Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan sebarang maklumat di dalam laman web ini. Laman web ini telah diuji menggunakan semua pelayar popular seperti Internet Explorer 7/8/9, Mozilla Firefox, Apple Safari, Google Chrome dan Opera dengan resolusi paparan 1024x768.

ALAMAT:  Jabatan Muzium Malaysia, Jalan Damansara 50566, Kuala Lumpur. Tel : (+603) 2267-1000  Faks : (+603) 2284-9103 
Emel - info [at] jmm.gov.my.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara atau komunikasi korporat, sila dail (+603) 2267-1048, (+603) 2267-1049, (+603) 2267-1050 atau (+603) 2267-1051

Hakcipta Terpelihara © 2013 Jabatan Muzium Malaysia

window.dataLayer = window.dataLayer || []; function gtag(){dataLayer.push(arguments);} gtag('js', new Date()); gtag('config', 'G-8TV75MNKSE');

Hubungi Kami

Jabatan Muzium Malaysia,
Jalan Damansara
50566, Kuala Lumpur.

Tel : (+603) 2267-1000
Faks : (+603) 2284-9103
Emel - pr [at] jmm.gov.my

Laman ini telah diuji dan sesuai untuk semua jenis perisian pelayar dengan skrin resolusi 1024x768.

Statistik

  • Jumlah hit: 3,947,437
  • Jumlah pengunjung: 1,348,939
  • Hit minggu ini: 3,607
  • Hit bulan ini: 4,004
  • Hit minggu lepas: 4,318
  • Hit bulan lepas: 22,995
  • Semenjak: 22 Mar 2014

Media Sosial

FacebookYouTubeBloggerRss Feed

Waktu Operasi Muzium

Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Aidil Adha

Info Lanjut

Chief Information Officer (CIO)

Source URL (retrieved on 7 Jun 2025): http://www.jmm.gov.my/ms/perkhidmatan-ict-bahagian-teknologi-maklumat-btm-jabatan-muzium-malaysia

Links:
[1] http://www.jmm.gov.my/files/fungsiBTM.jpg
[2] http://puracendana.jmm.gov.my/files/borang-khidmat-ict.doc
[3] http://puracendana.jmm.gov.my/files/borang-khidmat-ict.pdf