Jabatan Muzium Malaysia
Telah diterbitkan di Jabatan Muzium Malaysia (http://www.jmm.gov.my)

Laman Utama > Muzium Automobil Nasional Sepang

Muzium Automobil Nasional Sepang

[bg|watermarked/muziumautomobilnasional-w]

Malaysia mula mengorak langkah di bidang perindustrian berat khususnya bidang pembuatan kenderaan komersil apabila tertubuhnya Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) pada tahun 1980 dan seterusnya Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (PROTON) pada tahun 1983, Perusahaan Otomobil Kedua Berhad (PERODUA) pada tahun 1993, Motosikal dan Enjin Nasional Sendirian Berhad (MODENAS) pada tahun 1995. Industri permotoran Malaysia telah banyak berkembang sejak kebelakangan ini.

Sejajar dengan perkembangan tersebut, Muzium Automobil Nasional telah dibangunkan. Muzium ini memaparkan beberapa model kereta dan motosikal buatan tempatan serta kereta-kereta import yang pernah digunakan di negara ini. Tujuan utama muzium ini ditubuhkan adalah untuk memberi maklumat mengenai sejarah perkembangan dan pencapaian industri permotoran di Malaysia. Muzium ini juga memaparkan beberapa koleksi kereta vintaj dan klasik yang memepunyai sejarahnya yang tersediri. Muzium ini berharap dapat memberi maklumat, mendidik serta menghibur para pengujung mengenai sejarah dan kejayaan negara dalam menerokai industri ini.

Koleksi dan Galeri

Muzium Auotomobil Nasional yang terletak di Welcome Centre Litar Antarabangsa Sepang dengan mempunyai keluasan ruang pameran 7,949 kaki persegi bagi tingkat bawah dan 10,577 kaki persegi untuk tingkat satu.

Ruang pameran tingkat bawah memaparkan segmen pengenalan Muzium Automobil Nasional serta sejarah perkembangan sistem pengangkutan Malaysia dan kemasukan kereta-kereta terawal. Di sini koleksi-koleksi yang dipamerkan adalah kereta-kereta yang pernah digunakan di negara ini termasuklah kereta Brushmobile keluaran tahun 1904, Ford Speedster tahun 1923 dan Alvis Tourer 1935.

Segmen seterusnya adalah Litar Antarabangsa Sepang dengan aktiviti-aktiviti tahunan dalam sukan permotoran seperti perlumbaan F1, Super GT International Series dan MotoGP, dan segmen kereta vintaj dan klasik yang pernah digunakan di negara ini.

Ruang pameran tingkat satu pula merupakan paparan industri permotoran di Malaysia secara umum. Di sini pengunjung dapat mengetahui syarikat-syarikat tempatan yang menyumbang dalam memajukan industri ini termasuklah DRB-Hicom, PROTON, BUFORI, MODENAS dan PERODUA. Koleksi-koleksi yang dipamerkan adalah yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat tersebut.

Hari & Masa Lawatan

9.00 a.m - 6.00 p.m setiap hari
Tutup pada Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha

Bayaran Masuk

Percuma

Alamat

Muzium Automobil Nasional
Litar Antarabangsa Sepang
Jalan Pekeliling
64000 KLIA
Sepang
Selangor
Tel. :03-8787 4759 / 1499
Fax :03-8787 3732

Kemudahan Pengangkutan

Dari KLIA, Terminal LCCT dan Stesen Komuter Nilai.
Teksi bermeter.

Tempat-tempat menarik yang berhampiran

Sepang International Circuit
Kuala Lumpur International Airport

Laman Web

Sila Layari www.malaysiangp.com.my [1]

Peta Lokasi

View Muzium Automobil [2] in a larger map

  • 6883 bacaan
Muzium: 
Lembah Klang [3]
Bahasa Melayu

PENAFIAN: Jabatan Muzium Malaysia, Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan serta Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan sebarang maklumat di dalam laman web ini. Laman web ini telah diuji menggunakan semua pelayar popular seperti Internet Explorer 7/8/9, Mozilla Firefox, Apple Safari, Google Chrome dan Opera dengan resolusi paparan 1024x768.

ALAMAT:  Jabatan Muzium Malaysia, Jalan Damansara 50566, Kuala Lumpur. Tel : (+603) 2267-1000  Faks : (+603) 2284-9103 
Emel - info [at] jmm.gov.my.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara atau komunikasi korporat, sila dail (+603) 2267-1048, (+603) 2267-1049, (+603) 2267-1050 atau (+603) 2267-1051

Hakcipta Terpelihara © 2013 Jabatan Muzium Malaysia

window.dataLayer = window.dataLayer || []; function gtag(){dataLayer.push(arguments);} gtag('js', new Date()); gtag('config', 'G-8TV75MNKSE');

Hubungi Kami

Jabatan Muzium Malaysia,
Jalan Damansara
50566, Kuala Lumpur.

Tel : (+603) 2267-1000
Faks : (+603) 2284-9103
Emel - pr [at] jmm.gov.my

Laman ini telah diuji dan sesuai untuk semua jenis perisian pelayar dengan skrin resolusi 1024x768.

Statistik

  • Jumlah hit: 3,947,803
  • Jumlah pengunjung: 1,349,296
  • Hit minggu ini: 3,973
  • Hit bulan ini: 4,370
  • Hit minggu lepas: 4,318
  • Hit bulan lepas: 22,995
  • Semenjak: 22 Mar 2014

Media Sosial

FacebookYouTubeBloggerRss Feed

Waktu Operasi Muzium

Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Aidil Adha

Info Lanjut

Chief Information Officer (CIO)

Source URL (retrieved on 7 Jun 2025): http://www.jmm.gov.my/ms/muzium-automobil-nasional-sepang

Links:
[1] http://www.malaysiangp.com.my
[2] http://maps.google.com.my/maps/ms?ie=UTF8&hl=en&msa=0&msid=113185136319315451471.00045b88f3b813de589d2&ll=2.759446,101.731757&spn=0.005144,0.006866&z=17&source=embed
[3] http://www.jmm.gov.my/ms/category/museum/lembah-klang