• Warna
  • | Saiz teks
Sistem Perpustakaan VTLS
Sistem Pengurusan Aset JMM
Sistem Foto JMM
SPOT-ME

Pameran Katak Dan Kodok (Berterusan)

Anda di sini

Anda di sini

Pameran Katak Dan Kodok

 

TARIKH:
Bermula 22 APRIL 2013

TEMPAT:
MUZIUM ALAM SEMULAJADI, PRESINT 15, PUTRAJAYA

PENGENALAN PAMERAN:
Katak dan kodok merupakan haiwan yang tergolong dalam kumpulan amfibia, haiwan dua alam (daratan dan air) berdarah sejuk dan bertulang belakang.  Haiwan ini sering digambarkan sebagai haiwan yang hodoh, jijik dan menggelikan. Realitinya katak dan kodok ialah haiwan yang unik dan menarik dengan pelbagai aneka rupa, corak, warna dan memainkan peranan penting dalam ekosistem alam. Kepelbagaian spesies katak dan kodok adalah tinggi di kawasan beriklim tropika yang panas dan lembap sepanjang tahun.

Katak dan kodok semakin hari semakin diancam kepupusan akibat kemusnahan alam dan perubahan iklim. Justeru, pameran ini akan memaparkan sedikit sebanyak pengetahuan dan menyampaikan maklumat berkaitan amfibia istimewa ini. Spesimen hidup katak dan kodok, spesimen awetan dan skeleton katak dipamerkan dalam pameran ini disamping penerangan ciri-ciri umum, morfologi, famili, kitaran hidup, teknik kelangsungan hidup (survival), diet pemakanan, peranan dalam ekosistem dan usaha-usaha konservasi.
Bahasa Melayu
Event Types: 
Location: 
Muzium Alam Semula Jadi, Presint 15, Putrajaya

Kemas kini terakhir: 27 March 2024 - 10:06am

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources