03 Oktober 2014 - 12:28 am

Muzium Senibina Malaysia

[bg|watermarked/muziumsenibina-w]

Muzium Seni Bina adalah di dalam perancangan. Ianya akan ditempatkan di bangunan yang dibina pada zaman pemerintahan Belanda. Bangunan ini telah dipulihara seperti keadaan asal oleh Jabatan Muzium Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Jabatan Muzium dan Antikuiti) pada tahun 2000. Seperti yang diketahui umum, Melaka adalah Negeri Permuziuman.Terdapat 15 buah muzium dengan berbagai peranan. Antaranya Muzium Sejarah & Etnografi, Muzium Kecantikan, Muzium Belia, Muzium Orang Asli, Muzium Alor Gajah dan Muzium Jasin.

Kesemua muzium ini ditadbir oleh PERZIM (Perbadanan Muzium Melaka). Disamping itu, terdapat juga muzium persendirian seperti Muzium Baba dan Nyonya dan Muzium Jade. Dengan tertubuhnya Muzium Senibina, akan menambah lagi produk pelancongan di negeri Melaka. Muzium yang dalam perancangan ini adalah di bawah pengawasan Jabatan Muzium Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Jabatan Muzium dan Antikuiti).

Ianya akan mempamerkan berbagai perkara berkaitan dengan seni bina seperti falsafah dan konsep seni bina, bahan-bahan binaan seperti Genting Portugis, Belanda, China dan Atap Kayu Berlian. Selain daripada itu, bahan-bahan seperti paku, pasak, baji, tanggam-tanggam dan ukiran dari zaman Melayu, Portugis, belanda dan Inggeris. Disamping itu akan diwujudkan juga model-model bangunan terpilih yang terdapat di Malaysia.

Bayaran masuk

Percuma

Pegawai untuk dihubungi

Hj. Iesnordin bin Hj. Malan - Penolong Kurator

Alamat

Muzium Senibina Malaysia
No.1 Jln. Kota
75000 Melaka

Tel: 06 288 3599
Faks: 06 288 3826

Peta Lokasi

View Muzium Senibina Malaysia in a larger map

Bahasa Melayu