• Warna
  • | Saiz teks

Muzium Labuan

Anda di sini

Anda di sini

[bg|watermarked/muziumlabuan-w]

Dibuka secara rasminya kepada orang ramai pada 8 Oktober 2004 dengan upacara perasmian disempurnakan oleh YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim.

Kerja-kerja konservasi bangunan yang pada asalnya merupakan sebuah bangunan dari era kolonial ini telah bermula pada tahun 1997 diikuti dengan kerja-kerja pembinaan hiasan dalaman dan pengisian pada tahun 2002.

Dengan lokasinya yang strategik iaitu di tengah-tengah Bandar Labuan dan dikelilingi dengan pelbagai kemudahan, ia adalah merupakan destinasi yang mesti dikunjungi baik bagi pengunjung tempatan mahupun luar kerana dengan hanya satu kunjungan mampu menceritakan segenap aspek sejarah dan kebudayaan Labuan dengan lebih cepat dan berkesan.

Koleksi dan Galeri

Muzium Labuan mengandungi 2 aras yang mengkhusus kepada tema sejarah dan kebudayaan Wilayah Persekutuan Labuan. Aras bawah memfokuskan kepada tema sejarah, bermula dari era pra-sejarah sehinggalah kepada kelahiran Labuan sebagai sebuah Wilayah Persekutuan di samping maklumat tentang penubuhan IOFC yang menjadikan Labuan sebagai salah satu pusat kewangan pesisir pantai. puluhan artifak daripada era pra-sejarah, tinggalan kolonial British, artifak Perang Dunia Ke-2, era kemerdekaan dan pengistiharan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan adalah antara yang dipamerkan disini.

Aras atas mengkhusus pada aspek sosio-budaya dan sosio-ekonomi masyarakat tempatan di Wilayah Persekutuan Labuan melalui 6 seksyen yang mewakili kaum-kuam yang terdapat di Labuan. Antaranya termasuklan Melayu-Brunei, Kedayan, Cina, Kadazan-dusun, India dan Sikh melalui pameran artifak-artifak etnologi seperti alat muzik, alat perekonomian, senjata, adat perkahwinan, pakaian dan sebagainya yang sekaligus melambangkan keharmonian masyarakat di Pulau Labuan.

Hari & Masa Lawatan

Isnin-Ahad: 9.00pg - 5.00ptg
Ditutup pada Hari Pertama Raya Puasa dan Haji

Bayaran Masuk

Percuma

Pegawai untuk dihubungi

Cik Siti Rabia Abd. Rahman - Pengarah
Cik Zuriani binti Abd Ghani - Ketua Unit Muzium Labuan

Alamat

Muzium Labuan,
Jabatan Muzium Malaysia Wilayah Labuan,
U 0364, Jalan Dewan,
87008 Wilayah Persekutuan Labuan.
Tel: 087-414135

Kemudahan Pengangkutan

Dari Lapangan Terbang - teksi RM 22.80

Kemudahan Penginapan

Mudah terdapat di sekitar Bandar Labuan

Tempat-tempat Menarik Berhampiran

Dataran Labuan, Pusat Membeli-belah, Bangunan-bangunan era Kolonial, Taman Botanikal Labuan

Kemudahan lain

Surau, tandas awam, tempat meletak kenderaan, telefon awam, lawatan berpandu

Peta Lokasi

View Muzium Labuan in a larger map

Bahasa Melayu

Kemas kini terakhir: 19 November 2018 - 4:15pm

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources