BEGIN:VCALENDAR
VERSION:2.0
METHOD:PUBLISH
X-WR-CALNAME: Jabatan Muzium Malaysia | Department of Museums Malaysia | March 13\, 2010 - April 12\, 2010
PRODID:-//strange bird labs//Drupal iCal API//EN
BEGIN:VEVENT
DTSTAMP;VALUE=DATE:20100313T070215Z
DTSTART;VALUE=DATE-TIME:20100131T160000Z
DTEND;VALUE=DATE-TIME:20100730T160000Z
UID:http://www.jmm.gov.my/ms/content/pameran-mamalia-malaysia
URL;VALUE=URI:http://www.jmm.gov.my/ms/content/pameran-mamalia-malaysia
SUMMARY:Pameran Mamalia Malaysia
DESCRIPTION:
Tarikh pameran\: 1 Februari 2010 - 31 Julai 2010

Tempat\: Muzium Alam Semulajadi\, Putrajaya.

Hutan hujan tropika di Malaysia kaya dengan pelbagai jenis hidupan liar dan ia menjadi habitat kepada 280 spesies haiwan mamalia. Mamalia merupakan haiwan bertulang belakang yang mempunyai ciri-ciri berdarah panas\, badan berbulu\, mengandung dan melahirkan anak\, mempunyai kelenjar peluh dan kelenjar susu bagi haiwan betina. Pameran ini akan menampilkan haiwan-haiwan mamalia yang terpilih dari bersaiz kecil hingga besar untuk diamati dan dipelajari oleh para pengunjung. Antara tarikan menarik adalah rangka ikan paus Bryde\, iaitu spesies yang dijumpai terdampar di pantai Kampung Tanjung Aru\, Wilayah Persekutuan Labuan pada 2 Februari 2005. Selain itu\, haiwan yang terlindung dan diambang kepupusan seperti ”Pak Belang”\, beruang\, kambing gurun dan fosil hidup iaitu tapir turut dipamerkan.

END:VEVENT
BEGIN:VEVENT
DTSTAMP;VALUE=DATE:20100313T070215Z
DTSTART;VALUE=DATE-TIME:20100225T160000Z
DTEND;VALUE=DATE-TIME:20100327T160000Z
UID:http://www.jmm.gov.my/ms/content/pameran-seramik-1-malaysia
URL;VALUE=URI:http://www.jmm.gov.my/ms/content/pameran-seramik-1-malaysia
SUMMARY:Pameran Seramik 1 Malaysia
DESCRIPTION:
Tarikh pameran\: 26 Februari 2010 - 28 Mac 2010

Tempat\: Muzium Negara\, Kuala Lumpur.

Memaparkan tembikar zaman Pra Sejarah yang membuktikan kewujudan penempatan manusia awal di negara ini serta seramik biru putih yang menerangkan jalinan hubungan perdagangan dengan Negara China semasa era pemerintahan Dinasti Ming (1368 – 1644 Masihi). Turut dipamerkan seramik yang ditemui di dalam kapal karam di sepanjang perairan negara yang menjadi bukti wujudnya hubungan perdagangan di antara Malaysia dengan negara-negara luar seperti Thailand\, China\, negara-negara Eropah dan Timur Tengah sejak berkurun lamanya. Dengan kata lain\, tembikar menjadi antara bukti sejarah paling penting dan berharga kepada kita semua dari pelbagai aspek\, termasuk dari segi pensejarahan\, pembuatan\, kegunaan serta hubungkaitnya dengan kebudayaan manusia sejagat\, khususnya di Asia Tenggara.

END:VEVENT
BEGIN:VEVENT
DTSTAMP;VALUE=DATE:20100313T070215Z
DTSTART;VALUE=DATE-TIME:20100401T010000Z
DTEND;VALUE=DATE-TIME:20100719T220000Z
UID:http://www.jmm.gov.my/ms/content/pameran-keranda-tradisi-misteri
URL;VALUE=URI:http://www.jmm.gov.my/ms/content/pameran-keranda-tradisi-misteri
SUMMARY:Pameran Keranda\: Tradisi & Misteri
DESCRIPTION:
Tarikh pameran\: 1 April 2010 - 20 Julai 2010

Tempat\: Muzium Negara\, Kuala Lumpur.

Memperagakan keunikan keranda yang diaplikasikan dalam kehidupan manusia dari zaman Pra Sejarah sehinggalah adanya pengetahuan manusia untuk membuat keranda. Keranda bukan sahaja dikenali dengan pelbagai nama mengikut tempat\, malah ia juga berbeza dari segi bahan pembuatan yang terdiri daripada pelbagai medium seperti tajau\, perahu\, kayu balak\, kotak\, batu\, logam dan sebagainya. Koleksi unggul yang dipamerkan adalah keranda yang digunakan dalam pengkebumian orang-orang kenamaan di Sabah sejak 2650 tahun dahulu yang bermula dalam tajau (jar burial) hinggalah pengkebumian keranda kayu balak (log coffin) seawal 690 tahun dahulu. Keranda-keranda yang dipamerkan mempunyai hiasan dan ukiran tertentu yang mewakili kepercayaan dan lagenda hidup manusia zaman Pra Sejarah hingga kini.

END:VEVENT
BEGIN:VEVENT
DTSTAMP;VALUE=DATE:20100313T070215Z
DTSTART;VALUE=DATE-TIME:20100404T160000Z
DTEND;VALUE=DATE-TIME:20100501T160000Z
UID:http://www.jmm.gov.my/ms/content/pameran-busana-selebriti
URL;VALUE=URI:http://www.jmm.gov.my/ms/content/pameran-busana-selebriti
SUMMARY:Pameran Busana Selebriti
DESCRIPTION:
Tarikh pameran\: 5 April 2010 - 2 Mei 2010

Tempat\: Muzium Negara\, Kuala Lumpur.

Memaparkan busana beberapa diva negara\, khususnya busana yang dipakai untuk sesuatu pertunjukkan khas dan glamor sama ada dalam negara mahupun luar negara. Busana ini juga akan dilengkapi aksesori lain seperti kasut\, beg dan perhiasan diri. Bagi memeriahkan pameran ini\, program beramah-mesra bersama selebriti turut diadakan bagi membolehkan orang ramai mengenali dengan lebih dekat selebriti yang menjadi kebanggaan serta ikon negara.

END:VEVENT
BEGIN:VEVENT
DTSTAMP;VALUE=DATE:20100313T070215Z
DTSTART;VALUE=DATE-TIME:20100405T160000Z
DTEND;VALUE=DATE-TIME:20100529T160000Z
UID:http://www.jmm.gov.my/ms/content/pameran-hiasan-tembaga
URL;VALUE=URI:http://www.jmm.gov.my/ms/content/pameran-hiasan-tembaga
SUMMARY:Pameran Hiasan Tembaga
DESCRIPTION:
Tarikh pameran\: 6 April 2010 - 30 Mei 2010

Tempat\: Muzium Labuan\, Labuan.

Memaparkan sejumlah koleksi hiasan tembaga Muzium Labuan untuk mengetengahkan tradisi kebudayaan masyarakat tempatan di Labuan. Hiasan tembaga sememangnya begitu sinonim dengan budaya masyarakat di Labuan khususnya kaum Kedayan dan Melayu Brunei. Alat perhiasan ini menjadi satu kemestian dalam setiap rumah dan memainkan peranan penting dalam majlis-majlis keramaian seperti perkahwinan\, adat-resam dan kebudayaan serta turut menjadi lambang status dalam masyarakat. Pameran ini akan dilengkapi

maklumat tentang latar belakang sejarah dan masyarakat\, bahan\, seni buatan\, motif dan dekoratif serta kegunaannya.

END:VEVENT
BEGIN:VEVENT
DTSTAMP;VALUE=DATE:20100313T070215Z
DTSTART;VALUE=DATE-TIME:20100411T160000Z
DTEND;VALUE=DATE-TIME:20100529T160000Z
UID:http://www.jmm.gov.my/ms/content/pameran-buluh-inspirasi-budaya
URL;VALUE=URI:http://www.jmm.gov.my/ms/content/pameran-buluh-inspirasi-budaya
SUMMARY:Pameran Buluh Inspirasi Budaya
DESCRIPTION:
Tarikh pameran\: 12 April 2010 - 30 Mei 2010

Tempat\: Muzium Arkeologi Lenggong\, Perak.

Masyarakat Melayu tradisional sering menggunakan buluh dalam kehidupan seharian mereka seperti dalam penyediaan makanan\, dinding rumah\, pelantar\, alat untuk mencari rezeki\, perubatan\, senjata\, alat muzik dan alat permainan. Namun kini buluh hanya menjadi salah satu ikon hiasan dalam mempamerkan keunikan lanskap baik di dalam mahupun di luar rumah. Oleh itu\,

pameran ini bertujuan untuk mengembalikan semula nostalgia penggunaan buluh

dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu tradisional\, di samping menghargai kurniaan Tuhan yang tidak ternilai ini.

END:VEVENT
END:VCALENDAR