-A +A

Current Theme: Standard

Events

Select event terms to filter by
Select event type to filter by
« Selasa March 02, 2010 »
Sel
Hutan hujan tropika di Malaysia kaya dengan pelbagai jenis hidupan liar dan ia menjadi habitat kepada 280 spesies haiwan mamalia. Mamalia merupakan haiwan bertulang belakang yang mempunyai ciri-ciri berdarah panas, badan berbulu, mengandung dan melahirkan anak, mempunyai kelenjar peluh dan kelenjar susu bagi haiwan betina. Pameran ini akan menampilkan haiwan-haiwan mamalia yang terpilih dari bersaiz kecil hingga besar untuk diamati dan dipelajari oleh para pengunjung. Antara tarikan menarik adalah rangka ikan paus Bryde, iaitu spesies yang dijumpai terdampar di pantai Kampung Tanjung Aru, Wilayah Persekutuan Labuan pada 2 Februari 2005. Selain itu, haiwan yang terlindung dan diambang kepupusan seperti ”Pak Belang”, beruang, kambing gurun dan fosil hidup iaitu tapir turut dipamerkan.
Memperagakan keunikan keranda yang diaplikasikan dalam kehidupan manusia dari zaman Pra Sejarah sehinggalah adanya pengetahuan manusia untuk membuat keranda. Keranda bukan sahaja dikenali dengan pelbagai nama mengikut tempat, malah ia juga berbeza dari segi bahan pembuatan yang terdiri daripada pelbagai medium seperti tajau, perahu, kayu balak, kotak, batu, logam dan sebagainya. Koleksi unggul yang dipamerkan adalah keranda yang digunakan dalam pengkebumian orang-orang kenamaan di Sabah sejak 2650 tahun dahulu yang bermula dalam tajau (jar burial) hinggalah pengkebumian keranda kayu balak (log coffin) seawal 690 tahun dahulu. Keranda-keranda yang dipamerkan mempunyai hiasan dan ukiran tertentu yang mewakili kepercayaan dan lagenda hidup manusia zaman Pra Sejarah hingga kini.
Sindiket kandungan