Events
| Isn | ||
|---|---|---|
Start: 09:00
End: 06:00
Tarikh pameran: 18 Disember 2009 - 14 Februari 2010 Memaparkan keunikan kesenian dan kreativiti koleksi Islam bersandarkan nilai-nilai keislaman. Koleksi ini merangkumi artifak dalam bidang senibina, muzik, seramik, alat domestik, keagamaan, ukiran, persenjataan dan sejarah. Pengumpulan koleksi bernilai ini merupakan artifak yang secara terpilih mewakili masyarakat negara ini dan hubungannya dengan masyarakat Islam lainnya di seluruh dunia. Keunikan kesenian ciptaan manusia yang bersendikan keimanan ini menggambarkan sikap positif yang dituntut oleh agama Islam seperti keharmonian, keberanian, kelembutan, adab dan sopan, kebenaran dan peraturan, qada’ dan qadar, kegembiraan, moral dan sebagainya.
Start: 00:00
End: 00:00
Tarikh pameran: 1 Februari 2010 - 31 Julai 2010 Hutan hujan tropika di Malaysia kaya dengan pelbagai jenis hidupan liar dan ia menjadi habitat kepada 280 spesies haiwan mamalia. Mamalia merupakan haiwan bertulang belakang yang mempunyai ciri-ciri berdarah panas, badan berbulu, mengandung dan melahirkan anak, mempunyai kelenjar peluh dan kelenjar susu bagi haiwan betina. Pameran ini akan menampilkan haiwan-haiwan mamalia yang terpilih dari bersaiz kecil hingga besar untuk diamati dan dipelajari oleh para pengunjung. Antara tarikan menarik adalah rangka ikan paus Bryde, iaitu spesies yang dijumpai terdampar di pantai Kampung Tanjung Aru, Wilayah Persekutuan Labuan pada 2 Februari 2005. Selain itu, haiwan yang terlindung dan diambang kepupusan seperti ”Pak Belang”, beruang, kambing gurun dan fosil hidup iaitu tapir turut dipamerkan.
| ||



