Unit Sumber Media
- telah diakses sebanyak 5141 kali
- English
Unit Sumber Media, Jabatan Muzium Malaysia mengumpul dan mewujudkan koleksi gambar yang meluas. Koleksi gambar diperolehi daripada pelbagai sumber Jabatan Muzium Malaysia seperti liputan langsung jurugambar, hasil dokumentasi penyelidikan, imbasan gambar dan fotograf lama dan sebagainya.
Gambar-gambar koleksi Jabatan Muzium Malaysia ini boleh diperolehi individu/organisasi yang berminat.
Senarai Harga
1. Permohonan daripada Penerbitan / Syarikat / Penyelidikan dan badan-badan persendirian hanya boleh diterima sekiranya diluluskan oleh Ketua Bahagian.
2. Bayaran foto yang dikenakan untuk Penerbitan /Syarikat dan Penyelidikan adalah seperti berikut:
| Ukuran Inci | Saiz | Harga Sekeping (RM) |
| 3 x 5 | 3R | 3.00 |
| 4 x 6 | 4R | 4.00 |
| 6 x 8 | 5R | 6.00 |
| 10 x 12 | 8R | 12.00 |
| 16 x 20 | - | 30.00 |
| 20 x 24 | - | 40.00 |
| Menyalin foto | 120mm | 7.50 |
3. Bayaran yang dikenakan kepada penuntut / pelajar adalah 50% daripada kadar yang disenaraikan di atas.
4. Pemohon hendaklah membuat bayaran pendahuluan semasa membuat sebarang pesanan. Semua bayaran hendaklah dibuat secara tunai / cek kepada Unit Kewangan dan resit rasmi akan dikeluarkan (rujukan Perbendaharaan Negara (2.10) 248/13/1-1 Jld. 2 bertarikh 9.9.1977)
5. Foto-foto yang dipamerkan atau diterbitkan hendaklah diberi pengenalan 'DENGAN IHSAN JABATAN MUZIUM MALAYSIA' atau 'COURTESY OF THE DEPARTMENT' OF MUSEUM MALAYSIA'. Kebernaran untuk menerbitkan foto-foto tersebut hendaklah diperolehi daripada Ketua Pengarah, Jabatan Muzium Malaysia, Kuala Lumpur.
Waktu Operasi Kaunter Perkhidmatan Pengguna
8.30am-4.30pm Isnin-Khamis
8.30am-12.00pm, 3.00-4.30pm Jumaat
Tutup pada Sabtu, Ahad dan Cuti Umum
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Unit Sumber Media
Jabatan Muzium Malaysia
Jalan Damansara
50566 Kuala Lumpur
Telefon : +603 2282 6255
Faks : +603 2282 1275


