Projek Konservasi Lokomotif Wap


Latar Belakang

Lokomotif kelas ‘T’ini adalah salah satu daripada 5 enjin bertangki kecil yang di bina oleh W.G. Baganall Limited of England pada tahun 1927.

Lokomotif tersebut mempunyai ‘Plate Frame’dan gerabak kuda. Ia merupakan enjin pertama buatan British yang mempunyai empat pembakar yang diperbuat daripada besi ( Steel Fireboxes ) dan merupakan yang pertama di bawa masuk untuk kegunaan Keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dalam tahun 1929.

Lokomotif ini telah digunakan untuk perkhidmatan perlabuhan dan telah berpengkalan di Singapura dan Port Swettenham ( sekarang Pelabuhan Klang ) sehingga tahun 1964. Berat keseluruhannya ialah 31 tan dengan 1/2 minyak dan 7580 galen air.

Justifikasi

Koleksi ini merupakan salah satu pameran terbuka dan ianya terdedah kepada tindakbalas perseketitaran seperti hujan dan panas menyebebkannya mudah rosak. Oleh itu, pemantauan dan kerja-kerja konservasi perlu dilakukan.

Projek ini merupakan kesinambungan kepada konservasi artifak meriam di Muzium Kota Kayang Perlis dan konservasi Patung R.S.F. Walker di Muzium Perak.

Objektif Projek

  1. Melatih dan memberi pendedahan kepada kakitangan JMM dalam melaksanakan projek konservasi dengan perancangan yang tersusun dan pelaksanaan yang betul dari awal hingga akhir.
  2. Memastikan koleksi warisan negara khususnya koleksi Muzium supaya berada dalam keadaan baik dan terpelihara agar berkekalan untuk tatapan generasi yang akan datang.

Aktiviti Projek

Minggu 1

* Pengukuran dimensi

- Mengukur keseluruhan lokomotif

* Penyediaan tapak operasi

- Penyediaan khemah, dinding kanvas,

scaffolding, salur air, peralatan kerja

* Mengenalpasti komposisi bahan buatan

- Menggunakan alat mudah alih X-RF

* Mengenalpasti kerosakan

- tahap kerosakan dan jenis kerosakan

Minggu 2

* Proses menanggalkan cat

* Pembersihan permukaan

Minggu 3

* Proses kimpalan

Minggu 4

* Proses salutan anti karat

* Proses mengecat dan kemasan akhir

Senarai Ahli Jawatankuasa Projek

Penaung
Y. Brs. En. Ibrahim bin Ismail

Penasihat
Tuan Hj. Zawawi bin Hj. Itam Osman

Ketua Projek
En. Zamrul Amri bin Zakaria

Penyelaras Projek
Cik Suriati bt Sulong
Cik Hjh. Hamidah bt Kusnan

Dokumentari
Unit Sumber Media