Perkhidmatan Perpustakaan


Pengenalan

Perpustakaan Jabatan Muzium Malaysia merupakan sebuah unit yang bertanggungjawab dalam usaha menyediakan maklumat dengan membekalkan bahan-bahan rujukan serta bacaan. Perkhidmatan ini disediakan khas untuk kakitangan dan juga orang awam khususnya pelajar serta penyelidik. Perpustakaan juga memiliki pelbagai jenis majalah dan akhbar yang sesuai untuk dijadikan sebagai rujukan tambahan.

Sehingga kini, terdapat 40, 000 koleksi yang merangkumi bahan-bahan seperti berikut:

  1. Monograf
  2. Seminar/ kertas kerja/ persidangan/ simposium/tesis
  3. Akta
  4. Terbitan Kerajaan/ laporan tahunan
  5. Keratan akhbar
  6. Terbitan Bersiri

Selain daripada menjadi tempat rujukan dan mencari maklumat, Perpustakaan Jabatan Muzium Malaysia juga menyediakan perkhidmatan seperti di bawah:

  1. Peminjaman dan pemulangan buku ( kakitangan sahaja)
  2. Perkhidmatan fotokopi
  3. Tayangan bahan media seperti video dan vcd
  4. Penjualan bahan – bahan terbitan Jabatan Muzium Malaysia ( buku, jurnal, vcd dan dvd )
  5. Perkhidmatan Internet

Waktu Operasi

Isnin – Jumaat 7.30 Pagi – 5.30 Petang
Sabtu dan Ahad 9 pagi - 3.00 Petang
Perpustakaan ditutup pada Hari Kelepasan Am.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Pn. Azian Othman
azian@jmm.gov.my
Pustakawan

Unit Perpustakaan,
Jabatan Muzium Malaysia
Tel : 03 – 2282 6255 ext: 277
Fax : 03 – 2284 9103