Pameran Nostalgia Sajian Raya


Poster Pameran Nostalgia Sajian Raya

Tarikh: 9/9/2009 - 4/10/2009
Tempat: Muzium Negara

PAMERAN NOSTALGIA SAJIAN RAYA
Kuih tradisional melayu yang disajikan semasa Hari Raya Aidilfitri seperti bahulu, semperit, karas, cakar ayam, dodol, putu kacang, ketupat dan sebagainya merupakan warisan tradisional yang diturunkan sari satu generasi ke generasi yang seterusnya. Adunan dan teknik masakan yang ditonjolkan oleh masyarakat melayu merupakan manifestasi kepada falsafah pemikiran melayu yang kaya dengan citarasa dan kemahiran yang tinggi. Tidak dapat dinafikan bahawa kuih tradisional seperti yang disebut di atas merupakan sajian kegemaran masyarakat melayu yang tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan tatkala meraikan hari kebesaran umat islam.

Walau bagaimanapun, pada masa kini kuih tradisional yang diwariskan oleh nenek moyang kita pada zaman dahulu terpaksa bersaing dengan kuih-muih moden yang lebih mudah dan senang dibeli. Meskipun masih terdapat hidangan kuih muih tradisional di pagi raya pada masa kini, namun proses pembuatan kuih muih tradisional ini tidak lagi dilakukan mengikut aturan dan resipi tradisional, tetapi telah dibantu dengan teknologi pembuatan yang lebih canggih dan moden. Tambahan pula dengan kekangan masa dan kerjaya, suri rumah pada hari ini lebih selesa membeli kuih muih moden di pasar atau bazaar ramadhan.

OBJEKTIF PAMERAN
1. Menggalakkan masyarakat untuk terus mengekalkan identity sajian tradisional melayu agar tidak pupus ditelan zaman.
2. Menyegarkan kembali kenangan pengunjung terhadap sajian tradisi melayu.
3. Memperkenalkan sajian tradisi yang menjadi hidangan masyarakat melayu semasa Hari Raya.

ACARA SAMPINGAN SEMPENA
Pameran Nostalgia Sajian Raya

DEMONSTRASI DAN PENGALAMAN MENYEDIAKAN SAJIAN RAYA
Tarikh : 13 September 2009 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Dataran Muzium Negara

PELBAGAI AKTIVITI DIADAKAN
Demonsterasi Kuih Karas, Kuih Bahulu,
Kuih Ros, Kuih Buah Rotan,
Dodol dan Ketupat.

Jualan Murah Sajian Raya. Antaranya
Biskut Raya, Kek Lapis Deja Moss, Agar-agar Kelapa,
Mini Karipap, Popiah, pelbagai kerepek, Rempyek,
Serunding, Kad Raya dan banyak lagi.....

Datang lah beramai-ramai untuk memeriahkan majlis.

Sebarang pertanyaan sila hubungi:
1. MOKHTAR B. TAMBY AHMAD (03-2267 1049)
2. INTAN HAWARIN BT. SALEHUDIN (03-2267 1051)
3. MAISARAF BT. MARMAN (03-2267 1051)

Your rating: None Average: 3.5 (2 votes)