Pameran Kenali Serangga & Reptilia


Sukacita dimaklumkan bahawa sempena cuti sekolah ini, Jabatan Muzium Malaysia akan mengadakan Pameran Kenali Serangga pada 6 hingga 12 Jun 2009 dan Pameran Kenali Reptilia pada 13 hingga 19 Jun 2009 bertempat di Dewan Tengah Muzium Negara, Kuala Lumpur. Pameran ini akan dibuka kepada orang ramai dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Sempena pameran ini, pihak Jabatan Muzium Malaysia akan mengadakan pelbagai aktiviti pada setiap hujung minggu iaitu pertandingan kuiz dan puzzle, live band dan demonstrasi. Program ini dijadualkan seperti berikut :

Aktiviti sempena Pameran Kenali Serangga

Tarikh : 6 – 7 Jun 2009

Masa : 10.30 pagi – 1.00 petang

Tempat : Dataran Muzium Negara, Kuala Lumpur

Aktiviti sempena Pameran Kenali Reptilia

Tarikh : 13-19 Jun 2009

Masa : 10.30 pagi – 1.00 petang

Tempat : Dataran Muzium Negara, Kuala Lumpur

Your rating: None Average: 2.3 (4 votes)

wa.....

saya nak cari gambar n nama saintifik serangga dan tumbuhan......
tp xjumpa......di sini tiada???atau ada??????
maaf saya tidak jumpa.......

Re: wa.....

Ketika Pameran Kenali Serangga diadakan tempoh hari, kami mengenengahkan beberapa kumpulan serangga dan 1 kumpulan bukan serangga iaitu labah-labah (Araknida). Kumpulan Serangga tersebut ialah :

1. Rama-rama dan kupu-kupu (Lepidoptera)
2. Kumbang (Coleoptera)
3. Belalang dan cengkerik (Orthoptera)
4. Serangga ranting dan serangga daun (Phasmida)
5. Riang-riang, pianggang dan 'bugs' (Hemiptera)
6. Mentadak (Mantidoea)

- perkataan-perkataan di dalam kurungan adalah pengkelasan secara saintifik yang di panggil Order.
-pohon diberi kumpulan serangga spesifik yang mana untuk mengetahui nama saintifiknya. Sebagai contoh : Rama-rama Rajah Brooke, nama saintifik spesies ini ialah : Troides brookiana.

b.p Urusetia Pameran Kenali Serangga

Opysen-opysen paparan komen

Pilih cara utama anda untuk memaparkan komen dan klik "Simpan seting" untuk mengaktifkan perubahan.