Kemudahan Penyewaan Auditorium
- telah diakses sebanyak 5313 kali
Jabatan Muzium Malaysia menyediakan perkhidmatan penyewaan Auditorium bagi kegunaan persendirian,swasta dan jabatan/agensi kerajaan yang berminat.
Permohonan boleh dibuat secara bertulis kepada:
Ketua Pengarah
Jabatan Muzium Malaysia
Jalan Damansara,
50566 Kuala Lumpur
Kadar Sewaan dan Kaedah Pembayaran
a) Jabatan Kerajaan / Agensi: RM750.00 sehari
b) Swasta / Perseorangan: RM1,500.00 sehari
Pembayaran boleh dibuat sepenuhnya secara tunai / LO / cek atas nama :
KETUA PENGARAH JABATAN MUZIUM MALAYSIA, selewat-lewatnya seminggu sebelum program diadakan:
Fasiliti dan Kelengkapan Peralatan
Kemudahan yang terdapat di dalam Auditorium Jabatan Muzium Malaysia:
a) Pentas (Ukuran: 32 kaki x 35 kaki)
b) 1 skrin (besar) – (16x20) dan 2 Skrin (kecil) – (13 x 8)
c) Set Lampu Pentas – 48 Channel
d) Rostrum – 2 (B.Malaysia / B. Inggeris)
e) 366 tempat duduk penonton
f) LCD Projektor – 3 set (Kiri / Kanan / Tengah)
g) 1 set CD / VCD / DVD / VHS / CASSETTE Player
h) 1 set mixer 16 channel
i) Bilik persalinan lelaki dan perempuan (bersaingan)
j) Tandas lelaki dan wanita
k) Mic SM 58 – 9 set
l) Set clip mic – 8 set / wireless mic / - 2 set / headworn mic 2 set
m) Meja banquet 5 x 2 kaki – 10 set (dengan alas meja)
n) Kerusi banquet – 20 buah
o) Tirai pentas (tengah dan hadapan)
p) Bilik menunggu (tetamu khas)
*Segala kemudahan adalah mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh pihak jabatan.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:
En. Zainal Aznam Md Yusuf
Pejabat Auditorium
Jabatan Muzium Malaysia:
Telefon Bimbit: +6012-3333555
Tel: +603-2282 6255 / 03-2287 1000 (Operator) ext: 239
Fax: +603-2284 9103 (Pejabat Bahagian Pengurusan)


