Penyelidikan & Penerbitan
Dikemaskini oleh omar_shariff pada Kha, 02/18/2010 - 08:40.Pengenalan
Bahagian Penyelidikan & Penerbitan di bawah Jabatan Muzium Malaysia terbahagi kepada 3 unit iaitu Penyelidikan, Dokumentasi dan Penerbitan yang mempunyai tugas dan fungsi yang saling berkait rapat antara satu sama lain dalam misi menggalakkan aktiviti penyelidikan di dalam bidang permuziuman.
Visi & Misi
- Menggalakkan aktiviti penyelidikan dalam bidang berkaitan seperti budaya dan sejarah di kalangan para pegawai Jabatan Muzium Malaysia serta para penyelidik luar.
- Menjadikan Jabatan Muzium Malaysia sebagai sumber rujukan bagi sejarah dan warisan negara.
Fungsi Bahagian
Penyelidikan
- Membuat dan menyelaras penyelidikan yang sedang dilaksanakan oleh JMM.
- Mengumpul, mengemaskini, menganalisis dan membentangkan maklumat serta data-data mengenai penyelidikan yang telah dilaksanakan.
- Merancang, menyedia, menyimpan dan memelihara kemudahan buku rujukan, gambar, tesis, kajian, jurnal dan artikel yang berkaitan dengan penyelidikan.
- Merancang dan membangunkan institusi muzium sebagai pusat penyelidikan dalam bidang budaya, sejarah, alam semula jadi dan konservasi negara.
Dokumentasi
- Melaksanakan pangkalan data untuk rujukan individu, jabatan kerajaan, agensi swasta, institusi pengajian tinggi dan kakitangan JMM.
- Penyusunan dokumen mengikut klasifikasi secara sistematik dengan memelihara dokumen supaya berada dalam keadaan baik dan terpelihara.
- Menerima manuskrip yang bersesuaian dengan bidang permuziuman untuk diterbitkan.
Penerbitan
- Melaksanakan proses penerbitan buku yang terbahagi kepada sejarah, sosio-budaya, alam semulajadi, jurnal dan prosiding, katalog dan direktori serta buku kecil merangkumi penerbitan berkala dan audio-visual.
- Mewujudkan Jawatankuasa Penilai Manuskrip yang bertanggungjawab menentukan sama ada manuskrip itu boleh diterbitkan atau sebaliknya dengan memberi pertimbangan tentang mutu penulisan dan kepentingannya kepada warisan negara.


