Muzium Arkeologi Lenggong atau dikenali sebagai Muzium Arkeologi Kota Tampan terletak di sebuah kawasan bekas ladang Kelapa Sawit di Kampung Kota Tampan, Mukim Temelong, Lenggong dan berada dalam Daerah Hulu Perak iaitu 8 km ke selatan dari Pekan Lenggong dan 2 km dari jalan raya Kuala Kangsar - Grik.
Keluasan keseluruhan kawasan Muzium ini di anggarkan seluas 8.16 ekar dan yang telah dibangunkan seluas 2 ekar dengan 2 blok bangunan yang mempunyai 2 Galeri Pameran, Pejabat, Bilik Audio Visual, Bilik Mesyuarat dan Bilik Penyelidikan.
Muzium Arkeologi Lenggong ditubuhkan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti dibawah Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan dibina pada tahun 1999 dan siap pada tahun 2000 serta telah dibuka untuk kunjungan awam pada tahun 2001 dengan menyediakan pameran sementara. Kerja-kerja merekabentuk dalaman dan pengisian bermula pada tahun 2001 dan siap pada 2003.
Lokasi pembangunan Muzium ini dibina berdasarkan kepada signifiken tapak arkeologi zaman Paleolitik yang wujud 74,000 tahun B.P. dan merupakan penemuan tapak terawal bermula di Kota Tampan iaitu tapak Muzium kini setelah mendapati Lembah Lenggong adalah sebuah Daerah yang banyak menyumbang data kepada pengetahuan prasejarah negara dari 1,000 hingga 300,000 tahun dahulu berdasarkan interpretasi budaya material dan teknologi zaman Paleolitik masyarakat kuno.
Pameran tetap terletak di:
a. Balai Galeri Arkeologi Lenggong.
b. Galeri Kota Tampan.
Pameran sementara pula merupakan penemuan terbaru Arkeologi dari masa ke semasa.
Muzium ini mempamerkan semua artifak dan maklumat dari ekskavasi Arkeologi Pra Sejarah yang ditemui khususnya tumpuan kepada sekitar Lembah Lenggong dalam bentuk medium yang menarik dan berinformatif. Pameran di galeri utama Muzium ini dikategorikan kepada beberapa bahagian iaitu:-
Di antara koleksi menarik yang dipamerkan ialah:-

Isnin - Ahad : 9.00 pagi - 5.00 ptg
Jumaat : 9.00 pagi - 12.00 tengahari
3.00 ptg. - 5.00 ptg
Percuma
Pn. Nur Aidah Pirus - Penolong Kurator
Muzium Arkeologi Lenggong,
Jabatan Muzium dan Antikuiti,
Kota Tampan Lenggong,
33400 Perak Darul Ridzuan.
Tel: 05-7679700
Faks: 05-7679703
Muzium Arkeologi lenggong terletak kira-kira 45 kilometer dari persimpangan Jalan Butterworth/Ipoh dan simpang ke Kuala Kangsar menghala jalan ke Kota Bharu kira-kira 2 kilometer simpang ke Kg. Luat dan Sungai Perak.
Teksi dari Pekan Lenggong ke Muzium.
Kadar Tambang : RM 5.00
Bas Awam dari Kuala Kangsar - Lenggong - Kuala Kangsar
Kadar Tambang : RM 3.20
Rumah Rehat Lenggong - Tel: +605 7678702
Kadar Sewa : RM 60.00, RM 70.00 dan RM 90.00.
a. Khidmat Lawatan Berpandu.
b. Tayangan Audio Visual.
c. Pameran ke sekolah-sekolah.
d. Ceramah Arkeologi.
e. Bengkel dan latihan.
f. Lawatan ke Tapak-tapak Arkeologi.
g. Pertandingan Melukis dan Mewarna Artifak.
h. Kelab Arkeologi Muda, Muzium Arkeologi Lenggong.
Muzium Arkeologi Lenggong kini banyak mengadakan aktiviti berbentuk pendidikan seperti:-
a. Tayangan Audio Visual.
b. Ceramah yang berkaitan Arkeologi.
c. Bengkel, latihan dan pertandingan yang dianjurkan oleh pihak Muzium.
d. Latihan Praktikal oleh pelajar IPTA.
e. Bekerjasama dengan penyelidik.
f. Lawatan ke Tapak-tapak Arkeologi
Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.museumlenggong.gov.my
View Muzium Arkeologi Lenggong in a larger map
| Lampiran | Saiz |
|---|---|
| perakman-lenggong.jpg | 26.79 KB |