Biografi Ketua Pengarah

YBrs. Ibrahim bin Ismail (AMK) dilahirkan pada 12  April 1955. Beliau berasal daripada Negeri Kedah Darul Aman.

Latar belakang Akademik

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera Kepujian dari Universiti Sains Malaysia pada tahun 1986, Cert. In Supervision (NPC) 1988),  dan Ijazah Sarjana Pembangunan Sumber Manusia daripada Universiti Putra Malaysia pada tahun 1998.

Pengalaman Perkhidmatan

Beliau pernah  berkhidmat dengan beberapa jabatan kerajaan sebelum menyertai Jabatan Muzium Malaysia (Jabatan Muzium dan Antikuiti ketika itu). Di antaranya di Jabatan Perangkaan Malaysia, Lembaga Tabung Angkatan Tentera, dan Jabatan Kerja Raya Malaysia. Pada 1 September 1987 sehingga 3 Oktober 1991 beliau telah dipinjamkan ke ASEAN Institute of Forest Management (sebuah badan antarabangsa kerjasama ASEAN dan kerajaan Kanada) sebagai Eksekutif Kanan.

YBrs.  Encik Ibrahim bin Ismail mula menyertai Jabatan Muzium Malaysia pada 1 November 1991 sebagai Pegawai Eksekutif Kanan  di Muzium Negara sehingga tahun 1993. Bermula tahun 1993, beliau bertugas sebagai Kurator dan seterusnya dilantik menjadi Pengarah Pengurusan pada tahun 2000. Setelah dua tahun memegang jawatan tersebut, beliau dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Pengurusan, Pembangunan dan Sumber Maklumat pada tahun 2002. 

Pada 1 Mac 2008, YBrs. En. Ibrahim bin Ismail dilantik menjadi Ketua Pengarah Jabatan Muzium yang baru menggantikan YBhg. Dato' Paiman bin Keromo yang bersara.

Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam hal-hal yang berkaitan Pengurusan, Pentadbiran dan Sumber Maklumat. Beliau turut seringkali terlibat sebagai penceramah jemputan dalam kursus-kursus anjuran Kementerian dan Jabatan.

Ybrs. Ketua Pengarah juga turut memegang jawatan sebagai ahli Lembaga Pengarah Lembaga Muzium Negeri-Negeri di Malaysia.