3-Pameran

PAMERAN HARI MUZIUM ANTARABANGSA 2011 PERINGKAT KEBANGSAAN

Tarikh: 19 Mei 2011 – 23 Mei 2011
Masa: 9.00 pagi – 6.00 petang.
Tempat:  Perkarangan Muzium Negeri Sembilan.

Sehubungan dengan program sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2011 Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 18 Mei 2011 di Negeri Sembilan, satu pameran akan diadakan sempena sambutan tersebut yang bertemakan Muzium dan Kenangan. Terdapat 21 muzium di Malaysia akan menyertai pameran ini dengan menampilkan kepelbagaian konsep pameran, artifak atau koleksi, persembahan kebudayaan, cabutan bertuah serta menawarkan beberapa hadiah yang menarik kepada pelawat-pelawat yang hadir. Oleh itu orang ramai di seluruh negara dijemput hadir ke tapak pameran Hari Muzium Antarabangsa 2011.

Tema Pameran bagi setiap booth pameran adalah:

  • PADAT – Busana Masyarakat Selangor
  • Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia – Matawang
  • Muzium Negeri Sarawak – Adat Pribumi Masyarakat Sarawak
  • Muzium Negeri Terengganu – Perahu Besar Terengganu
  • PERZIM – Masyarakat Chetti
  • Muzium Negeri Sabah – Perkahwinan Kaum Murut
  • Yayasan Warisan Johor – Kuda Kepang
  • Muzium Negeri Perak – Tekat Benang Emas
  • Muzium Negeri Pahang – Gasing Pahang
  • Muzium Pulau Pinang – Muzik Jazz 40an dan 50an
  • Muzium Telekom – Telefon Rumah
  • Muzium Negeri Kelantan – Selampit
  • Muzium Negeri Kedah – Mai Mengemping Padi
  • Muzium Negeri Sembilan – Destar Negeri Sembilan
  • Muzium Seni Asia – Wayang Kulit
  • Muzium Polis Diraja Malaysia – Senjata Api Zaman Darurat
  • Jabatan Muzium Malaysia – Merentas Samudera
  • Muzium Tentera Udara Diraja Malaysia – Kerusi Injal dan Model Kapal Terbang
  • Muzium Layang-layang – 1 Langit 1 Budaya
  • Muzium Tentera Darat – Kampung Ikhtiar Hidup
  • Muzium Geologi – Mineral dan Batu Permata

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

1) En. Mohd Noorzairi b. Salleh

Tel: 03 – 2282 6255 samb. 198
Emel: noorzairi@jmm.gov.my

Galeri pameran HMA yang lalu: