Mengenai Hari Muzium Antarabangsa 2011


Logo Rasmi Hari Muzium Antarabangsa 2011

Tarikh: 18 Mei 2011 – 24 Mei 2011
Tuan Rumah: Negeri Sembilan Darul Khusus

 

Sejarah sambutan Hari Muzium Antarabangsa

Hari Muzium Antarabangsa yang dirayakan oleh muzium-muzium seluruh dunia pada 18 Mei setiap tahun adalah hasil resolusi Persidangan Majlis Muzium Antarabangsa ke-12 pada tahun 1977. Perayaan tahunan ini merupakan hari yang memberi pengertian besar kepada dunia permuziuman sejagat dalam usaha untuk menarik perhatian umum terhadap program dan aktiviti muzium. Perayaan yang diilhamkan oleh International Council of Museums (ICOM) ternyata mendapat sambutan yang baik apabila 102 buah negara  telah mengiktiraf dan mengambil inisiatif untuk memartabatkan perayaan Hari Muzium Antarabangsa ini. Bagi negara kita Malaysia, perayaan ini menunjukkan pengiktirafan kerajaan terhadap Institusi permuziuman di negara ini yang tidak ketinggalan memainkan peranan dalam usaha memartabatkan khazanah warisan negara.

Sambutan pertama peringkat kebangsaan dihoskan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti pada tahun 1997 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur. Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan di Malaysia mempunyai keunikan yang tersendiri apabila sistem penggiliran dipraktiskan dalam penganjuran ini.

 

Objektif

Sambutan Hari Muzium Antarabangsa adalah bertujuan :

  • Untuk menyedarkan masyarakat tentang pentingnya peranan muzium di dalam kehidupan.
  • Sebagai tanda penghargaan kerajaan terhadap sumbangan serta peranan yang dimainkan oleh muzium.
  • Untuk memberi peluang dan kesempatan kepada orang ramai untuk mengunjungi dan mengenali muzium dengan lebih dekat dan menyertai berbagai aktiviti muzium.
  • Menarik minat masyarakat bersama-sama melindungi warisan budaya bangsa yang menjadi kebanggaan kita.
  • Pendedahan kepada kakitangan muzium bagi mengubah corak pemikiran ke arah yang lebih positif, proaktif dan inovatif bagi melahirkan sebuah muzium yang dapat memenuhi keperluan dan cita rasa masyarakat semasa.
  • Mewujudkan perpaduan serta jaringan kerjasama yang erat di kalangan muzium.

 

Hos Hari Muzium Antarabangsa

Berikut merupakan negeri-negeri yang terlibat sebagai hos Hari Muzium Antarabangsa:

Tahun Tuan Rumah Lokasi
1997 Jabatan Muzium Dan Antikuiti Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur
1998 Lembaga Muzium Negeri Terengganu Kuala Terengganu, Terengganu
1999 Perbadanan Pembangunan Langkawi Pulau Langkawi, Kedah
2000 Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) Melaka Bandaraya Bersejarah
2001 Jabatan Muzium Sabah Kota Kinabalu, Sabah
2002 Lembaga Muzium Negeri Pahang Kuantan, Pahang
2003 Jabatan Muzium Sarawak Kuching, Sarawak
2004 Jabatan Muzium Dan Antikuiti Pusat Latihan Bank SImpanan Nasional, Bangi, Selangor
2005 Yayasan Warisan Johor Johor Bharu
2006 Perbadanan Pembangunan Langkawi Pulau Langkawi, Kedah
2007 Perbadanan Muzium Melaka Melaka Bandaraya Bersejarah
2008 Jabatan Muzium Malaysia Bangi, Selangor
2009 Muzium Negeri Terengganu Terengganu
2010 Jabatan Muzium Sabah Sabah
2011 Lembaga Muzium Negeri Sembilan Negeri Sembilan

 

Tema Sambutan

Bermula pada tahun 1992, ICOM telah memutuskan untuk memilih tema-tema yang bersesuaian bagi sambutan Hari Muzium Antarabangsa. Pada tahun 2011 ini, Jawatankuasa Penasihat Majlis Muzium Antarabangsa (ICOM Advisory Committee) telah menetapkan bahawa tema sambutan pada tahun ini ialah Museum And Memory ( Muzium Dan Kenangan)

Tema-tema perayaan Hari Muzium Antarabangsa dari tahun 1992 hingga 2011 ialah:

  • 1992    :           Museums And Environment
  • 1993    :           Museums And Indigenous People
  • 1994    :           Behind The Scenes In Museums
  • 1995    :           Response And Responsibility
  • 1996    :           Collecting Today For Tomorrow
  • 1997    :           The Fight Against Illicit Traffic Of Cultural Property
  • 1998    :           The Fight Against Illicit Traffic Of Cultural Property
  • 1999    :           Pleasures Of Discovery
  • 2000    :           Museums For Peace And Harmony Society
  • 2001    :           Museums Building Community
  • 2002    :           Museums And Globalisation
  • 2003    :           Museums And Friends
  • 2004    :           Museums And Intangible Heritage
  • 2005    :           Museums Bridging Culture
  • 2006    :           Museums And Young People
  • 2007    :           Museums And Universal Heritage
  • 2008    :           Museums As Agents Of Social Change And Development
  • 2009    :           Museums And Tourism
  • 2010    :           Muzium Untuk Keharmonian Sosial (Museums For Social Harmony).
  • 2011   :           Museum and Memory ( Muzium Dan Kenangan)
Categories: Umum | 2 Comments