Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK) akan mewajibkan transaksi perolehan secara atas talian melalui sistem ePerolehan bagi semua perolehan KPKK dan Jabatan-jabatan di bawahnya berkuat kuasa mulai 2 Mei 2012.
Sehubungan dengan itu, bagi melancarkan proses peralihan tersebut, KPKK ingin menjemput semua pembekal yang berminat untuk terus memberi perkhidmatan kepada KPKK dan Jabatan-jabatan di bawahnya untuk menghadiri satu sesi taklimat berkaitan penggunaan sistem ePerolehan.
Sesi taklimat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 5 Mac 2012
Masa: 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat: Dewan Serbaguna, Aras B1 Kompleks KPKK Lot 4G9, Presint 4, Persiaran Perdana, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya, Wilayah Persekutuan. Read more »